Wednesday, January 19, 2011

Flourocarbon, Monofilament dan shock leader

Rasanya dah lama teka teki ni bermain diminda, nak tau juga sebab apa flourocarbon ni lebih diminati oleh ikan berbanding leader yang lain(mengikut tempat). Jadi cari punya cari dapatlah disimpulkan seperti berikut.
Fluorocarbon adalah dua sebatian yang digabungkan dari unsur “fluorin” dan “karbon” dan kemudiannya disebut sebagai sebatian fluorocarbon. Pakar telah mendapati dengan pengabungan kedua dua sebatian ini dapat menghasilkan satu unsur yang lebih kuat dari monofilamen.

Manakala monofilamen hanyalah dihasilkan dari satu unsur polimer yang dicair dan diacu melalui lubang bersaiz standart untuk menghasilkan “mainline” monofilamen untuk pemancing-pemancing terdahulu. Percubaan untuk menghasilkan mainline yang kuat menyebabkan pakar mencampurkan sedikit peratusan carbon kedalam cecair “flourin” untuk mengubah komposisi asal zarah atom lalu terhasilah bahan baru yang dipanggil “Flourocarbon”.

Terhasilnya “flourocarbon” secara tak langsung juga menghasilkan ciri-ciri fizikal yang menjurus kepada unsur-unsur carbon seperti ketumpatan fizikal yang tinggi, kekuatan yang meningkat, indeks bias yang kecil, kekuatan tegangan yang rendah dan secara umumnya ia menjadikan sebatian ini lebih keras, berat dan tahan lasak. Ciri ciri ini sebenarnya memberikan kelebihan kepada pemancing sekiranya dibandingkan dengan monofilamen konvensioanal yang biasa berada dipasaran. Bagaimana?

Ketumpatan fizikal yang tinggi:-

Ketumpatan fizikal leader amat memainkan peranan penting didalam penyediaan leader untuk teknik pacingan terutama untuk teknik pancingan dasar dengan penggunaan ragum atau tanduk. Leader sepanjang 2,3 depa atau lebih akan membenarkan umpan yang dipasang dapat mencapai sasaran pemangsa di dasar. Ini kerana unsur ketumpatan fizikal membenarkan leader ini tengelam dengan mudah didalam air. Ini berbeza dengan monofilamen yang mempunyai ketumpatan yang hampir sama dengan air dan akan sedikit terapung didalam air apabila dibawa arus. 

 
Mengapa ini berlaku, konsep atau prinsipnya adalah seperti bermain layang-layang, walaupun unsur lelayang dan benang lebih tumpat dari udara tetapi pergerakan udara akan membenarkan layang-layang terbang keudara dengan bantuan aliran angin. Begitu juga dengan aliran deras didasar lautan. Maka ketumpatan fizikal dan diameternya yang halus dapat mengurangkan senario ini daripada berlaku, walaupun berlaku tetapi ia masih boleh diminimakan.

Kekuatan lb yang meningkat dan kekuatan regangan yang rendah:-

Unsur carbon sememangnya memberikan kesan yang besar keatas sesuatu bahan baik logam, plastik, filamen dan sebagainya. Ia menyumbang kepada diameter yang lebih halus untuk kekuatan yang lebih dari monofilamen biasa. Unsur ini juga menjadi kelebihan kepada pemancing, ikan yang culas menjamah umpan disebabkan diameter leader yang besar boleh diperdaya dengan flourocarbon yang halus pada masa yang sama dapat menyumbang kepada kekuatan yang lebih. Sifat kekuatan ini juga secara tak langsung memberikan perbezaan dari segi ciri fizikal yang lebih keras dan tumpat. Ciri fizikal yang keras dan padu ini membenarkan mangsa membawa flourocarbon bermain distruktur atau dibangkar-bangkar kayu dengan ketahan yang lebih tinggi sukar gagal atau putus. ketika pertarungan. Ujian mudah boleh dilakukan keatas ciri fizikal ini. Gigit hujung flourocarbon dan gigit hujung monofilamen. Kesan gigitan lebih ketara dilihat pada monofilamen disebabkan ciri fizikal yang lembut dan regangannya yang tinggi.manakala ciri flourocarbon yang keras hanya memberikan kesan gigitan yang minima.

Indeks bias yang rendah:-

Dengan ciri fizikal diatas yang telah disebut, ketumpatan, kekuatan dan regangan ini seterusnya menghasilkan satu lagi unsur penting didalam dunia pancingan. Pemancing selalunya memikirkan unsur-unsur pancingan yang menjurus kepada keadaan asal dan semulajadi dan mengurangkan unsur unsur gangunan luar yang berlebihan termasuklah biasan cahaya keatas leader yang digunakan. Cahaya akan terbias dengan mudah kedalam spektrum atau media yang tidak berwarna. Ini termasuklah kepada medium Leader monofilament yang digunakan. Untuk pondage yang lebih besar, lagi senang cahaya terbias. Flourocarbon boleh mengurangkan pembiasan ini bagaimana?, sifatnya yang tumpat, keras dan diameternya halus seterusnya dapat mengurangkan cahaya terbias melalui molekulnya. Ini seterusnya meningkatkan peluang bagi memperdaya mangsa didasar.Ini berbeza dengan monofilament kerana ketidaktumpatannya dan diameter yang besar lagi memudahkan cahaya terbias didalam unsur fizikalnya.

Sedikit penerangan mengenai Leader-leader yang ada dipasaran.

1. Monofilament - Lazimnya tali tangsi yang berdiameter kasar yang boleh digunakan untuk main line sama ada untuk koyan atau reels2 yang besar. Lazimnya mono ni la yang digunakan oleh nelayan untuk main line koyan dan perambut mereka sebab murah dan senang diperolehi dalam kuantiti yang banyak. Lazimnya sekiranya monofilament digunakan sebagai "main line" pengunaaan shock leader dirasakan tidak penting melainkan nelayan memerlukan diameter yang kasar lagi bagi mengurangkan risiko dan mengurangkan leader putus ketika bermain dikawan karang atau kapal karam.

2. Shockleader - Sememangnya direkabentuk untuk menyerap daya tegangan yang terhasil. Shock leader ini direka selepas kegilaan pemancing untuk menggunakan teknik jigging dan popping sebagai 1 teknik memancing yang popular sekarang. Walaupun pondage yang sama dengan mono diatas tetapi shockleader ini lebih bersifat eklestik dan mempunyai daya menyerap tegangan yang tinggi. ini kerana untuk teknik jigging dan popping majoriti pemancing menggunakan braided yang tidak mempunyai daya regangan seperti mono. Daya "Shock" ini la yang membantu pemancing menyerap daya yang dihasilkan oleh larian selain membantu drag dan rod menjalankan tugasnya. Material yang kenyal dan lembut memudahkan ikan FG dibuat.

3. Florocarbon - Material ini pula sesuai untuk pancingan dasar kerana pada permulaannya dia direka untuk bersifat lebih kuat. Tetapi sifat ini menyebabkan ciri fizikal tali ini bersifat kasar dan keras dan tidak elestik. Kurang sesuai untuk digunakan sebagai shock leader kerana ia kurang bersifat elestik lagi-lagi untuk PE yang besar seperti 60lb keatas.Kerana ia lebih kasar dan keras.Tetapi masih boleh digunakan sebagi shock leader bukan kerana unsur elestiknya yang diperlukan tetapi unsur pembiasan dan kekerasannya yang perlu digunakan disesuatu kawasan. Terutama casting dikawasan berstruktur dan poping dikawasan ikan yang mulai culas dengan pembiasan.

Teknik ikatan yang dipengaruhi oleh material dan jenis leader.
1. Shockleader ini membenarkan ikatan disediakan dengan kemas kerana sifatnya yang kenyal dan anjal membenarkan ikatan dimatikan dengan grip yang baik. ini berbeza dengan florocarbon yang bersifat keras dan ikatan yang tidak kemas membolehkan ikatan terlurut atau terlucut. bagi 60lb keatas tak kira apa jenis ikatan teman mencadangkan agar leader(mono, shock, Floro) di kasarkan dengan "sand paper" atau kakisan mengunakan pisau sebelum ikatan dilaksanakan.ini kerana penyediaan permukaan yg kasar membolehkan braided diikat dengan mesra"grip" dengan leader tadi dan risiko ikatan melurut dan lucut dapat dikurangkan. Ikatan Fg di cadangkan untuk kesemua jenis leader yang digunakan kerana ia kuat dan tiada "buku" pada ikatan berbanding ikatan yang lain.

Discalmer :- penerangan ini dibuat berdasarkan rumusan dan pemahaman dari pandangan penulis semata, tiada kene mengena dengan kajian dan sebagainya.

3 comments:

sabirinnoor said...

info yang menarik dan berguna...thanx

Fahiz Hussin said...

sesama bro..teman pun baru tau sebenarnya..haha

PakMart said...

Salam.

Minta izin letak di www.jejakpancing.net. Thanks.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

There was an error in this gadget

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.