Akhbar Berita Harian : Sabtu, 28 Mei 2011
Laman Sisipan Joran :Memburu Tuna Gigi Anjing Di Lucornia.
Memburu Tuna Gigi Anjing di Lucornia
Oleh Zulhilmi Hat
hilmi@bharian.com.my
2011/05/28
TUNA gigi anjing yang banyak menghentam besi jig. Gambar kanan, Shafie bersama ikan durian yang sedap dimakan.
Lokasi terletak di antara 100 batu nautika sehingga 120 batu nautika dari utara Miri, Sarawak, Lucornia adalah gugusan terumbu karang dan beting-beting tinggi di Lautan China Selatan.
Pada trip kali ini, rakan penulis iaitu Fahiz Hussin rasa bertuah kerana dapat merasa memancing diatas kapal MV Cristal Coral yang begitu selesa dan luas untuk memuatkan 15 pemancing dari semenanjung.
Ekspedisi ini telah disertai juga Airpool, Din Asia, Adeeb, Poknik, Rosman, Ptit, Aidil, Safie, Bilis, Alex, Goh, Kenny, dan Che Wan selaku penganjur trip.
Menceritakan lanjut Fahiz berkata, perjalanan kumpulan mereka dilakukan seawal 12 tengah malam waktu tempatan dengan meninggalkan jeti menuju ke lubuk pertama di Karang Merpati.
Perjalanan sembilan jam dirasakan terlalu lama. Kira-kira jam 9 pagi mereka sudah sampai ke lubuk pertama yang dituju. Jig diturunkan apabila tekong memberi isyarat untuk memulakan aktiviti pancingan.
Kaedah jig paling sesuai digunakan di lubuk ini. Jig seberat 100-250gram (g) dan pelbagai warna dipersembahkan, ikan masih malu-malu untuk menjamah jig yang dihidangkan. Pelbagai aksi dilihat, dari slow rock jig, speed jig, dangdut jig semuanya ada.
Dari hari pertama lagi, mereka tidak berputus asa walaupun keadaan tidak memihak kepada mereka pada awal pagi itu. Adeeb yang selepas bersarapan terus menurunkan jig, tunggu jig sampai ke dasar, tak sampai tiga kali henjutan saja jignya beliau dilarikan pemangsa di bawah.
Perlawanan tarik tali berlanjutan sehingga 15 minit sebelum mama Amberjack menyerah diri. Selepas di sauk dan ditimbang, berat tangkapan pertama didaratkan seberat 24 kilogram (kg).
Pada hari kedua, kapal MV Cristal Coral mula berpindah ke lubuk kedua untuk aktiviti seterusnya. Uncle Kenny yang baru melabuhkan jig terus menerima sambaran di bawah. Lebih kurang sepuluh minit bertarung dengan set Daiwa Gold, akhirnya tuna gigi anjing (tuna dogtooth) seberat 15 kg berjaya ditewaskan.
Tangkapan Kenny menaikkan semangat Fahiz dan rakan-rakan mengunjun jig untuk mencari ikan ‘monster’ yang diidamkan. Hanya ikan tuna gigi anjing bersaiz kecil saja dinaikkan dan kemudian bersambung aktiviti pada sebelah malam.
Malam kedua, Fahiz menurunkan jig luminus 60g. Baru beberapa kali lontaran dibuat, tiba-tiba jig yang dikarau terus dihentam pemangsa yang terus membuat larian padu.
Tali utama bersaiz PE5 dari kekili Shimano Stella 8000HG mencurah keluar mencurah-curah dan akhirnya tali putus tanpa memberi peluang Fahiz untuk mengarau tali semula. Mangsa dipercayai ikan tuna bersaiz mega.
Selepas ikatan FG dibuat , jig sekali lagi dilontar. Sekali lagi jig Fahiz mendapat sambutan dan tuna berskala 5kg-7kg akhirnya menjadi mangsa beliau yang boleh dianggap sebagai pemanas tangan hari itu.
Pada hari seterusnya, kapal bergerak mencari lubuk jigging yang lain, sehingga kini hanya tuna dan ikan hasil pancingan dasar saja dinaikkan selain seekor Amberjack (AJ) pada hari pertama.
Tekong berusaha untuk mencari lubuk AJ seterusnya. Selepas sejam berjalan bot mula berhenti di satu lubuk karang tinggi dan jig dilabuhkan. Inchiku jig disambut oleh ikan tuna skipjack sebelum Fahiz bertukar kepada jig Butterfly Shimano berwarna merah jambu.
Safie yang telah banyak berehat pada hari-hari sebelum ini berjaya menaikkan AJ berskala 5kg di lubuk tersebut dengan penggunaan jig berwarna sama.
Sehingga tamat trip memancing ini, kumpulan Fahiz berjaya menaikkan berpuluh-puluh ikan tuna gigi anjing, AJ, tongkol dan tuna skipjack dengan menggunakan kaedah jig dan memancing dasar.
Fahiz yang ditemui berkata, sememangnya trip yang disertai beliau pada kali ini cukup mencabar walaupun gagal menaikkan ikan bersaiz ‘monster’. Walau bagaimanapun beliau yakin tiga sentapan yang menyebabkan tali putus adalah disebabkan ikan terbabit dan rezeki itu tidak memihak kepadanya.
3 comments:
zzzzz2018.7.25
fitflops sale clearance
nike presto femme
off white jordan 1
ugg boots
canada goose
christian louboutin shoes
timberland outlet
yeezy boost
christian louboutin outlet
supreme clothing
michael kors
adidas yeezy
curry 5
nike hyperdunk
harden shoes
balenciaga trainers
Nice blog, thanks for posting
Post a Comment