Thursday, October 21, 2010

My Junior Angler

Salam..Tahun ni genap la 4 tahun dan 3 tahun kedua dua anak teman.. Sejak dua orang anak ni pandai bercakap lagi diorang ni dah mula sibuk nak mengikut teman turun memancing.. Mana taknya sekiranya teman sibuk mengemas nak mentrip, hero dua orang ni juga sibuk tolong mengemas..Teman mengemas diorang pun mengemas!!
Mama dia sibuk melayan dua orang hero..
 
Berkhemah dan memancing..

Sebelum puasa tu sempat la aku bawak dua hero ni ke kolam Sukida. Dengan berbekalkan rod udang, tali tangsi dan mata pancing diorang mula memancing.. seriau juga aku klau klau jatuh kedalam kolam tu..

Mula-mula penat juga nak dapatkan perhatian untuk diorang memancing..mana taknya sibuk nak main air..lama-lama baru la bleh ajak memancing.

Walaupun cuaca panas dan kedua duanya berpeluh tapi nampaknya takde mengomel dan tak ingat nak balik. Mungkin seronok agaknya mula memancing. Walaupun takde ikan yang sangkut, asal mata pancing didalam air dah cukup Happy la tu..

Seronok pulak aku tengok diorang ni mula belajar memancing..teruskan..Ada masa kita g lagi.

Ada gaya pemancing tak..dah besar skit kita guna kekili plak..

Penat tunggu ikan tak makan umpan..

Adik Penat dan berpeluh peluh..haha

Abang pun sama penat..nasib ada air rebina..haha

Jaga punya jaga si Abang tu asik tengok kebelakang tak sedar kaki dah masuk kekolam lalu terjatuh dan mandi la didalam Kolam sukida tu..selepas tu aku pun berkemas dah tak semangat nak mancing sebab yang abang jatuh dengan adiknya sekali menangis, kesian tengok abangnya jatuh kedalam kolam...kami pun trus berkemas dan mandi sungai tekala pula.



Mandi di sg tekala selepas penat memancing..

Harap kami ada masa dan kelapangan untuk memancing bersama lagi dan terus perturunkan hobi ni kepada anak-anak pula.

8 comments:

Paddy Pike said...

Greetings,
Wonderfull to see the children fishing, And having fun, Camping is a great time, And more important is spending time together,
,,,Paddy,,,

Fahiz Hussin said...

Thanks Paddy .. this is my first time to bring my sons fishing together.. hope they are interested in this hobby.Agree! important to spending precious time together with my wife and my sons..

Paddy Pike said...

This is time you can never replace no matter how rich you become, I hope they follow in your footsteps, They also will be great fishermen,
,,,Paddy,,,

Fahiz Hussin said...

Agreed! haha.. i hope so.

Zara Amani said...

hero masuk kolam? hahaha!!
baru teruja tengok hero dua orang tu comel je pegang rod. berapa lama tu diorang pegang rod tu? padanlah si adik berpeluh-peluh. haha

semoga dipermudahkan urusan menurunkan ilmu kat hero-hero nakal abg fahiz tu yer... :)

Fahiz Hussin said...

Haha..Abg la..excited sgt sampai masuk kolam..berapa lama diorang pegang..rasanya ada la sejam..pastu mula la kelain..haha..takpa baru peringkat berkenal kenalan..harap diorang pun minat hobi nih..

Anonymous said...

Anak saya yg berumur 5 thn pun mempunyai keingginan utk memancing, tetapi fokus dia selalu off track! Saya rasa beliau tak sanggup memegang rod sejam, sepuluh minit is a bonus for him! Good work in raising your kids in the manner where all of you can share a common interest!
-juan-

Fahiz Hussin said...

Ya betul Juan..susah nak dapatkan perhatian mereka..tetapi saya tidak lama disitu sekiranya mereka boring. maybe 10minit, 15 minit sudah memadai klau takde ikan. klau dapat ikan rasanya mereka lebih gembira..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.