Tuesday, September 6, 2011

Pemilihan Warna "Main Line"

Sedikit pemahaman mengenai warna-warna didalam air
Setelah sekian lama memancing, banyak pendapat dan cadangan-cadangan dari rakan rakan memancing mengenai warna tali memancing. Yang paling sesuai, yang tidak dilihat ikan, tidak dipotong oleh buntal, baracotta dan sebagainya. Ada yang rakan berpendapat warna merah, kuning, biru dan berbagai lagi. Malah dipasaran juga kita dihidangkan dengan pelbagai warna untuk pilihan kita para pemancing. Sebelum kita kupas dengan lebih lanjut warna yang paling sesuai untuk digunakan untuk pancingan, kita lihat dulu, adakah ikan ikan mampu melihat warna dan tidak rabun warna.
Dari pencarian, saya memperolehi bahawa kebanyakkan ikan mampu melihat warna-warna yang terdapat didalam air. Sebagai bukti ringkas, ikan jantan dan betina mempunyai kombinasi warna yg berlainan, ia bukan untuk dilihat manusia tetapi untuk memberi isyarat pada spesis yang sama waktu mengawan, waktu bertelur dan sebagainya. Lazimnya warna juga dilihat mampu memberikan isyarat bahawa ketika ikan sedang marah, berlawan, takut dan sebagainya. Ini bermaksud hidupan didalam air boleh melihat warna dan ada ketikanya ikan-ikan yang selalu dikunjungi pemancing akan begitu senstitif terhadap warna warna yang dihidangkan oleh pemancing. Maka ini dengan mudah melihat tali utama kita juga!
Dari pencarian saya juga saya mendapati sememangnya warna matahari (putih) boleh terbias dengan 7 warna asas(warna Pelangi), sila rujuk teori Isaac Newton. Begitu juga apa yang berlaku didalam air, dan ia juga akan terbias dengan 7 warna. Persoalannya adakah warna akan terbias mengikut kedalaman? Adakah warna merah kelihatan merah pada kedalaman 30m? begitu juga dengan warna warna lain? Daripada pencarian ringkas saya, saya mendapati  warna-warna yang terbias mengikut kedalaman air adalah seperti berikut :-
Jadual 1



Jadual 2
Jadual 3
Jadual 4
 
Jadual 1,2,3,4 menunjukkan warna-warna yang boleh dilihat pada kedalaman yang ditetapkan oleh ujikaji-ujikaji tersebut. Melihat kepada keempat empat jadual yang diperolehi sememangnya kita tidak akan mendapatkan jawapan yang sama kerana ia dilaksanakan oleh ujikaji ujikaji yang berbeza. Dilaksanakan dengan setup dan indikatif yang berbeza.
Tetapi apa yang dapat disimpulkan adalah, pengunaan warna tali pemancing juga boleh memainkan peranan penting didalam penyediaan set memancing. Bagi saya, saya melihat warna merah sesuai untuk digunakan untuk pancingan dasar kerana warna merah sudah tidak kelihatan lagi pada kedalaman yang lebih pada lebih 10meter. Patut la ia kurang diputuskan oleh buntal atau baracotta.

Berkenaan warna-warna yang sesuai dan tidak sesuai untuk digunakan,  untuk teknik pacingan jigging, popping dan sebagainya kadang kala saya pun tak berani nak  memberi pendapat kerana selain ikan, manusia juga pandai memilih warna untuk dikombinasikan bersama reel dan rod yang dibeli mereka. walaubagaimanapun ia terpulanglah pada rerakan lain. Jadi tepuk dada tanya selera.

3 comments:

BaRrAmUnDi HuNtEr KUALA KURAU said...

Kalau tali sulam warna merah, OK tk utk kedalam 10meter kebawah... Harap dapat petunjuk dr professional anglers...

Stjsrty Xtjsrty said...

zzzzz2018.7.25
pandora
salomom shoes
pandora jewelry
coach outlet
nike factory outlet
true religion outlet
nike outlet
moncler outlet
christian louboutin shoes
ugg boots on sale 70% off

jeje said...

Au moment où vous avez tout cela en place, nike shox pas cher livraison rapide j'espère que vous vous êtes souvenu de découvrir votre costume d'Halloween. La phase suivante suivie devrait être d'utiliser une excellente stratégie d'optimisation des moteurs de recherche Nike Shox R3-R4 pour garantir que chaque fois que vous pouvez trouver un internet chercher des vendeurs Nike Shox R3-R4, votre site air jordan femme moins cher internet est sans doute l'un des 1er pour être généralement tiré par le moteur de recherche. Le groupe peut surmonter la méfiance en cultivant l'honnêteté et la fiabilité parmi les membres et en maintenant de bonnes compétences en communication et en relations Air Jordan Reveal Homme interpersonnelles. Je suis incroyablement surpris par la qualité de tout. Et cela signifie que vous avez résolu, vous aurez besoin d'un nouvel ensemble de chaussures pour le basket-ball. Le temple d'Athéna Nike se trouve dans le complexe architectural de l'Acropole, probablement la zone de construction nike air max thea jacquard chaussure pour femme la plus grandiose de Grèce.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.