Salam, Sifat pemburu yang ada pada spesis tuna, menyebabkan ikan ini boleh dijerat dengan umpanan tiruan yang ada dipasaran seperti jig dan popper.
Menurut Laman web Atuna.Com taburan tangkapan spesis ini di seluruh dunia adalah seperti berikut 40% Northern Pacific, 27% Southern Pacific, 25% Atlantic Ocean + Mediterranean dan 8% Indian Ocea.

Ternyata "Celebes Sea" bersebelahan "Pasific Ocean" juga terkena tempiasnya. Spesis tuna yang terkenal dengan daya juang dan junaman yang tinggi menjadi spesis buruan utama kami pada trip Mabul kali ini.
Dengan diet sotong dan anak-anak ikan, tuna ini mudah dipancing dengannya. Malahan barisan umpanan tiruan seperti jig, popper dan bulu juga boleh dicuba untuk menjerat spesis tuna disini.

Barisan jig Buterfly shimano dengan berat diantara 120g-40g juga telah dicuba tetapi tidak mendapat sambutan. Mungkin ikan tuna ini bermain jauh kedalam memandangkan kawasan unjam yang dikunjungi melebihi kedalaman 1.5km dari permukaan.
Selain itu. Jig terkenal dari jepun Ocean Caprice 130g dan Cyber edge detonator dari petriod design seberat 215g untuk "deep jigging" juga dicuba tapi tetap menghampakan.
Barisan Bulu dan skirting dan pelbagai jenis "Jig Head" juga telah dicuba tetapi ikan lebih terpikat dengan teknik pancingan nelayan tempatan. Mungkin juga aku masih belum berusaha 100% sepenuhnya disana.
Pada trip kali ini senjata terbaru dari Patriod Design Grand Imperial Ultra 52 digandingkan dengan Stella 20000FA dan diisi denga main line Varivas PE8 dibawa bersama takut-takut ada monster yang sudi menjamah umpan .
Selain itu set kegemaran dari rod jigging Master PE3-7 Power Spell digandingkan dengan Stella 8000Hg dibawa untuk mencuba nasib di Mabul nanti.
Selepas semua persediaan dibuat dan perancangan selama 3 bulan diatur, trip ini telah diorganize dan disusun oleh otai mancing selatan tanah air iaitu Che Wan Amildin.

Diantara pemancing yang mencuba nasib Mabul Dari kiri Geddo, Penulis, Che Wan, Din Asia (yang menemani kami sebelum berangkat), Arfizi dan Ainst.
Jam 10.00am kami selamat sampai dilapangan Terbang Tawau dan disitu sebuah Van telah menunggu kedatangan kami dan dibawa ke Samporna. Perjalanan dari Tawau ke samporna mengambil masa sejam setengah ditemani dengan kehijauan flora di sepanjang perjalanan.
Perut yang lapar dan berkeroncong tadi di isi dengan hidangan segar masakan seafood disitu, kari kerapu sunuh tidak dapat dilupakan.
Perjalanan 2 jam dari Samporna ke Pulau Mabul dirasakan begitu sekejap kerana perjalanan ditemani dengan senario dan permandangan yang memukaukan mata pengunjung buat pertama kali ke sini.
Perkampungan atas air salah satu permandangan yang tiada disemenanjung Malaysia. Keadaan persekitaran yang bersih dan air yang jernih memukau mata memandang.
Cristal Clear, itu sahaja yang dapat digambarkan oleh aku semasa menghampiri home stay Hj Yusof di Pulau Mabul. patut la Pulau Mabul ini terkenal dikalangan diver2 antara bangsa. Ia dikelilingi dengan pelbagai karangan dan hidupan laut yang cantik.
Keadaan home stay kami yang turut dihuni oleh diver dan penyelam dari seluruh dunia. Ada yang telah menginap disini lebih 30 hari!!
Matahari terbenam diufuk. Sungguh cantik permandangan ketika itu. Lupa sebentar kesibukan kerja di ibu kota.Diberitakan menantu Hj Yusof iaitu Nizam, akan membawa kami memancing tuna pada keesokkan harinya. Enjin Mercury 60hp telah digandakan untuk mempercepatkan pemancing ke destinasi dan membelah alun utara yang diberitakan sedang melanda sekitar unjam.
Jam 8.00am, sesampai kami di Unjam, kami telah disambut oleh angin utara. Keadaan alun yang kasar dan kerap agak mengganggu keadaan keselesaan kami diatas bot. Tetapi itu tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan pancingan. Barisan bot nelayan tempatan juga telah berada disitu sejak awal pagi lagi.
Bot ini dilengkapkan dengan "Stabiliser" yang direka untuk mengurangkan kesan ombak dan alun keatas bot.
Sebelum sessi pancingan bermula sempat juga kami melihat nelayan tempatan menaikkan tuna. Keadaan ini berlaku serentak dengan bot-bot lain menandakan spesis tuna ini bergerak dengan kumpulan yang besar.
Aku yang bersemangat melihat nelayan tempatan menaikkan seekor demi seekor tuna tanpa membuang masa terus mencuba barisan umpan tiruan yang dibawa, bermula dengan jig jig berat sekitar 40g sehingg 215 g tetapi gagal memikat tuna, lalu ditukar ke skirting dan bulu juga gagal memikat tuna untuk menjamah umpan.
Selepas keadaan penat dan kecewa kerana ikan tidak sudi membaham umpanan tiruan aku terpaksa tukar strategi ke pancingan kaedah tempatan yang disebut diatas tadi.
Teknik nelayan tempatan adalah seperti berikut. Dengan perambut sepanjang 10 depatyang diikat ke Tanduk yang disediakan, umpan sotong dan dakwat tiruan sotong yang telah disediakan oleh nelayan tempatan digunakan.
Sotong tadi diikat bersama-sama dengan ikan tamban yang dipotong dan diikat bersama-sama seketul batu bulat bersaiz 3-4 inci diameter. Semua umpan dan kaedah ini telah disediakan oleh Nizam.
Pemancing hanya terus melontarkan umpan kedalam air pada kedalaman tertentu. Kedalaman dan kedudukan ikan akan ditentukan berdasarkan kedalaman nelayan tempatan yang berjaya menaikkan ikan, ada 40 depa, 70 depa dan sehingga 120 depa dalam anggaran 150m kedalaman umpan yang perlu dilepaskan.
Apabila umpan dilepaskan, pemancing harus hook up beberapa kali untuk melepaskan batu bulat tadi dan isi ikan tamban tadi akan bertaburan disekitar sotong umpan untuk menarik perhatian ikan yang berada disitu.
Selepas beberapa umpan dilepaskan, ia telah disambut oleh sekumpulan tuna yang bermain disitu. Arfizi menjadi pemancing pertama hook up ikan.
Kami yang telah bangun awal pagi sekitar jam 5.00 telah tidak sabar untuk menduga tuna disana.
Keadaan bot yang panjang dan selesa
Jam 6.00am matahari telah menampakkan diri dan perjalanan menaiki bot Panjang dengan 2 enjin mercury 60hp mengharungi perjalanan 1jam 30 minit sebelum sampai ke destinasi unjam yang dimaksudkan.Keadaan bot yang panjang dan selesa
Jam 8.00am, sesampai kami di Unjam, kami telah disambut oleh angin utara. Keadaan alun yang kasar dan kerap agak mengganggu keadaan keselesaan kami diatas bot. Tetapi itu tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan pancingan. Barisan bot nelayan tempatan juga telah berada disitu sejak awal pagi lagi.
Bot ini dilengkapkan dengan "Stabiliser" yang direka untuk mengurangkan kesan ombak dan alun keatas bot.
Sebelum sessi pancingan bermula sempat juga kami melihat nelayan tempatan menaikkan tuna. Keadaan ini berlaku serentak dengan bot-bot lain menandakan spesis tuna ini bergerak dengan kumpulan yang besar.
Aku yang bersemangat melihat nelayan tempatan menaikkan seekor demi seekor tuna tanpa membuang masa terus mencuba barisan umpan tiruan yang dibawa, bermula dengan jig jig berat sekitar 40g sehingg 215 g tetapi gagal memikat tuna, lalu ditukar ke skirting dan bulu juga gagal memikat tuna untuk menjamah umpan.
Selepas keadaan penat dan kecewa kerana ikan tidak sudi membaham umpanan tiruan aku terpaksa tukar strategi ke pancingan kaedah tempatan yang disebut diatas tadi.
Teknik nelayan tempatan adalah seperti berikut. Dengan perambut sepanjang 10 depatyang diikat ke Tanduk yang disediakan, umpan sotong dan dakwat tiruan sotong yang telah disediakan oleh nelayan tempatan digunakan.
Sotong tadi diikat bersama-sama dengan ikan tamban yang dipotong dan diikat bersama-sama seketul batu bulat bersaiz 3-4 inci diameter. Semua umpan dan kaedah ini telah disediakan oleh Nizam.
Pemancing hanya terus melontarkan umpan kedalam air pada kedalaman tertentu. Kedalaman dan kedudukan ikan akan ditentukan berdasarkan kedalaman nelayan tempatan yang berjaya menaikkan ikan, ada 40 depa, 70 depa dan sehingga 120 depa dalam anggaran 150m kedalaman umpan yang perlu dilepaskan.
Apabila umpan dilepaskan, pemancing harus hook up beberapa kali untuk melepaskan batu bulat tadi dan isi ikan tamban tadi akan bertaburan disekitar sotong umpan untuk menarik perhatian ikan yang berada disitu.
Selepas beberapa umpan dilepaskan, ia telah disambut oleh sekumpulan tuna yang bermain disitu. Arfizi menjadi pemancing pertama hook up ikan.
"Albacore" tuna seberat antara 15-20kg yang berjaya dinaikkan selapas pertarungan sengit darinya. Selepas pertarungan ini, keadaan kembali sunyi, ikan-ikan pun mula berkurangan dinaikkan oleh nelayan tempatan. Apabila ditanya, arus air yang perlahan menyebabkan ikan semakin pasif untuk menjamah umpan. Tunggu sehingga 3 petang untuk sessi pertarungan seterusnya.
Seperti biasa aku menurunkan umpan kedasar pada kedalaman 120m. Selepas sampai ke kedalaman yang dikehendaki aku membiarkan batu bersama umpan berada didalam keadaan sesuai untuk di Hook Up untuk dilepaskan. Beberapa kali Rod Jigging Master Power Spell di hook up untuk melepaskan batu bersama umpan tadi.
Selang beberapa saat selepas diyakini batu bulat dilepaskan aku dikejutkan dengan larian padu dari bawah. Mula la pertarungan sengit antara mangsa dan pemangsa. Ternyata junaman yang dibuat oleh spessi tuna ini mampu memberi kesan anderelin pemancing. Junaman demi junaman dibuat.
Aku hanya mampu bertahan pada awalnya, menunggu peluang untuk mengarau dan menyimpan semula tali. Dirasakan tuna tidak mampu mengheret "Twin Bearing Drag" yang diketatkan 70% aku mula mengambil peluang untuk menyimpan tali. Perlawanan berterusan sehingga ke beberapa minit. Daripada pemerhatian, spesis tuna disini gemar memberatkan badan dan sekali sekala menjunamkan badan dengan darian dan pecutan kedasar. Perlawanan di kawal agar ikan tidak menjunan dan membawa tali lebih kedasar. Oleh itu pemancing harus menyelaras kekuatan drag pada peringkat awal lg untuk menelak dari berputih mata. Sebaik-baiknya Drag di laraskan pada kekuatan anggaran 12kg - 15kg.
Selepas beberapa minit permainan tarik tali berlangsung, ikan mula mengikut karauan pemancing, pada ketika ini aku terpaksa mengarau laju untuk mengelak mata pancing longgar dan dimuntahkan pemangsa. Sesampai dipermukaan dikala pembantu tekong menarik perambut utama dengan tangan, ikan tuna ini terkejut dan membuat junaman terakhir. Pemancing terpaksa mengawal larian padu terakhir spesis tuna ini sebelum tuna menyerah kalah dan dinaikkan keatas bot.
Memang Asyik dengan perlawanan sepenuh kerahan tenaga keatas set pancingan yang digunakan.

Keseluruhan Tuna yang dibawa pulang ke semenanjung
Hanya Power spell dan Sw8000hg yang beraksi, Gandingan PD dan 20000FA masih belum dapat beraksi
Terima Kasih Che Wan, Trip tuna yang memuaskan. InsyaAllah sekiranya ada rezeki panjang umur trip 2011 akan menyusul.Hanya Power spell dan Sw8000hg yang beraksi, Gandingan PD dan 20000FA masih belum dapat beraksi
Ikan yang di Frozen untuk di hantar ke Kargo dan dikirim ke semenanjung keesokkan harinya.
Fakta menarik Trip ke Mabul.
1. Ikan Tuna galak bermain di Awal pagi dan lewat petang
2. Jangan segan bertanya dengan nelayan tempatan berhubung kedudukan kedalaman permainan tuna. Berbeza-beza mengikut masa.
3. Cukup sekadar 1 set pancingan dan 1 set stanby untuk casting terutama ketika tuna sedang frenzy bermain di permukaan.
4. Kaedah tradisional nelayan Mabul dilihat terbaik di aplikasikan disini. Walaubagaimanapun pemancing boleh mencuba jig, popping dan casting bulu.
5. Sebaik-baiknya pemancing menaiki penerbangan MAS kerana berat luggage yang dibawa dan peraturan yang tidak ketat seperti air asia berhubung berat bagasi dan bagasi ikan dan bagasi basah.
6. Set sederhana PE2-6 dengan kapasiti simpanan tali utama melebihi 250m dilihat bersesuai untuk digunakan dengan leader 60-80lb, melainkan drift tongkol@ umpan hidup.
7. Semasa perlawanan, Strike pertama jgn biarkan mangsa menarik tali utama keluar terlalu banyak. Sekiranya kita berjaya menghentikan larian pertama, insyaAllah mangsa boleh dinaikkan.

15 comments:
Tahniah!
Lepas ni boleh pegi lagi. ;)
sejak 2 menjak ini air mata sentiasa keluar bila baca report tentang tuna..
bang feb 2011 boleh kira tak berapa bulan lagi..kena main kutu ni
kasik bank punya akuan...
Wow...besau nyer ...Tahniah bro...
Fahiz To Ekin :-
Memang sesuai untuk bercuti disana..insyaAllah ada kelapangan boleh la arrange trip kesana sekali lg..
Fahiz ti ZMI :-
Hihi..salam bro..insyaAllah 2011 pada waktu tarikh yg sama teman arrange 1 trip ke sana..nak no Acc? nak tranfer ka? tak yah la..nak g baru kita bincang nanti..
Fahiz To Innuendo Anglerz Team :-
Terima kasih bro..terima kasih datang melawat..
iye seswai tuk bercuti abg faiz. mama nak ikut xbagi punnnn...
Next trip abg bawak ye..1st trip ni g reccey2 dulu..huahaha..
Hello bro ,
tengok gambar memang mengancam macamana nak contact Tuk Penghulu Tuan Hj Yusuf tu.Kami pun teringin nak layan macam bro jugak....syer lah sikit kami tunggu reply.Terima Kasih.
Hello bro..Semua urusan diuruskan oleh Che Wan Amildin (012-7123472)..no telepon Tuan Hj Yusuf pun teman takde la..cuba contact Che Wan untuk kesana..harap dapat membantu..
bro nk tnye...bpe byaran tekong,tmpt tgl kt sana n bila nak g lg eh bro?
La marche nordique est vraiment un avantage asics gel nimbus en soldes pour le groupe des patients souffrant de maux de dos chroniques, mais chaque sujet reçoit un bénéfice individuel: vous voyez que la marche vous donne un grand soulagement pour votre arthrite des membres diminuée. Donc, en empruntant nike air max 1 argent à la conception de développement du personnel de Tuckman, l'étape normative pourrait bien rencontrer des difficultés dans la prise de décision. Au début, les arômes, nike air huarache homme noir et blanc la relaxation et la camaraderie vous attiraient, ce qui signifie que vous avez acheté plusieurs bâtons. Au cœur d'Athènes, les hommes et les femmes air jordan pas cher en belgique peuvent découvrir des tas d'excellentes destinations telles que la place Syntagma, la place Monastiraki, le temple Parthenon, la fabrication du Parlement, etc. Il y a vraiment asics gel lyte iii w chaussures très à la mode dans ce sujet chic. Musée d? Orsay est un autre musée mondialement connu, réputé pour abriter l'art français ainsi qu'une vaste collection de peintures impressionnistes et postimpressionnistes, de photographies, de nike air max thea premium desert camo ebay sculptures et bien plus encore.
Asmk ada contact utk buat trip tuna tk
Post a Comment