Saturday, July 10, 2010

Laporan Penuh Perairan Jarak

Salam,Alhamdulillah trip Jarak 4-6 Julai telah berlansung, ini merupakan kali pertama  penulis menjejakkan di perairan jarak selepas bergelar pemancing. Dari pembacaan dan laporan-laporan yang dikeluarkan  sebelum ini bukan mudah memancing disini, kecuali bagi mereka yang telah mendapat "Kuncinya". Walaupun telah bertahun bergelar pemancing, bagi penulis, trip pada kali ini memberikan banyak pengalaman dan ilmu yang dipelajari. Duduk bersebelahan dengan Anglermy, Jeft dan Tekong Ah Peng memberi peluang kepada penulis untuk bertanya dan meniru teknik2 yang diaplikasi oleh 3 otai ni.

 Seagull, Bot yang luas dan selesa..

 Gambar hadapan bot seagull..
 Gambar belakang Bot seagull

Tidak seperti padang-padang pancing lain yang pernah diduga, ternyata teknik dan "seninya" diakui mempunyai kelainan. Seninya disini membawa maksud teknik-teknik pancingan yang dipelajari dari sahabat penulis anglermy dan tekong Seagull iaitu Ah Beng. Sebelum ini memang tidak pernah diaplikasi oleh penulis  dimana-mana padang pancing yang pernah di lalui malah tidak pernah terpikir bahawa teknik bottom juga mempunyai gaya dan teknik tersendiri.

 Upload barang kedalam seagull.kagum dengan saiz 100qt coolman yang dibawa peserta.
 Waktu makan yang on Time dan masakan yang sedap di Kapal Seagull..Ketam udang ikan..menu utama

 Keadaan memancing yang selesa dengan kerusi malas..

Lazimnya ketika air berarus, penulis lebih mengharapkan kepada saiz ladung..lagi laju arus lagi besar ladungnya tanpa memikirkan rasional. Kaedah bottom berapollo, bertanduk "spreader" dan ladung yang rapat kedasar serta panjang perambut yang tidak tetap. Maksudnya penulis lebih kepada kaedah rigid tanpa sedikit penelitian mengenai teknik2 dan umpan yang dihulurkan dengan harapan umpan yang dihulurkan dijamah pemangsa dibawah.

 Hasil kerapu pertama semasa apollo selar..perambut apollo bersaiz 12..

1. Benarkan Kru Seagull untuk memancing bersama.
Ini merupakan 1 kunci pertama mengapa kita perlu benarkan kru Seagull untuk memancing bersama, lazimnya Ah Ping dan 2 krunya akan diletakkan pada posisi 1 dibelakang dan 2 dihadapan. Bagi penulis mereka bertiga ini merupakan indikatif penting menununjukkan kewujudan pemangsa didasar. Pada 1 ketika 2 kru dihadapan bot dan Ah Peng digasak ikan manakala rakan lain termasuk penulis ,umpan kami langsung tidak digetu. Ini menunjukkan bahawa pemangsa ada didasar manakala teknik yang digunakan oleh mereka lebih berkesan dan mampu dengan mudah memperdaya mangsa. 

 Percaturan perambut 60lb dengan saiz mata 2/0 berumpankan isi selar..nasib tak kena besar..

 Jenahak di lubuk kapal karam berumpankan isi selar..
Kedudukan bangkai kapal atau lubang sering dipantau oleh Ah Peng melalui Sonar. Tanyalah saiz ladung dan panjang perambut yang harus digunakan dan berapa jauh umpan perlu dilayang.Sekiranya dilihat pada teknik (saiz batu dan panjang Perambut) dan lokasinya semua pemancing sepatutnya mempunyai peluang yang sama. Tetapi seninya disini pula terletak pada teknik "Melayang Umpan" yang mereka gunakan. Penulis sempat juga menanyakan rasionalnya melayang umpan didasar. Dengan segera Ah Beng nyatakan dengan mudah rasionalnya.

 Jeft dengan Boron 13kg..jeft banyak menegur dan mengajar perambut yang penulis gunakan.. Ada ketika  kami bandingkan mata pancing sebab penulis guna saiz 3/0 dan diminta tukar kepada saiz 5/0..terima kasih jeft..

2. Teknik Melayang Umpan.
1. Ikan kerapu lebih bersifat teritori dan hanya mendiamkan diri, tidak memburu dan hanya menunggu umpan ke kawasanya sahaja. Melayangkan umpan membolehkan umpan yang dilabuhkan mendapat coverage yang lebih dan umpan pula bersifat memburu. Tidak seperti umpan bottom atau drift yang statik untuk menunggu mangsa. Di Jarak lazimnya umpan seharusnya memburu pemangsa dan bukan sebaliknya. Ini kerana pemangsa yang mendiami Jarak lazimnya terdedah pada keadaan arus yang laju, ini membuatkan pemangsa hanya menunggu di lubang atau didalam bangkai kapal.

 Jenahak dengan umpan sotong yang dicandat dengan mata 5/0 yang baru ditukar..

2. Tahukan kita bahawa dibawah kapal pada kedalaman tertentu arusnya berjalan bertetangan arah? ini diakui sendiri oleh Tekong Ah Beng. Diatas permukaan, bot ditiup angin mengadap timur, manakala air dibawa arus kearah Utara. Manakala umpan didasar tidak berarus dan statik. Bagi yang telah lama memancing mungkin pernah mengalami keadaan seperti ini. Ini membawa maksud bahawa umpan yang dibiarkan statik tidak mudah memikat pemangsa. Oleh itu teknik melayang umpan perlu diaplikasi bertujuan mengaktifkan umpan dan memastikan umpan sentiasa bersedia dibaham pemangsa.
 
 Abang Zainal dengan kerapu Table size.. Salah seorang Otai Ipoh

3. Keperluan teknik melayang Umpan
Teknik ini memerlukan alatan seperti berikut, 
i. Ladung mengikut arus, paling kecil yang teman guna bersaiz 12@240g dan yang paling besar direcomendkan bersaiz 16@540g dan saiz 24@1kg atau 32@1.5kg tentunya ini yang aku aplikasi sekiranya tidak diberitahu organizer pada arus pada ketika itu. Batu sesedap berat membenarkan umpan dilayang dengan mudah kerana kedudukan kapal karam atau lubang berada beberapa meter di belakang bot.

Faizal dengan Jenahak Kapal Karam..
ii. Tanduk @ Spreader lagi panjang lebih bagus dan bahan material tidak memberi kesan besar keatas teknik ini. Lazimnya spreader berbatu mati digunakan. Ditugaskan untuk menurunkan umpan dengan cepat kedasar dan membenarkan ruang "Live bait" untuk bermain mengikut arus tanpa bersilang dengan main line.

 Arip dengan jenahak, senyum sokmo brother..

iii. Perambut @ main Leader Sepanjang lebih 2 depa atau paling panjang 3,4 depa mengikut kedudukan pemancing diatas bot. Perasankan kah kita keatas sifat fizikal Florocarbon? Kasar, keras dan padat berbanding perambut biasa. Oleh itu penggunakan florocarbon amat berkesan disini selain sifat camoflagenya merujuk pengeluar. Selain ia tengelam dibawa arus, sifatnya yang kasar memberikan kelebihan kepada pemancing ketika bertarung. Tengelam dibawa arus memudahkan umpan dihulur kepada pemangsa ketika ladung dinaikkan 1 meter dari dasar laut.
Anglermy@amir dengan kerapu table size..
Anglermy dengan jenahak, terima kasih atas ilmu yang diperturunkan..semua penulisan sini datang dari idea dan ilmu mike..pinjam ye..hehe

4. Caranya teknik melayang umpan.
Umpan dilabuhkan seperti biasa. Setelah sampai kedasar karau naik 3,4 meter dengan laju. Klau guna Bangla(EFR) lebih mudah karauan naik secara laju 3,4 meter. Rasionalnya membetulkan kedudukan umpan didasar adar ia tidak terbelit dengam main line semasa turun. Ini penting kerana di Jarak, arusnya berbeza mengikut kedalam.

Deext dengan jenahak..kedudukan hadapan tengah bot.

Double strike Asst. Tekong lokasi depan bot..maksudnya lokasi memancing tak menjadi masalah..apa yang penting adalah teknik..

Selepas umpan diyakini sampai dengan cantik didasar  karaukan naik semaksima 1 meter dan biarkan seketika, sekiranya pemangsa berada disekitar umpan pasti umpan disedutnya. Biarkan beberapa minit sebelum umpan mula dilayang. Rod lembut dan panjang memberikan kesan lebih layang-layang ini..Umpan dilayang dengan menarik narik main line seperti bermain layang layang. Kemudian lepaskan dan ladung akan mula menjauhi kedudukan asal, lakukan rutin ini sehingga berdepan dengan pemangsa dan umpan disedut. sekiranya telah dirasakan terlalu jauh melayang, karau dan periksa umpan. Lazimnya umpan  habis digetu ikan kecil atau umpan bersimpul menyebabkan ia tidak dijamah oleh pemangsa didasar.

Is, dengan jenahak..gambar pari tak tangkap la bro..sory..jgn segan nak amik gambar len kali ye..
 
Arip dengan jenahak Bantal..tahniah bro..

 
Abg Zainal dengan jenahak pula..

 Boron@ Bapak Kerapu 14.5 kg..kalau betul teknik dan umpannya pasti pemangsa sebegini boleh dinaikkan..
5. Umpan.
Ada 4 umpan yang penulis gunakan pada trip kali ini. Ikan selar pasar, sotong Pasar, Selar Hidup dan Sotong baru dicandat. Waktu siang, selar dan sotong pasar boleh digunakan berperambut apollo 6 mata bersaiz 20 lebih mudah digunakan. Ini kerana pada siang hari hanya ikan bersaiz kecil yang sudi menjamah umpan. sekiranya rajin bolehlah gunakan teknik layang dengan saiz perambut 50-70lb dengan mata pancing bersaiz 1/0-3/0 berumpan hirisan ikan atau sotong.

Ah Peng dengan Kakap Merah..berumpankan selar hidup.
6. Petua lain..
Selain kelengkapan dan aplikasi melayang umpan itu yang lain dirasakn penti adalah umpan, mungkin bagi kerapu umpan yang dihidangkan tidak menjadi masalah untuk dijamah, tetapi sekranya jenahak menjadi target pastikan candat yamashita dibawa bersama..begitu mujarap untuk sotong di jarak. umpan segar sotong yang baru dicandat menjadi pilihan jenahak untuk membaham umpan yang dihidangkan. Semua penulisan yang di buat penulis ini hanya merujuk kepada teknik pancingan dijarak pada keadaan dan arus mati mengikut kelender islam 20,21,22 bulan Islam..sekiranya tarikh2 lain dipilih kemungkinan ada kaedah dan cara lain yang akan diaplikasi dan ilmu itu masih belum penulis praktikan..insyaAllah ada rezeki bolehla dicuba.

 Alhamdulillah. Lesen kerapu diperairan Jarak..

7. Selain yang dinyatakan akhir, sekali tentulah rezeki dan ketentuan yang telah di tentukan oleh Nya..Keadaan cuaca dan hasil tidak boleh ditentukan. Syukur alhamdulillah trip pada kali ini,  Penulis dapat menambahkan sedikit sebanyak ilmu dan pengalaman penulis sebagai pemancing..

3 ekor kerapu bersaiz dewasa yang berjaya dinaikkan pada trip kali ini..

Penulis Kanan bersama organizer kiri Anglermy@ Amir@D7L8..terima kasih bro diatas perkongsian ilmu perairan Jarak..

Penghargaan.
Terima Kasih pada mama yang menjaga anak2, rakan trip Zainal, Is, Rudee, Faizal, jiji, Ringgo, Bajai, Shahril, Jeft, Arip dan Sam serta tidak ketingalan anglermy dan tekong yang banyak membantu penulis di dalam trip ni..dan tidak dilupakan berkat doa semua kawan2. Terima Kasih..

12 comments:

Ekin said...

waaa... tahniah... tahniah...
lama tak jenguk sini. ruginya tak balik ari tu. bole rasa ikan jarak. hehe..

Min said...

Salam... Waaaaaaaaaaaa best giler tengok... kalu lah tengok jer saya pun dah naik best... tak tahulah kalu saya sendiri join skali, mesti giler punya, namapak pun dah selesa memancing atas bot besar cam ni...mcm memancing kat kolam pancing plak...

Min said...

Salam... Waaaaaaaaaaaa best giler tengok, kalau lah tengok pun dah naik best giler,tak tahulah kalu saya sendiri join skali,mesti dah giler punya,hehe Nampak cam selesa jer memancing macam memancing di kolam pancing la plak tgk,Tahniah Bang Fahiz & semua... Tahniah, nak tanya habis fishing ikan2 tu jual ke atau bawa balik...

Fahiz Hussin said...

Terima kasih kecik..takpa..rasanya black dah tolong rasakan ari tu..tp yamca baru ni deext pun ada bawa jenahak jarak tu..haha..

Fahiz Hussin said...

Salam min..terima kasih kerana datang menjenguk blog mancing nih.Gila..haha, teman ye la gila memancing..nasib la KDN paham..ikan2 tu semua dibawa balik merasa sorang sedikit..

Min said...

sory msg 2x ingatkan yg first tu tak lps..hehe... bila nak ajak sy jg...

Fahiz Hussin said...

Salam min..takpa tadak masalah..rasanya tahun depan akan merepeatekan diri lg..tp tak berani nak bagi date la..takut bz pula nanti..klau da trip kesana teman akan maklumkan dalam blog nih..

Mama said...

TQ je?
Tommy hilfiger handbag tak mahal pun.
ngehgeh
;)

alkemex said...

best la.. teringin nak mancing kat sana kalo hasil mcm nih..

Fahiz Hussin said...

Memang best mancing disana klau airnya sesuai untuk memancing..jd klau berhajat ke Jarak, kena tanya tekong dan cari air yang tak berarus. Teman pun baru 1st time kesini.

Shahrullah Khan said...

Tumpang tanya. Teman cadang nak ke pulau jarak november ni. Syok sangat teman baca blog mike. Boleh ke mike kasi teman no tel tekong. Kalau mike nak join skali lagi cantik. Teman ni biasa pancing kat pulau sembilan je. Tak penah sampei pulau jarak. Ni no teman kalau nak whatsapp 0129200998.

asmudi anuar said...

Salam boleh share contact no bot sea gull tu x?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

There was an error in this gadget

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.