Wednesday, July 10, 2013

Memburu Si”Monster” Andaman Sea, Burma.
Demi merealisasikan impian memburu ikan bersaiz “Monster”, 12 orang pemancing dari Kuala Lumpur dan seorang dari Kampar, Perak sanggup meredah jarak perjalanan di darat sejauh 1200km dan jarak perjalanan di lautan sejauh 200-300km lagi. Dengan jumlah perjalanan melebihi 24 jam dengan merentasi 3 buah Negara iaitu Malaysia, Thailand dan Myanmar ternyata ia merupakan satu pengalaman yang sukar dilupakan buat 13 ahli trip.
Jarak perjalanan dari Ranong ke Burma Bank mengambil masa 12 jam dengan jarak perjalanan 150bn


Burma Bank.
Saban tahun, pasti ada artikel dan pemancing Malaysia yang memancing disana. Dengan kadar tangkapan yang tinggi dan saiz saiz tangkapan yang memuaskan ternyata Burma Bank merupakan lubuk yang masih menyimpan stok ikan buat pemancing. Lokasinya terletak diantara 100batu nautika sehingga 150 batu nautika ke Pantai Barat Thailand. Tetapi untuk memancing disana kami terpaksa mendapatkan permit memasuki Burma Bank melalui kerajaan Myanmar terlebih dahulu.
Bot Pancing mewah “Polaris One” dengan dikemudi oleh Engkarat dipilih pada kali ini untuk membawa kami mengharungi lautan Andaman untuk memancing di Burma Bank.

Menguruskan dokumen masuk ke sempadan Thailand, di Bukit Kayu Hitam

Trip yang digelar “D7L conquest - Burma Bank” ini dibuat dan dirancang setahun yang lalu. Perancangan dengan permilihan tarikh yang bersesuaian, Bot dan Tekong yang berpengalaman dan teknik teknik yang akan digunakan seharusnya dipandang serius bagi merealisasikan impian pemburuan ikan bersaiz “Monster” disana.

Polaris One.
Bot Milik Jutawan Thailand ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan buat para pemancing, dengan kapasiti bilik sejuk beku berkapasiti 2 ton, ternyata tiada masalah bagi penyimpanan hasil hasil yang dipancing. Bilik tidur berhawa dingin dan katil bagi setiap seorang pemancing amat selesa untuk merehatkan badan selepas penat memancing. Selain itu kami juga tiada masalah air bersih kerana air laut disuling dan ditapis untuk dijadikan air mandian.

Memanjatkan doa agar perjalanan kami selamat pergi dan pulang.

Polaris One

Dek atas Polaris

Kabin Kepten 

Tempat beradu dan berehat dibahagian atas

Bilik dibahagian bawah.

Tandas dengan sistem penapisan dan penyulingan air laut.

Kawasan dek belakang yang luas.

Pakej ini juga dilengkapkan dengan seorang tukang masak yang akan menghidangkan masakan apabila sampai waktu makan, apabila ikan kurang menjamah umpan kami juga boleh memilih untuk menonton VCD di ruang tonton yang disediakan. Pendek kata Bot Polaris ini ibarat sebuah rumah yang terapung ditengah lautan.
Peeda Hotel, berehat selepas pemanduan 10 jam dari Bukit kayu Hitam

Perjalanan.
Trip ini disertai oleh Fahiz, Airpool, Artoz, Indra, Halim, Seaprawn, Latif, Safie, Ringgo, Khairi, Rosli Apek, Cikgu Zahari dan Man Baung. 12 Pemancing memulakan perjalanan dari kuala lumpur seawal jam 12 tengah malam dan dijangka untuk sampai ke pintu sempadan seawal 7 pagi. Ini penting kerana kami merancang untuk masuk ke Thailand seawal yang mungkin untuk mengelak kesesakan yang bakal berlaku di Imegresen Bukit Kayu Hitam nanti. 
Gambar berkumpulan - D7L


Dipertengahan perjalanan kami menunggu seorang lagi pemancing dari Kampar iaitu Ringgo. Dengan 3 buah kereta pacuan 4 roda dan sebuah Van Milik latif kami meneruskan perjalanan ke Bukit Kayu Hitam. Seawal jam 7 pagi kami telah sampai dipintu sempadan dan urusan dokumentasi dibuat di kedua dua belah pintu sempadan dan Alhamdulillah kami dapat masuk ke sempadan Thailand seawal jam 10 pagi. Dari sana kami meneruskan perjalanan 700km ke Ranong destinasi terakhir perjalanan darat sebelum menaiki bot keesokkan harinya.

Keadaan di Peeda Hotel

Walaupun jarak perjalanan hanya 700km tetapi kami mengambil masa 10 jam untuk sampai, dengan pergerakan konvoi dan laluan yang tidak biasa dilalui kami lebih banyak berhenti untuk berehat dan membawa kenderaan dengan kelajuan purata 80-90km/j. Selepas makan malam kami sampai di Resort Pedda di Ranong pada jam 9 malam dan mengambil kesempatan ini untuk tidur awal dan merehatkan badan yang penat.
Anak-anak nelayan di Ranong

Bot ekor biawak, sistem pengankutan utama di sini

Seawal jam 7 pagi kami telah bangun dan berkemas, selepas bersarapan kami terus pergi ke jeti untuk menaiki Polaris One untuk ke Burma Bank. Selepas selesai memunggah barang memasuki bot, bot Polaris meneruskan perjalanan 30 minit untuk ke Kawthaung Bandar kecil di Myanmar untuk dapatkan visa memasuki Myanmar dan seterusnya memancing di Burma Bank. 

Keadaan jeti pendaratan ikan di Ranong.

Disana, seorang kakitangan merangkap pengawal Bot Myanmar bersama sama menyertai trip kami ke Burma Bank bertujuan  mengawal dan memerhati pergerakan bot dan pemancing di Burma Bank.
Imegresen Thailand

Selepas selesai urusan dokumentasi di Kawthaung, kami meneruskan perjalan sejauh 100 batu nautika lagi untuk ke lubuk pertama bagi sessi pancingan pada kali ini.


Kanak kanak berniaga di Kaw thaung, Burma

Lubuk Ruby.
Seminggu sebelum trip ini berlangsung, semua ahli trip telah diterangkan dan ditunjukkan dengan kaedah memancing di Burma Bank, oleh itu perambut telah disiapkan seawal yang mungkin untuk mengelak dari membuang masa menyiapkan perambut ketika ikan sedang frenzy menjamah umpan nanti. Lokasi kedudukan juga ditentukan agar kedudukan pemancing tidak terlalu dekat antara satu sama lain.


Batu ladung yang ditempah khas.

Pada pukul 2 pagi waktu tempatan, kami telah sampai ke lokasi pertama sessi pancingan pada trip kali ini. Perambut 2 mata berumpan hirisan tongkol dengan pemberat seberat 1kg diturunkan. Ternyata pemancing tidak perlu tunggu lama untuk menaikkan ikan Ruby Snapper. Dengan purata 5-6 kg setiap seekor sememangnya dapat memberikan kepuasan kepada pemancing yang berjaya menaikkannya. Sekali sekala saiz 10-11kg dinaikkan dan ada kalanya double strike pun sering berlaku.



Aksi berterusan sehingga ke pagi hari, selepas bersarapan, bot bergerak ke lubuk kedua beberapa jam perjalanan dari lubuk pertama. Dikesempatan ini pemancing mengambil kesempatan untum mandi, makan dan berehat seketika. Ada yang tidur dan ada yang menonton VCD.


Airpool dengan ruby snapper




Pesta ruby di Burma bank







Dilubuk kedua ini ikan nampaknya tidak serancak di lubuk pertama tadi, sesekali ikan ruby menampakkan diri selepas itu keadaan kembali senyap. Dengan perjalanan yang jauh yang telah diharungi di darat dan dilautan serta masih ada 3 hari untuk memancing jadi majority kami mengambil kesempatan ini untuk berehat dan tidur.


Ringgo dengan rubi snapper terbesarnya




Pesta kakap merah

Aksi Jigging Ringan
Sessi malam dilihat lebih meriah dengan kehadiran Yellow Fin Tuna(YFT). Dengan pengunaan set ringan dengan jig seberat 60-80g YFT ini senang di jerat. Beberapa kali jig di lontar dan dikarau laju pasti ada YFT yang sudi menyambarnya. Dengan renangan awalan seperti peluru sememangnya ia begitu mengasyikkan. Rakan rakan lain juga tidak ketingalan untuk mencuba jigging YFT ini.


Big Eye @ YFT by Artoz


jig jig jig







Sesekali terdengar jeritan rakan rakan yang terkena sang “Monster” didasar, saya sendiri kehilangan beberapa jig pada malam tersebut. Dengan larian terus menerus ternyata bukan YFT bersaiz kecil yang menjamah. Ye la, ketika kita mengunakan set berat, “Monster” ini tak mahu pula bergurau, bila masa mengunakan set ringan masa ini pula ia rajin membaham jig kecil yang dihidangkan. Inilah dinamakan adat memancing.




Wahoo dengan jig!



Dengan hasil pancingan YFt yang segar, Chef kami mengambil seekor YFT untuk dibuat Sashimi. Fresh dan segar itu saja yang kami dapat berkongsi dengan pembaca apabila hirisan YFT masuk kedalam mulut dan dikunyah lembut didalam mulut.


Shasimi..


Kakap merah dengan jig



Selain itu, dengan hasil jig yang diperolehi YFT segar ini bakal dijadikan umpan segar untuk digunakan bagi tujuan pemburuan kerapu Hitam esok. Dengan adanya umpan segar, peluang kami untuk menaikkan spesis “monster” semakin hampir.


Bukan senang nak karau 300m mengunakan manual.




Baracotta yang rajin memutuskan tali

Lubuk berkedalaman 350meter!!
Pada keesokkkan hari Kapten Engkarat membawa kami untuk memancing Kerapu Hitam atau nama gelaran “Pak Tam”. Pada kali ini bot tidak menurunkan sauh, enjin bot hidup seperti biasa, bot di kemudi pegun diatas lubuk yang telah dikenalpasti. 


Kedalaman average 300m!!

Sebelum itu kapten telah memilih setting yang boleh diturunkan di lubuk ini. Hanya 4 set yang boleh diturunkan, ia bertujuan untuk mengelak dari perambut terbelit antara satu sama lain sekiranya lebih banyak set digunakan. Down! Down! Down! Pekik Kapten Engkarat dari ruang Kokpit. Sepantas umpan diturunkan kedasar. Keempat empat set diturunkan serentak dan meter pada kekili elektrik menunjukkan angka 100m, 200m berlalu, 250m juga berlalu, 300m!!! tali masih lagi keluar, 350m baru meter berhenti.







Kertang hitam

 Ada kekili elektrik yang tinggal 100m tali digegelung. Huh..dalam sungguh lubuk si kerapu hitam ini. Pada kedalaman ini, pemancing sukar mementukan kedudukan perambut didasar samaada mencecah lantai lautan ataupun tidak. 


Double strike kertang hitam

Oleh itu setiap set dibantu oleh awak awak Polaris one yang mengunakan tangan untuk strike ikan didasar. Selepas ikan disentak mengunakan tangan, kemudian barulah ia dikarau dengan mengunakan kekili elektrik. Selepas itu seekor demi seekor Kerapu Hitam dinaikkan diatas deck Bot polaris.



Seekor demi seekor “Pak Tam” dinaikkan, dari sekecik 5-6 kg sehingga sebesar 19-20kg seekor. Ternyata pada kedalaman 350m “Pak Tam” dinaikkan bagai pesta di Deck bot Polaris. Disebabkan sauh tidak diturun dilubuk tersebut kami tidak dapat berada lama disitu. Selepas 2,3 jam kami beralih pula dilubuk-lubuk berkedalaman 200m. Bot dilabuhkan dan kami menikmati hidangan tengah hari yang dihidangkan. Pada petang itu kami melayan aksi jig ringan dengan mensasarkan YFT dan tuna gigi anjing bersaiz kecil dan sederhana sehingga ke waktu malam.


keadaan biasa apabila memancing dikedalaman lebih 300m, terbelit dan bersimpul


Triple strike

Pada keesokkan harinya kami telah diduga dengan alun dan angin dari arah Barat Andaman. Ada pemancing yang gagah meneruskan pancingan dan ada yang mengambil kesempatan untuk berehat dan menonton VCD. Bermula jam 10 pagi sehingga 4 petang angin Barat terus menerus membadai laut Andaman. Bot yang dirasakan besar juga turut beroleng seperti bot-bot kecil. Sememangnya angin kuat ini telah diramal awal lagi apabila Kapten Engkarat melihat kepada ramalan cuaca sehari sebelum trip bermula. Beliau telah memaklumkan bahawa trip ini akan berdepan dengan angin kuat pada hari ke 3 trip.

Pesta kertang hitam


Disebabkan itu, beliau telah mula melabuhkan sauh dikawasan berkedalam 50m-70m sejak jam 8 pagi lagi. Apa nak buat terpaksala kami diam disitu sehingga angin reda jam 4 petang. Di Karang cetek ini jugalah Airpool berjaya menaikkan Wahoo bersaiz 7kg dengan set ringan. Wahoo yang lazimnya hanya terpikat dengan kaedah trolling Skirting juga dapat dinaikkan.







Kerapu bara


Perlawanan dengan ikan terlaju ini begitu mengasyikkan. Larian terus menerus dibuat dan selepas kawalan kemas dibuat Airpool akhirnya ia dapat dinaikkan. Ini seterusnya memberikan semangat pada rakan lain untuk mencuba. Disini juga Bang man Baung dapat menaikkan Kakap merah bersaiz 5kg mengunakan jig ringan dan rakan-rakan lain bersama kerapu sunuh bersaiz hidangan dan pelbagai spesis karang lain dapat dinaikkan dengan mengunakan set jigging ringan.


Cikgu zahari dengan kerapu hitam terbesarnya.

“Monster” Burma menjelma.
Selepas ribut reda, Kapten Engkarat membawa kami ke Lubuk di kedalaman 150m, dikedalaman ini lazimnya terdapat pelbagai spesis ikan dasar bergred A seperti Kakap Merah, Kerapu dan ruby Snapper. Selain itu spesis Tuna sirip kuning dan tuna gigi anjing juga berlegar dikedalama 50-70meter. Ia dapat dilihat dengan jelas dialam sornar.



Seperti biasa rerakan yang memancing dasar menurunkan umpan dasar dan bagi penggemar jig, jig-jig seberat 200-350g diturunkan. Artoz menjadi pemancing pertama yang berjaya menaikkan tuna Gigi anjing, dengan larian dan junaman yang dibuat ternyata tuna gigi anjing merupakan spesis target kali ini. Bagi yang kurang bersedia dan kelengkapan yang kurang sempurna, dengan mudah tuna gigi anjing melarikan diri dengan hanya pecutan pertamanya. 

Selepas itu giliran airpool, indra dan halim yang masing masing gila menurunkan jig kedasar. Pasti ada tuna yang sudi menyambutnya. Saya sendiri telah kehilangan 1 jig luminous apabila larian tanpa henti diterima dari bawah. Setting ringan ditukar ke setting yang lebih berat. Tetapi apabila set berat digunakan, ikan pula mulai culas menjamah jig yang dihidangkan.



Selepas bebeapa jam mencuba hanya tuna bersaiz belasan kilogram yang berjaya dinaikkan. Kami masih mendambakan saiz puluhan kilogram seperti yang terpangpang di laporan-laporan akbar dan forum pancing di Malaysia. Dilihat kami semakin kurang mengunjum jig, Kapten Engkarat telah mengunakan set Jigging berat saya kombinasi stella 20000 dengan tali utama PE6-450m dan rod One hundred Carpenter(OH) berkekuatan PE8-10 untuk digunakan sebagai set pancingan “Drift” berumpan seekor tongkol. Mengunakan perambut berkekuatan 120lb dan 2 bilah mata kail bersaiz 10/0 ternyata ini bukan seting yang dibuat untuk ikan ikan kecil!!

Selepas seting disediakan umpan tongkol bersaiz 8 inci digunakan dan dibiarkan “Drift” pada kedalaman 60m. Ternyata percaturan ini berjaya memikat sang “Monster” dibawah. Tidak sampai 10 minit umpan dilabuhkan, umpan dibawa lari dari bawah. Tanpa menunggu lama Engkarat “hook up” dan memberikan laluan kepada saya untuk meneruskan perlawanan. 


syukur Alhamdulillah
Dengan larian pertama sahaja, saya terpaksa mengampu tangan kiri ke birai bot sambil tangan kanan menahan asakan untuk mengekang lariannya. Seketika ia berhenti dan saya mengarau sedikit dan junaman dibuat semula. Dirasakan drag telah diset dengan baik tetapi larian terus menerus dibuat tidak mampu ditahan oleh perambut 120lb lalu putus ditengah jalan, harapan untuk melihat kelibat “Monster” masih gagal untuk direalisasikan.

Tanpa berlengah Engkarat meminta perambut yang lebih besar, saya menyerahkan perambut bersaiz 150lb untuk digunakan, selepas itu umpan tongkol dilepaskan kedasar untuk menunggu ia dijamah. 10 minit berlalu, 20 minit berlalu masih belum diusik, selepas kami leka bersembang dan melihat aksi pemacing dasar sekali lagi umpan tongol dilarikan sesuatu dari bawah. Saya nekad untuk menaikkannya pada kali ini.

Perlawanan diperkemas, larian dibiar dengan setting “Drag” dilembutkan sedikit membiarkan ia mengeluarkan tali dengan lebih banyak. Selepas penat junaman dibuat, saya pula mengambil kesempatan untuk menyimpan tali. Aksi tarik tali berulang beberapa minit sebelum minit ke 5 ikan mula menonjolkan diri. Warna putih Badan kelihatan di beberapa meter terakhir sebelum ia mula menjunam kembali. 



Tali dibiarkan sentiasa tegang untuk mengelakkan mata kail terlucut. Selepas beberapa kali junaman ikan kelihatan semakin lemah. Dengan sekali gancu oleh Airpool, ikan dinakkan diatas deck Polaris. Alhamdulillah, seekor “Monster” Burma dapat dinaikkan diatas birai bot Polaris pada trip kali ini. Syukur!!! Puas kami bergambar selepas ditimbang, digital penimbang meunjukkan ikan tuna gigi anjing yang berjaya dinaikkan seberat 28kg!!


Syukur Alhamdulillah, lesen Dogthoot di Burma bank

Trip Berakhir
Selepas hari ke 4 kami di Andaman, menandakan ia merupakan hari terakhir kami pada trip kali ini. Di hari terkahir tekong sekali lagi mengajak kami ke Lubuk 350m, disana kami berjaya menaikkan berbelas ekor “Pak Tam” bersaiz belasan kilogram. Dilihat tong ikan semakin penuh, kami bersepakat untuk menamatkan trip pada kali ini. Kami bersyukur kehadrat ilahi kerana merealisasikan impian kami untuk menaikkan “Monster” Burma dengan ikan-ikan terbesar pada trip ini adalah seperti berikut, “kerapu Hitam”Pak Tam” seberat 21kg, Ruby Snapper seberat 11kg dan Tuna Gigi Anjing seberat 28kg…



Bergambar sebelum menamatkan sessi pancingan kali ini.

Saya bersama tekong Engkarat.

Engkarat, Tekong Polaris One

Terima kasih pada semua ahli trip D7L, InsyaAllah Jan 2014 kita ke kepulauan Nicobar pula.

19 comments:

Leilaraziii Kamen Riders Team and KPAS said...

fulamak!!!terbaik bro..kalau lah dapat joint sekali...terasa teramat bertuah bro... :) terbaik

Brohantu said...

lama betul bos tidak update blog memancing ni

Unknown said...

Blog anda ada disini Myrodreel, Perkongsian Cara Memancing Yang Cekap, Betul dan Efektif di Malaysia

Anonymous said...

BUY VIAGRA ONLINE NOW.

Also visit my site - 現在購買偉哥

Elih J said...

Terbaik...

Jom bertukar link blog di bloglist, ini blog saya http://blogpancingelih.blogspot.com/

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru? Share foto2 dan tips pancing?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas mendowload dn upload music, foto-foto, video dm files lain dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Anonymous said...

wah!! ikan-ikanya gede-gede nih
Agen Sbobet

Akmal said...

Berapa sewa bot?

Mohd Firdaus Omar said...

as salam tuan lama tuan x update blog..sy ternanti2 episod terbaru tuan

John Mc Back Angler Barramundi said...

Salam kenal dari Aceh

THE HUNTER BARRAMUNDI FC

SG SAN said...

Hi there,

Nice article and blog, I found it very explanatory and informative, keep sharing the best content

We know how important is experience in our lives.

Take care

Your follower,

Sand Carros from Automóveis

A little bit about my job if you allow me:

Venda seu carro usado no Brasil de Forma fácil e rápida

Oferecemos espaço para anúncios ilimitados. Isso significa que você pode publicar quantos anúncios de veículos quiser totalmente de graça. Você também pode marcar 1 anúncio como Destaque gratuitamente para aumentar as chances de encontrar um comprador para seu carro, registre-se grátis e comece a vender. Encontre também todas as Concessionárias de Automóveis do Brasil e confira os estoques de carros novos e seminovos.

Thanks and best regards

nomes ingleses said...

Amazing blog and post, found it very informative and useful, thank you for kindly share it with us, best regards and take care

Sandro from Nomes

izzi said...

Nice post, keep it up.
Hope you are well in the current situation.
mercury instrument
fish mercury

Asmady said...

Woww mantap bossku,mmg ikan laut dlm tu

dlk moda fitness said...

hello

Thats a very nice post, i say thank you for share your knowledge with us, very kindly.

Hope to reado more nice article around here,

take care

Your follower,

Jack from Roupas Femininas no Brasil. Compre Moda Praia Loja Moda Fitness com estilo, qualidade e os melhores preços do mercado. Encontre calça legging, jaquetas e casacos, roupas para academia, ciclismo e muito mais!

Anonymous said...

Amiri T-shirts, Golden Goose Outlet, Alexander McQueen Sale, Nike x Travis Scott Sneakers, Nike x Off White Shoes, Off White Sneakers

Anonymous said...

A big part of Jordan Brand's Spring 2022 line-up, the Air Jordan 4 has already been revealed in a number of upcoming colorways, the most notable of which being the Infrared landing later this May. The Luka 1 is designed for the deceptive, off-speed play of Luka Doni, featuring a new IsoPlate system with full-length Formula 23 performance foam in the midsole. Air Jordans have reliably been some of the most popular sneakers in the Fendi Handbags world for the past 30 years. They want something unique, and they want to use sneakers as an expression of themselves and their The North Face Sale Store wardrobes. The double-strap returned, while Zoom Air was the cushioning set-up in the Air Jordan Sale heel and forefoot. Both versions of the Nike Prada Handbags Zoom Fly update feature a transparent lighter upper with a new arch-band lacing system that offers a more adjustable fit. The shoe's details also relay the creative process in the finished product. The hand of the designer is apparent - seen in elements like the N.354 logo treatment Air Jordan 4 Sale and overt stitching. And, with a subtle DNA touch, the breathable Golden Goose Outlet tongue is nod to another pioneering Nike running shoe, the Lunar Racer. 2022, though, seems to be a return to form, as Jordan Brand alone has more than Burberry Handbags plenty of releases to look forward to. And this is a rather apt comparison, as the Infrared mimics everything but the older shoe's green accents. The bright, titular red takes the Celine Handbags latter's place, standing atop a base rendered in both dark and light grey nubuck. Adding to the growing roster is this Silver Toe edition, featuring an identical color-blocking to the women's exclusive Air Jordan 1 Retro High OG with a light tumbled texture on the silver. Soon, Canada Goose Outlet Online the Moncler Sale Air Jordan 6, too, will pledge allegiance to the Bulldogs, though we'll have to wait until Fall to get our hands on a pair. He's so dialed in.

Asrul botsewagta said...

Memang puas hati lah mancing mcm nie...anyway terima kasih sebab berkongsi pengalaman bro... Teringin jugak rasanya ni...hahaha

asrul said...

Mantap perkongsian tuna... Teringin nak ke Burma bank bila baca artikel Dr tuna..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.