Pesta Tuna di Burma Bank
Salam, masuk hari ni hari ketiga kami di Burma Bank. Aksi siang harinya sama seperti hari semalam, ini kerana tekong masih tidak berpindah lubuk. Maka waktu siang dihiasi oleh ruby-ruby yang dinaikkan dengan aksi bottom. Aku yang dah kepenatan semalam hanya membantu apa yang diperlukan oleh Shafie. Rasa kemalasan yang tinggi untuk jig pa bila aku tengok jig 250g aku dibawa melayang didalam air.
Aksi bottom disiang hari, tekong masih duduk kat port nih, dah sehari setengah disini tapi ikan masih galak membaham umpan.
Aku mengambil kesempatan siang ni untuk berehat, mengharapkan malam ni untuk cuba memburu YFT pula. Aksi YFT semalam sederhanan sahaja, dalam selang setengah jam boleh la strike seekor. Harap-harap malam ni lebih meriah.
Cubaan untuk melontarkan jig seawal jam 8.00pm kurang mendapat sambutan, cubaan demi cubaan dibuat sehingga ke jam 12.00am..Kekadang hanya ikan-ikan cupak dan alu-alu membaham jig. Tuna masih belum kelihatan.
Kevlar 50 putus selepas menerima strike dari dasar..daripada gaya larian, ikan terdiri daripada kumpulan ikan yang bermain di pertengahan air dan mampu memecut laju. Takpe, kita tengok pas ni..
Kevlar ditukar kepada metal assist hook 2"..hehe, rasanya ada ikan boleh gigit putus benda alah ni tak?
Baru la naik mangsa yang selalu memutuskan kevlar, ikan ni rupanya..larian boleh tahan juga..ingatkan mama YFT tadi..
Cupak disini pun tidak memilih bulu, pa saja umpan dibahamnya. Jig luminus JM150g dengan metal assist hook.
Selepas jam melewati 1.00am, kelihatan beberapa ekor cumit kelam kabut dikejar predator dibawah. Dari pemerhatian kemungkinan kawanan tuna sudah memasuki strike zone..Cubaan pertama menggunakan set popping Yamaga Atlas PE6-8 digandingkan SW10000XG berpelurukan bulu rapia. Kaedah balingan ke kawasan permainan@ Kawanan ikan, biar seketika 5,6 saat dan karau laju. Cubaan pertama sahaja dah dapat menaikkan tongkol bersaiz sekilo dua..beberapa kali cubaan juga menghasilkan ikan bersaiz begitu. Dari pembacaan dipercayai ikan YFT bersaiz besar bermain jauh kedalam air. Maka teknik cast Bulu Rapia ditukar segera ke light Jig antara 60g-100g.
Jam 2.00am waktu tempatan - Cubaan pertama menggunakan jig Butterfly shimano 80g berwarna biru terus mendapat sambutan. Asyik dengan larian dan junamannya, set SW8000HG dan JM power Spell PE3-7 dapat bertindak balas dengan baik. Jam 2.00am bermula la pesta YFT di Burma Bank.
YFT bersaiz begini cukup banyak ketika ini. kadar tangkapan 5-10 minit setiap ekor dinaikkan..Puas dengan aksi larian dan junaman. Lagi-lagi dilayan menggunakan Rod aksi sederhana.
Habis darah tuna dimerata-rata, sampai awak-awak pun malas nak simbah air diatas lantai. Meriah bagaikan "pesta" YFT.
Hehe...muka penat!!
Makin kesubuh YFT yang dinaikkan semakin kasar, apa yang seronoknya melayan YFT nih?
1. Ikan ni lazimnya datang dengan kawanan, campur kecil dan besar, campur YFT, BFT, dan dogthooth. Larian padunya hampir sama bagi ketiga-tiga spesis. Pemancing hanya dapat membezakan selepas ikan naik keatas bot.
2. Saat ketika strike, karauan laju perlahan diulang beberapa kali sehingga menghampiri bot. Lazimnya aku dah marking strike zone ikan didasar. Oleh itu didalam hati seolah-olah sudah dapat mengagak jig disambar didasar. Ketika jig dikarau laju dan perlahan, ikan akan membaham jig bila jig yang dikayuh tetiba perlahan dari larian laju asalnya.
3. Larian pertama selepas hook up lazimnya memuntahkan main line walaupun ikan ini bersaiz 3,4 kg sahaja. SW8000HG telah diketatkan dengan 50%-75% setting drag. Anggaran kekuatan setting drag 12-15kg!!. Disebabkan ikan terlalu frenzy, kami hanya Hook up dan push naik dengan cepat.
4. Push Up dan naik, mungkin setengah pemancing merasakan kami tidak melayan kekuatan ikan sehingga ke anzalnya. Tapi bagi aku, kepuasan sebenar ketika kita bertarung semasa ikan benar-benar sedang kuat, lazimnya 1st larian atau 2nd larian...larian2 seterusnya sudah dapat dibaca oleh pemancing. Hook up, Hold, Push, Pump dan Naikkan..5 Step bagi aku.
Seawal 5 pagi, Jig Butterfly shimano 80g diturunkan seperti biasa, karauan laju dan perlahan diaplikasikan..dirasakan jig menghampiri strike zone aku karau dan bersedia. Memang benar jangkaan, sesampai di strike zone ikan membaham jig..bezanya larian kali ini berbeza dengan larian sebelum ini. Tali Exoga PE 4 mencurah keluar, JM Power spell menahan asakan..dirasakan ikan didasar sedikit kasar, permainan di perkemas. Membiarkan ikan membuat larian agar sesampai menghampiri bot ikan dapat digancu dengan mudah.
Penantian Dogthooth akhirnya terjawap, Amir denga dogthoothnya bermata triple hook 3x..tapi mana mama dan papanya ya..
Selepas menaikkan ikan bersaiz kecil, barulah YFT bersaiz abang dan kakak memunculkan diri. Anggaran 7-10kg..Setting leader exoga 150lb dengan FG knot.
YFT yang terkasar diperolehi aku pada trip kali ni. Masih mengidam saiz papa dan mama..pencarian akan diteruskan insyaAllah..
Jam 6.00am waktu tempatan- Bila cahaya ufuk timur menampak diri ikan pun dah mulai kurang..Pabila ikan semakin kurang, Tekong yang sepatutnya berpindah jam 4.00am tadi menunda untuk bergerak ke lubuk kertang dah mula menghidupkan enjin.
Perjalanan menghala ke Timur ke Lubuk Kertang, 8 jam perjalanan untuk diharungi...nantikan aksi seterusnya Di Lubuk Kerapu Hitam..