Friday, March 2, 2012

Pemburuan "Monster" di Temorak

Asal Pulau Jarak

Pulau temorak atau sekarang lebih dikenali sebagai Pulau Jarak merupakan salah satu daripada lokasi yang harus di cuba didalam penjelajahan expedisi memancing. Lokasi ini dipilih berdasarkan kepada hasil pancingannya yang jarang mengecewakan. Spesisi yang dicari dan menjadi target utama diadalam trip pada kali ini adalah spesisi ikan bergred A seperti Ikan Jenahak dan Spesis Kerapu.
 Lokasi bertanda A adalah Pulau Jarak

Bagi pemancing yang biasa kesana pangilan “Bantal emas” merujuk kepada ikan jenahak induk yang mencecah saiz 5 kg. Ia  digelar bantal emas kerana warga sisik yang keemasan, tanda hitam yang semakin pudar dan saiznya yang bulat menyerupai bantal menyebabkan kami mengelarkannya “Bantal Emas”. Manakala bagi spesis kerapu yang mencapai saiz belasan kilo pula ia akan digelar dengan gelaran “Boron” merujuk kepada saiz dan bentuknya yang bulat dan besar.

Lokasi Pulau Jarak.
Pulau jarak terletak 34 km di Selatan Lumut dan dianggarkan keluasan Pulau ini bersaiz 8 hektar dan mempunyai ketinggian tertinggi 50m dari paras laut. Hanya dilitupi oleh tumbuhan sekundar, pulau ini tidak mempunyai pantai berpasir dan dikelilingi tebing batu granite serta tidak sesuai didiami oleh manusia menjadikan pulau ini terlindung dan tidak di ekploitasi sepenuhnya. Disebabkan atas faktor keselamatan dan menjaga sempadan Negara, sebuah kem kawalan tentera ditempatkan diatas pulau ini.
Saiz dan bentuk keadaan Pulau Jarak 

 Terdapat Base Camp tentera di dirikan diatas Pulau tersebut

Selain itu, secara fizikalnya ianya hanya sesuai dijadikan sebagai kawasan berlindung para bot nelayan ketika menghadapi tiupan angin utara dan alun besar dari Lautan Andaman. Dikelilingi dengan hidupan coral dan batuan granit pula menjadikan lokasi persembunyian yang baik bagi ikan-ikan bergred A daripada menjadi mangsa pukat jerut dan pukat tunda para nelayan.
Selain lokasi terumbu karang berbatu, lokasi kapal karam dan lubang-lubang didasar lautan juga menyajikan lokasi persembunyian yang terbaik. Lokasi berstruktur ini membolehkan spesis-spesis pelagik seperti selar, kembung, selayang dan tamban serta sotong menjadikan kawasan berstruktur ini sebagai kubu terakhir untuk membiak dan bersembunyi. Dengan wujudnya rantai makanan, maka ia juga akan menarik minat spesis-spesis ikan yang lebih besar seperti “Bantal Emas” dan “Boron” untuk membesar dan membiak disitu.
Masa memancing
Di akui, Pulau Jarak sememangnya lokasi pancingan yang paling cerewet untuk dicuba. Selain teknik pancingan yang tersendiri, masa pancingan juga harus dipilih agar pemancing dapat memancing dengan selesa dan umpan yang sesuai juga harus dihidangkan untuk hasil yang terbaik disini. Air mati, merupakan masa yang sesuai bagi pemburuan spesis “Boron” manakala air berarus sesuai bagi pemburuan sepsis “bantal emas” atau jenahak.
Disebabkan lokasi pulau jarak terletak ditengah tengah Selat Melaka, perbezaan pasang surut setinggi 4,5 meter akan menyebabkan lokasi ini menerima jumlah air yang banyak pada ketika air surut dan air pasang besar dari lautan Andaman. Ini memberikan arus yang amat laju ketika itu. Pada ketika ini aktiviti memancing dilihat tidak sesuai untuk dilaksanakan. Adakala ladung bersaiz 32 seberat 1.5kg mudah dibawa arus dan aktiviti memancing menjadi sukar dilaksanakan.
Teknik Memancing
Apabila berhadapan dengan lokasi memancing berstruktur dalam masa yang sama berarus laju hanya 1 teknik pancingan yang sesuai untuk di aplikasikan disini. Teknik pancingan dasar mengunakan Ranggum atau tanduk dengan panjang perambut sepanjang 2-3meter dilihat sesuai untuk diaplikasi. Umpan yang sesuai adalah umpanan yang terdapat disekitar padang pancing seperti sotong yang dicandat atau pelagik yang diApollo. Setup yang dicadangkan adalah pengunaan setup pancingan dasar berkekuatan 40lb-60lb. Perambut berkekuatan 80lb keatas, mata pancing bersaiz 5/0-8/0, berat ladung bergantung kepada keadaan arus dari ladung bersaiz 18 sehingga bersaiz maximum 32(1.5kg).
Bot Memancing.
Bot Memancing Seagull menjadi pilihan kami pada trip kali ini. Bot bersaiz 45ft panjang dengan 14ft lebar berenjinkan enjin diesel turbo dengan purata kelajuan 7-8knot berkapasiti 13 tempat tidur pemancing menjadikan bot ini selesa. 

Pandangan Hadapan, belakang dan sisi Bot Seagull

Keadaan Ruang Kokpit Seagull
 Menu dan masakan yang dihidangkan sepanjang trip ini berlangsung

Diterajui oleh kapten Ah Peng yang berpengalaman berbelas tahun, bot pancingan turun temurun dari bapanya ini mempunyai ratusan lubuk menganjur dari utara sehingga ke selatan yang boleh dikunjungi saban tahun.
Perancangan Trip.
Mensasarkan spesis Kerapu Boron dan Jenahak (Bantal emas) kami memilih masa dan tarikh dimana air  yang menyongsong surut. Air yang berarus untuk pemburuan jenahak dan air mati pada hari akhir pula sesuai untuk pemburuan kerapu disana. Ini memberikan kami peluang untuk mencuba di dua lubuk yang berbeza dengan dua spesis yang disasarkan ini. Pada trip kali ini telah disertai oleh 12 pemancing dari kumpulan “Dewa 7 Lautan”. Kumpulan ini dibentuk hasil daripada minat yang sama dan telah banyak menimba pengalaman memancing didalam dan diluar Negara. Diantara yang turut serta adalah Anglermy-organiser (D7L8), Dewa7Lautan (D7L1), Slimer (D7L7), Maxx Peacock, Cenonetboy (D7L3), Gelama Serdang, Fahiz (D7L9), Ptit, Mo_Yu, Pe'ie, Sifu Bilis (PENGASAS D7L) dan Indra (D7L10).
Pemilihan tarikh dan lubuk telah di uruskan oleh saudara Anglermy, ini kerana saudara Anglermy merupakan organizer tetap bagi lokasi pancingan di Pulau jarak. Dengan pengalaman yang ada dan “track record” hasil yang baik kami memberi kepercayaan kepadanya untuk menggalas sebagai organizer untuk memancing diperairan jarak. Pemilihan tarikh ketika air menyongsung surut dipilih agar kami dapat mencuba di dua lokasi dengan dua target yang berbeza. Air bergerak untuk mensasarkan spesis jenahak dan air mati untuk mensasarkan spesis kerapu.
Tentatif trip.
Kebanyakkan ahli trip pada kali ini tinggal di sekitar Kuala Lumpur, dari rumah Slimer di TTDI Shah Alam, kami bertolak ke Lumut mengikut jalan Kuala Selangor, Lekir, setiawan dan terus Ke Jeti LKIM Lumut yang mengambil masa 4 jam perjalanan. Selepas bersarapan kami terus ke jeti LKIM dan disana bot Seagull sudah bersedia menunggu kami. Kami bertolak dari jeti LKIM di Pelabuhan Lumut selepas barang semua di isi kedalam Seagull pada jam 11 pagi. 
 Singgah sebentar di Pulau Pangkor untuk membeli bahan mentah seperti ketam dan udang untuk juadah pemancing

Kami meneruskan perjalanan ke Pulau Pangkor untuk makan tengah hari, membeli sedikit umpan tambahan dan ke kedai pancing untuk tambahan aksesori pancingan. Sesudah semuanya selesai di Pulau pangkor kami meneruskan perjalanan ke Unjam untuk mencari ikan pelagik seperti selar, selayang, kembung dan tamban. Perambut Appollo bersaiz 10 dan 12 digunakan dengan sekali turun kedasar 5,6 ekor diperolehi sekali gus dan ini mempercepatkan proses mencari umpan. Apabila kedua dua tong umpan hidup penuh diisi, kami meneruskan perjalanan ke Pulau jarak. Perjalanan mengambil masa 4 jam untuk sampai ke spot pertama.
Spot Memancing.
Dipercayai, Lubang dan lurang2 dasar lautan merupakan spot pertama memancing disini. Tekong mengambil masa 10 minit untuk menentukan kedudukan spot, memperbetulkan kedudukan dan melabuhkan sauh. 
Keadaan dan susunan pemancing diatas bot

Apabila 1 kali siren dibunyikan ia menandakan pemancing boleh mula menurunkan umpan. Dengan mengunakan teknik yang telah diterangkan sebentar tadi dan umpan yang di perolehi, kami menurunkan umpan ke dasar.
 Kotak umpan hidup yang disediakan diatas bot

Lazimnya ikan mula galak menjamah umpan sekitar jam 9 malam sehingga ke pagi bergantung pada lokasi spot dan pasang surut air laut. Ada pada ketika 3,4 pemancing sekali menaikkan hasil menunjukkan ikan-ikan ini berada didalam satu kumpulan bodong yang sama. Pada pancingan sessi malam, pemancing digalakkan untuk mengunakan umpan sotong yang dicandat. Berumpankan sotong lebih mudah memperdaya mangsa dibawah. Dengan gerakan dan warna sotong yang kelihatan didalam keadaan gelap, ia lebih mudah memikat ikan gred A untuk menjamahnya.
 
 Umpan dilabuhkan dan strike mengunakan EFR
Hasil atas :- Saya bersama haruan tasik dan Boy bersama Jenahak

Saya bersama jenahak hasil pancingan malam

Anglermy bersama kerapu berumpankan sotong yang dicandat
Pikok bersama pari pada malam pertama
Saya bersama double strike merah dan jenahak dilubuk yang sama

 
 Atas :- Abang Pie bersama ketambak dan airpool bersama kerapu yang diperolehi disiang hari

Boleh di Janjikan dan dibuktikan bahawa 1 ekor sotong untuk 1 ekor ikan. Ini terbukti bagi setiap kali ia diturunkan kedasar pasti ada pemangsa yang sudi membahamnya. Pada trip kali ini kami bergilir gilir menaikkan ikan jenahak di spot pertama. Gaya perlawanan yang terus menerus kuat pada permulaan strike sehingga ke pertengahan air memberikan kami kepuasan ketika bertarung. Ikan jenahak galak ketika air berarus dan mulai kurang menjamah umpan ketika air beransur lemah dan bergerak perlahan.
Selepas arus beransur lemah dan bergerak perlahan, tekong mengambil inisiatif untuk menukar spot yang kedua. 2 kali siren dibunyikan menandakan pemancing mengarau pancingan untuk menukar spot. Pergerakan air yang perlahan memberi isyarat bahawa ikan kerapu pula keluar mencari makan. Ini kerana spesis kerapu ini tidak gemar bermain arus dan lebih suka duduk pasif ketika air berarus. Lokasi kapal karam menjadi lokasi spot memancing kedua pada trip kali ini. Sonar menunjukkan kedalam 60m dengan struktur kapal karam dibawah kami.
Umpan yang sama digunakan, tetapi dengan spot kedua ini dipenuhi dengan kerapu, kami bergilir gilir menaikkannya keatas deck kapal. Dengan purata berat 4,5 kilo dan ada kalanya menjangkau belasan kilo, satu persatu kerapu dinaikkan. Larian pertama kerapu boron harus dikawal dengan menyelaraskan kekuatan drag agar ia tidak masuk semula ke lubang persembunyian. Kegagalan pemancing lazimnya bukan disebabkan oleh ketidakupayaan setup atau pemancing itu sendiri. Tetapi kebanyakkan disebabkan oleh mangsa berjaya melarikan diri dan bersembunyi didalam lubang persembunyian dan dalam masa yang sama menyukarkan pemancing untuk menariknya keluar semula.
Airpool bersama double strike kerapu disiang hari

Slimer bersama kerapu

 
Anglermy bersama jenahak Bantal Emas
Sifu Bilis dengan hasil tangkapannya, Kerapu Boron Pulau Jarak
 
Sifu Bilis bersama Jenahak bantal Pula

Saya bersama Double Strike jenahak bersaiz sedang
Atas :- Moyu bersama kerapu Boron, tengah :- Abg Pie bersama Merah dan Ptit bersama kerapu
Atas :- indra bersama boron dan Bawah :saya bersama boron berumpankan sotong candat
Saya bersama jenahak
Hasil yang diperolehi di satu lubuk

Larian terakhir.
Pada saat-saat akhir trip akan ditamatkan, kami telah dikejutkan dengan larian padu monster dibawah. Dengan pengunaan setup yang berat dengan kapasiti tali utama sekuat 100lb kami tidak dapat menahan asakan monster tersebut. Kami bergilir gilir seramai empat orang berusaha untuk mengekang larian monster dihujung pancing. Ternyata dengan kekuatan yang dimiliki olehnya, ia mampu memutuskan tali utama selepas 40 minit bertarung. Ternyata di lubuk ini masih tersimpan ikan bersaiz monster menunggu pemancing lain untuk mencuba nasib dan menaikkannya. 3 kali siren dibunyikan menandakan trip ini telah sampai ke penghujungnya. Kami dengan berat hati mula mengemas untuk pulang ke daratan.

Jenahak oleh Indra

Fahiz Bersama Merah

Fahiz bersama jenahak

Fahiz bersama Boron
Hasil yang pelbagai di lubuk Pulau Jarak

Fight!!..

Terima kasih pada organizer Anglemy

Kesimpulan.
Pulau temorak atau dikenali sebagai Pulau Jarak sememangnya masih menyimpan seribu satu cerita yang masih belum terungkai. Dengan pemilihan waktu memancing yang sesuai, teknik pancingan yang betul dan umpan yang terbaik digunakan, saya berpendapat bahawa Pulau jarak masih menjadi lokasi yang terbaik untuk dicuba. Selain sibuk dengan laluan kapal kapal dagang saban hari dan aliran air deras dari Lautan Andaman menyebabkan kebanyakkan lokasi dan lubuk terbaik disini masih belum dicemari dan diterokai dengan di ekploitasi oleh pukat tunda para nelayan.

9 comments:

Anonymous said...

well written with very refined bahasa, thumbs up, fahiz!

Ah Kai

Armada Saltwater Angler said...
This comment has been removed by the author.
k.a_family Banding said...

Jom Try memancing DI Pulau Banding...

http://jomterokai.blogspot.com/

Fahiz Hussin said...

Ah Kai:-
Thanks bro..

K.a_family Banding :-
terima kasih bro..akan dicuba satu hari nanti...

saidrsm said...

Bro tlg bg no kontek kapten tekong ah seng tqvm

atif kadir said...

Assalamualaikum tuan....sy nk p mengai di pulau jarak mungkin bulan may nnt...bileh x tuan tlg ajaq saya mcm mna nk pilih tarikh yg baek untuk keadaan air yg baek...terima kasih tuan....0174701202-kaduk-

redmangroove said...

Salam bro. Bleh tolong share contact no Tekong? Thanks. Zairul.

redmangroove said...

Salam bro. Bleh tolong share contact no Tekong? Thanks. Zairul.

redmangroove said...

Salam bro. Bleh tolong share contact no Tekong? Thanks. Zairul.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

There was an error in this gadget

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.