Sunday, June 27, 2010

Perancangan Memancing di Perairan Jarak.

Salam.. insyaAllah pada bulan Julai ini penulis akan menyertai 1 trip memancing diperairan Pulau Jarak bersama Geng-geng Ipoh, P.net, MFN dan lain-lain forumer dari pelbagai forum dan telah diorganizekan oleh Mr Anglermy.

Lokasi Bertanda A adalah Pulau Jarak

Khidmat Bot
Menggunakan Khidmat Bot Seagull. Bot dilengkapi Sonar,GPS dan Radar. Bot akan naik di Jeti Perikanan Kg Aceh ( Lumut Port ) Perak.





Seagull - (Sumber gambar dari sifu Bilis)
Muatan Pemancing
Pemancing: 14 orang pemancing.


Kaedah Pancingan
Pancingan Dasar ( Kaedah Pancingan Utama ) dan jigging ( Tempat2 tertentu shj. ).

Spesis Pancingan
Kerapu Besar / Kerapu / Jenahak / Kakap Merah / Ibu Kerisi / Cermin / Merah

Umpan
Ikan Selar Hidup - Akan appollo bersama2 di unjam. Ikan Kembong mati - Disediakan
Sotong Pasar - Kena beli sendiri / Organiser akan sediakan ikut permintaan dan bayaran ikut harga semasa sotong di pasar. Udang Lipan - Bleh pesan dengan organiser jika ada bekalan.

Ini adalah kali pertama penulis kesana oleh itu dari pencarian maklumat dan tips, organizer telah memperincikan detail seperti yang diberikan dibawah. Maklumat diolah dan diperolehi dari sumber http://utaraanglers.com/board/viewtopic.php?f=156&t=1467 disediakan oleh Anglermy UAT

Keperluan serta Info:
1. Set memancing
Dicadangkan set memancing laut berkekuatan 30lb - 50lb yang mempunya 2 speed, dan yang terbaik adalah mengunakan EFR (Bangla) kerana ia akan memudahkan pemancing mengarau untuk memeriksa umpan dan menahan asakan mangsa didasar, tetapi ia bukanlan wajib dan bergantung kepada pemancing itu sendiri. Sekiranya berminat untuk mencuba bangla boleh dimaklumkan awal  untuk proses tempahan di kedai di Air Tawar dengan Kadar sewaan RM80.00 keatas untuk 3 hari  Memancing. Mainline slalunye braided 80 - 100lb.
2. Kelengkapannya
Lazimnya perairan jarak terkenal dengan arus pasang surutnya yang laju dan boleh menerbangkan ladung bersaiz kecil oleh itu sediakanlah ladung bersaiz 520 - 620 atau 18 - 22...spare2 saiz 720 & 24 sama, untuk mengatasi masalah ini. Matakail jenis ownwer saiz 3/0 - 5/0 dan ade pemancing yg guna sehingga saiz 7/0 atau 8/0 utk cari kerapu bagak namun saiz 5/0 sudah memadai, sekiranya umpan dirasakan besar 2 matakail digunakan untuk mengaplikasikannya.
3. Perambut dan Kaedahnya
Perambut siang 60lb dan sebelah malam 80lb atau pun 100lb, Cuba cari diameter kasar takut kerapu lari masuk karang dan ia boleh mengurangkan risiko putus. Tanduk atau Ranggung adalah kemestian dan yang terbaik adalah yang panjang dan bahan pembuatan tidak mempengaruhi diet ikan , dari bahan logam atau besi pun tiada masalah. Umpan kembong mati disediakan namun mesti bawa appolo umpan hidup saiz 10 atau 12 utk cari selar  hidup.Bawa sama candat sotong ( Jenis Yamashita antara yg terbukti ) utk candat sotong fresh waktu malam. Perambut sepanjang 2-3depa pada sebelah malam manakala gunakan perambut appolo atau perambut bercabang 2mata pada sebelah siang ( akan ditunjukkan masa atas bot nanti ).
4. Lain-lain
Tong ikan mestilah dibawa naik ke atas bot, pihak bot akan agih2 umpan temenung mati dan masukkan dlm tong kita....takde tong tong sila share dgn kwn atau bagitau utk 2org 1 tong.Tempat duduk akan diundi supaya adil kpd semua. Air minuman sejuk & buah2an atau makanan tambahan atas sendiri. Bot bergerak lebih kurang kul 10am dr Jeti LKIM kpg Acheh, Sitiawan...sila berada di Jeti lebih kurang 9am

Pergerakan dan tentatif trip
1. Bot akan bergerak dari Jeti LKIM Kpg Acheh, Sitiawan, Perak Dlm pukul 10am...Sebaik mungkin tiba di Jeti dlm 9.00 - 9.30 pagi..untuk undi tempat duduk.

2. Selepas undi & tempat duduk telah ditentukan..sila kosongkan peti ikan..Crew Seagull akan masukkan ais batu ke dlm peti masing2...Peti dimestikan semua bawa naik ke atas bot..

3. Peti akan diletakkan ditempat undi masing2..kemudian senarai nama penyewa bateri & kerusi akan diambil oleh crew. Kerusi & bateri akan dihantar ke tmpt masing2 setelah bayaran dibuat. Kerusi RM10, bateri RM8.

4. Perjalanan ke Pulau Pangkor..singgah diP.Pangkor utk makan tghhari, ambil umpan temenung dan bekalan makanan..30 - 45min diberikan utk langsaikan semua aktiviti disini..Seagull akan bekalkan Temenung kojol shaja kalo nak sotong mati kena tambah lain kos..

5. Crew Seagull akan agih2kan temenung dan masukkan ke dlm peti masing2...masa bergerak bleh la pasang set pancingan..dan bersedia untuk appolo umpan hidup

6. Saiz mata yang sesuai untuk appolo umpan hidup adalah saiz 10 - 12 kalo bleh cari appolo tali yg kasar sikit. Lubuk appolo umpan hidup dlm 2 jam akan sampai..Semua kena appolo umpan idup dan simpan di dalam bekas yg disediakan...lagi ramai appolo lagi byk umpan lagi cepat gerak ke lubuk ikan dasar. Gunakan bangla utk appolo utk mempercepatkan proses percarian...

7. Bila umpan cukup akan bergerak ke lubuk...samada terus ke lubuk yg jauh atau main dulu yg dekat akan diberitahu kelak. Boleh tidur dahulu sblm sampai lubuk...jgn rebut katil sudah..

8. Perambut 3 mata appolo lebih baik digunakan pada sebelah siang manakala perambut 2mata umpan idup atau sotong pada sebelah malam...kalo guna isi ikan atau hirisan sotong leh guna perambut 1 mata...mata utk ikan idup leh mintak crew Seagull tunjukkan...

9. Sebelah malam eloklah mencandat sotong kerana sotong adalah umpan killer disini...kalo tak mau buat idup pastikan dibalut surat khabar dan elakkn terendam didlm air ais...

10. Makanan wajib disediakan crew...pagi/tgh hari, ptg/malam & tgh malam....minuman 3in1 seperti kopi, nescafe dan milo sentiasa ada 24jam...kalo air panas habis sila maklumkan kpd crew Seagull.. Maggie Cup juga disediakan 24jam..makanan ini semua telah dirangkumi didlm pakej...pakej RM700 tidak termasuk sotong mati ( kalo nak ), bateri sewa, kerusi sewa. Kao nak minuman sejuk ( 100plus , oren, cincau ), buahan & jajan itu atas tanggungan sendiri...

11. Aktiviti memancing berjalan 24jam memandangkan Seagull mempunyai 2 tekong yg bertugas secara Shift..

12. Penggunaan perambut 80 - 100paun serta mata saiz 5/0 adalah digalakkan pada sebelah malam...kalo guna umpan besar...gunakan 2 mata saiz 5/0 manakala 1 mata jika guna saiz 6/0 - 8/0...

13. Aktiviti memancing sila dengar bunyi Hon Bot...1 kali utk turun pancing...2 kali utk karau pancing...berkali2 utk kemas brg pancing...hehehe
14. Tempat pemancing dikhaskan kpd 14 sahaja...selebihnya...3 tempat adalah utk crew Seagull...jgn hanlang mereka memancing kerana mereka juga berperanan utk test lubuk...lubuk yg tak makan...bot akan berpindah.
Diantara Ahli trip yang mengikut serta adalah seperti berikut :-
1. Anglermy Ipoh
2. Shahril Ipoh
3. Sam Ipoh
4. Zainal Ipoh
5. Fahiz KL 
6. Is KL
7. Uloayo Ipoh
8. Member Uloayo Ipoh
9. JiJi Ipoh
10.Member JiJi Ipoh 
11.Tekong Ad @ Awang
12.Ringgo128
13.Lan BB
14.Zakie
Kami hanya merancang Tuhan menetukan segalanya. Dengan berkat doa keluarga dan sahabat handai, semoga perancangan dan perjalanan trip ini berjalan dengan lancar hendaknya. Amin..

9 comments:

Mama said...

xnampak tulisan nye la abang paiz..tuko la kaler laen abang paizz

Fahiz Hussin said...

Dah tukar..time kasih sebab komen ye..

Anonymous said...

buy facebook likes
facebook likes

http://www.cdapress.com/news/business/article_980d4e52-05d9-5306-8166-02a2f912df2a.html http://www.tbn.ca/retailer/rtdb/detail/211.htm?page=1
1000 facebook likes facebook likes 1000 facebook likes
OMFG it JUST took me 25 minutes just to load up yahoo answers. My computer is REALLT slow now [laptop] Here are the things i used. Regardless its still slow. 1. Malwarebytes - Used that and no malicious items were found 2. AVG Free 9.0 - Scanned today [also updated] and no infections found 3. Disk Defragement - I did that today but still slow 4. CCleaner - Cleaned registry, yet it is still slow 5. Cookies and Squlite files - delete those everyday, yet my computer is still slow 6. Avast - Scanned for viruses and non were found, yet my computer STILL goes slow. its not my specs or anything. Even when i play games [there are no games on here] it laggs and my specs are above recommendation. When i exit game, computer goes ******* slow as hell so i know its not my specs. Any idea whats making my computer slow as hell. There are no viruses, Files, Programs on my computer that would cause this.

1000 facebook likes buy facebook likes [url=http://1000fbfans.info]buy facebook likes [/url] 1000 facebook likes

Anonymous said...

Because the admin of this site is working, no question very shortly it will be renowned, due to its quality contents.

facebook page maker

Unknown said...

Contact nk sewa bot tu boleh share x bang

Unknown said...

zzzzz2018.7.25
nike outlet store
prada shoes
coach outlet
ray ban eyeglasses
adidas nmd
christian louboutin shoes
vibram five fingers
ray ban eyeglasses
christian louboutin shoes
pandora

pathiez said...

joy replica bags review replica bags pakistan replica bags philippines wholesale

Anonymous said...

j5r96s6x74 t2e95x3s62 q6r69z9p99 o8a44j7b02 u9q02m4k97 k4d36z3e15

sawhaez said...

z5h72h1y25 s2c82n6q50 b9v52x6m38 i3o35u7f22 i7u60x6g63 u1n14y1i41

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.