Wednesday, April 14, 2010

Sisipan Joran - 03 April 2010

Salam, Alhamdulillah artikel pertama teman untuk sisipan Joran Berita Harian telah dapat di abadikan didalam sisipan Joran pada 4 april yang lepas. Credit dan ucapan setinggi tinggi penghargaan kepada Sifu Mancing, saudara Zulhilmi Hat diatas bantuan dan peluang yang diberikan. Jasamu dikenang!!

Akhbar Berita Harian :- Sabtu, 3 April 2010
Laman Sisipan Joran
 

Tuna Albacore Bijak Menjunam

Oleh Zulhimi Hat
SEMPORNA: Kepulauan Mabul cukup dikenali sebagai destinasi menyelam terbaik di dunia kerana terumbu karang yang cantik. Ia juga lubuk pancing yang masih belum diterokai sepenuhnya.

Dengan kedalaman antara 40 sehingga 2,000 meter, laut di situ ternyata menyimpan 1001 khazanah yang menjadikan persekitaran pulau itu sangat istimewa.
Kunjungan empat sahabat iaitu Fahiz, Geddo, Che Wan dan Din Asia dari Kuala Lumpur baru-baru ini membuktikan kepulauan adalah gelanggang pancing yang banyak didiami spesis buruan lautan dalam seperti tuna Albacore yang dikatakan mampu membesar sehingga 45 kilogram dan panjangnya 140 sentimeter. Perancangan tiga bulan yang diatur Che Wan membuahkan hasil apabila mereka selamat tiba di Lapangan Terbang Tawau. Arfizi dan Ainst dipilih menjadi jurupandu mereka sehingga ke Pulau Mabul yang melalui jeti di sini.

Ketibaan mereka di Homestay Haji Yusof disambut pemiliknya sendiri yang mengusahakan rumah rehat itu untuk kemudahan pelancong tempatan dan asing yang gemar melakukan aktiviti menyelam di kepulauan berkenaan.

Selepas semalaman menginap, awal-awal pagi lagi kumpulan itu dibawa menantu Haji Yusof iaitu Nizam bergegas ke unjam pertama untuk menduga ikan tuna Albacore yang terkenal dengan daya juang dan tabiat menjunam ke dasar apabila mengena mata kail.

Selepas mengharungi perjalanan kira-kira satu setengah jam, lubuk unjam yang dikenal pasti menjadi lokasi pertama dalam trip kali ini. Berhampiran, ada beberapa nelayan tempatan giat memancing ikan tuna itu menggunakan koyan.
Fahiz, Geddo, Che Wan dan Din Asia yang asyik melihat aksi mereka tidak menunggu lama dan melabuhkan joran untuk menduga ikan yang sedang galak memakan umpan.

Selepas puas melakukan ‘jigging’ yang diharapkan berkesan ternyata kaedah itu tidak memihak kepada mereka apabila semua umpan tiruan besi seberat 150 hingga 250 gram dihulurkan tidak dijamah ikan langsung.

Seperti kata pepatah ‘lain padang lain belalang’ - Nizam hanya memerhatikan rakannya bertungkus-lumus sejak awal berlabuh memperkenalkan teknik rahsia atau kaedah tempatan untuk menjerat ikan tuna yang dikatakan sudah biasa dengan nelayan di sini.

Nizam berkata, perambut 10 depa yang diikat dengan tanduk (perambut berbentuk ‘Y’) perlu digunakan untuk teknik ini dan sotong serta dakwat tiruan dijadikan sebagai umpan penarik ikan.

Kemudian, sotong diikat bersama isi ikan yang dipotong. Ia turut diikat dengan seketul batu bulat bersaiz tiga hingga empat inci. Pemancing hanya terus melontarkan umpan ke dalam air pada kedalaman tertentu mengikut kedudukan ikan dan pemancing harus menyentap beberapa kali untuk melepaskan batu bulat tadi dan isi ikan akan bertaburan di sekitar sotong untuk menarik perhatian ikan lain di situ.

Selesai penerangan teknik itu, Arfizi menjadi pemancing pertama apabila jorannya disentap ikan. Perlawanan berlaku sehingga 30 minit dengan ikan tuna Albacore seberat 15 kilogram akhirnya didaratkan.

Fahiz yang teruja turut melakukan cara sama. Percubaan beliau berjaya apabila disentap ikan sama hingga memaksa gelendung kekili memuntahkan tali dengan banyak. Perlawanan berlaku kira-kira setengah jam hingga memaksa beliau mengetatkan ‘drag’ hingga separa maksimum. Dengan set pancing khas untuk trip itu, tuna seberat 20 kilogram didaratkan.

Untuk pertanyaan hubungi Che Wan Amildin: 012-7124372

Link Berita Penuh http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TunaAlbacorebijakmenjunam/Article/index

Credit dan penghargaan juga kepada sifu Che Wan didalam mengorganize trip ini sehingga sukses!!..terima kasih Che Wan Amildin..

9 comments:

Paddy Pike said...

Fantastic Tuna My friend, I think the Tuna must have given a fantastic fight,Well done great catch,
,,,Paddy,,,

Fahiz Hussin said...

Thanks Paddy..although after 2 month, still feeling the fantastic fight..so exciting and tiring..haha..Tight line..

zmi said...

apa sal muka mamat ni kelat,sembelit ni

tahniah tok dewa tuna

Fahiz Hussin said...

kehkehkeh..sembelit weh..tunggu bulan 10 ni kat penang plak..tgk sembelit GT kat sana..Jgn lupa panggil GT2 sume berkumpul kat sana bulan 10 nih weh..

zmi said...

hebat betoi dewa tuna ni..
saya pernah masuk akbar dulu.
.tapi cerita nya 20 ekor kambing ilang

Fahiz Hussin said...

hehe..memacam..mana hebatnya tuan..rezeki ikan tu nak mkn joran teman..klau tak kumpau juga..dan dah beberapa kali juga teman kumpau..hehe..adat memancing le..

Anonymous said...

x kan tunggu bulan 10 kot br pi penang babg....bulan 4 ni ada kosong...jom la panas2 badan kat penang....." ketua lanun "

Fahiz Hussin said...

Kord..bukan tidak sudi tp tak kesampaian..lesen kecik..kehkehkeh...

Unknown said...

zzzzz2018.7.25
yeezy shoes
pandora jewelry
moncler jackets
red bottoms
polo ralph lauren outlet
ecco shoes
moncler outlet
prada outlet
golden goose shoes
oakley sunglasses

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.