Mungkin keadaanya pun dan berubah. Seperti biasa kelong Ah Yu menjadi pilihan kerana ni je Kelong yang aku pergi dulu. Kami berjaya menaikkan ikan selar yang lumayan dan berjaya menaikan ikan Alu-alu.
Jadi pada trip akan datang nie, aku dah kenalpasti beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki terutama dari segi persediaan teknik memancing. Diantara teknik pancingan@ Perambut dan teknik ikatan yang perlu diberi perhatian adalah :-
1. Teknik Drifting @ Floating
Teknik bergantung sepenuhnya kepada keadaan arus air laut ketika itu, dijangkakan arus tidak begitu laju atau perlahan(11,12 Jamadilakhir), sekiranya air perlahan, teknik foating akan digunakan dan sekiranya arus laju bolehlah teknik drifting digunakan. selalunya teknik ni le yang diharapkan untuk menaikkan ikan-ikan yang kasar.
Menggunakan umpan hidup yang diapollo, menggunakan leader sepanjang 3 depa dan ia dihanyutkan mengikut arus. Dan klau nak lebih sedikit insurans, bleh la menggunakan steel leader sepanjang sejengkal dihujung leader tu.
Ikan sasaran : Gerong Belang, Aruan Tasik, ikan Parang, Alu-alu..
2. Teknik Bottom
Teknik ini akan diaplikasikan dicelah-celah tiang kelong, untung-untung ada penghuni dasarnya yang tertarik dengan umpan yang dihulurkan. Tetapi disarankan penggunaan koyan 200lb atau klau nak cuba guna set pancing pastikan leader yang digunakan melebihi 4 atau 5 depa untuk mengelakkan main line terputus diasak teritip di ting kelong.
Ikan sasaran : Kerapu, Ikan Landok, klau bernasib baik ikan bayan.
3. Teknik Cast Jig atau Casting
Gunakan jig-jig berat Kurang 100g untuk lontaran yang maksimum. Ini kerana jig di kelong memerlukan balingan, itu sebab dipanggil jig Cast sebab kita kena casting jig ke lokasi yang dirasakan sesuai.
Selain jig cast, kita juga boleh menggunakan rapala, soft plastik atau fly lure untuk menarik minat ikan menjamah mata pancing yang dihidangkan.
Ikan Sasaran : Alu-Alu, Predator yang lain.
4. Teknik menghanyut Bulu
Gunakan Lure bulu rapia dan dilepaskan mengikut arus, jika arus kuat bleh cuba teknik ni.
ikan sasaran : Alu-alu, Predator yang lain.
5. Teknik Apollo
Gunakan apollo sabiki atau 999 yang semurah RM2.00/set bersaiz 12 kebawah. Ini kerana ketika ikan sedang frenzy makan kejadian apollo bersimpul sering kali berlaku. Bagus klau ada lebih 5 set keatas untuk seorang pemancing.
Melalui kaedah ni juga pemancing dapat bekalan umpan ikan yang segar dan cergas untuk menjerat predator yang lebih kasar.
Ikan sasaran : Ikan Selar, Ikan Tamban, Ikan selayang, Ikan uji Rashid.
6. Teknik Mencandat
Selalunya skang ni musim sotong, kita boleh lihat sotong bermain dipermukaan, balingkan lure candat sotong dan pasti ia mengejarnya.
Sasaran : sotong
1.Bottom Set : Drag Kuat, Rod pendek kurang 6"
2. set Casting
3. Set Drifting : selalunya pemancing menggunakan rod panjang lebih dari 8" senang nak control bila mengena ikan. Lazimnya pemancing akan bawa lebih dari satu untuk set drifting nie.
Disebabkan pakej memancing dikelong ni tak menetapkan bilangan pancing yang boleh digunakan adalah baik sekiranya kita bawa lebih dari 1 set. ini membuatkan kita sentiasa sibuk memancing nanti. Tp klau terlalu banyak pula akan menyebabkan kekusutan untuk menguruskan kesemuanya..Jd kesimpulannya, bawa secukup rasa je.