Saturday, October 18, 2008

Menjaga Alatan Pancing - Rod memancing

Salam.. Sayang klau alatan memancing yang dibeli tidak dapat dijaga dengan baik..Semua barang naik harganya sekarang ni tidak terkecuali juga barang dan alatan memancing. Maka kaedah yang terbaik bagi mengelakkan kita mengeluarkan perbelanjaan yang banyak didalam pembelian alatan memancing adalah dengan menjaga alatan pancing dengan baik.

Pada kali ini aku cuba berkongsi sedikit pengetahuan yang ada didalam menjaga peralatan memancing ni. Tetapi buat permulaan ni aku cuba dahulu dengan penjagaan ketas rod memancing. Disini ada beberapa tips yang boleh digunakan bagi menjaga ketahanan dan jangka hayat rod memancing :-

1. Selepas selesai memancing, cuci dan bilas rod dengan air bersih, cuci dicelah-celah ring, cork dan reel seat dan keringkan rod dengan kain kering dan biarkan seharian pada suhu bilik sebelum dibungkus atau dipekkan semula didalam bekas atau karungnya. Ini untuk mengelakkan lembapan berlaku pada celah sekitar ring yang boleh menyebabkan ia berkarat dan kelembapan juga boleh menyebabkan cork mereput, lebih-lebih lagi yang diperbuat daripada gabus.

2. Sekiranya kita ada lebih dari satu rod memancing, adalah lebih baik disediakan "Rod Stand" atau Rak Penyimpanan rod agar ia tidak tertindih diantara satu sama lain. Tindihan dan bebanan setempat yang berlaku keatas rod boleh menyebabkan berlakunya defect lebih-lebih lagi pada bahagian ring dan tip rod.

3. Sekiranya kita tidak mempunyai rod stand, sebaik-baiknya simpan rod didalam keadaan menegak dan elakkan ia menerima apa-apa beban atau ditindih dengan barang lain diatasnya.

4. Sekiranya kita menyertai trip memancing yang memerlukan kita membawa lebih dari 1 set memancing, adalah lebih baik rod didimpan didalam bazoka untuk mudah dibawa tanpa was-was.

5. Elakkan menyimpan rod terlalu lama didalam boot kereta. Ini kerana suhu panas semasa tengah hari akan menyebabkan rod mengalami panas yang melampau. Rod yang terdedah kepada panas dan sejuk secara terlampau boleh mengurangkan dan mengubah unsur kekuatanya.

6. Lazimnya 1st ring pada tip rod selalu mengalami defect, ini kerana ia kerap menerima hentakan dari swivel terutama memancing diwaktu malam. Keraplah memeriksa 1st ring ini sebelum atau semasa penyediaan pergi memancing untuk mengelakkan perkara ini disedari selepas menaiki bot.

7. Selain itu,walaupun kita menjaga denga baik rod memancing ini, tetapi selepas memakan masa bertahun pasti berlaku juga minor defect seperti lapisan epoksi pada ikatan ring tertanggal atau cork yang mereput. Ini maintanance tahunan yang boleh dibuat sama ada perbaiki sendiri atau menghantar kekedai untuk dibaiki.

Selamat mencuba..

2 comments:

Unknown said...

zzzzz2018.7.25
pandora
salomom shoes
pandora jewelry
coach outlet
nike factory outlet
true religion outlet
nike outlet
moncler outlet
christian louboutin shoes
ugg boots on sale 70% off

jeje said...

C'est en fait un petit nike internationalist homme jaune appareil, beaucoup plus petit que votre téléphone portable, et il se branche dans la prise audio de votre téléphone portable ou lecteur MP3. Mélangeant la force du polyuréthane et la flexibilité du polyoxysilane, c'est la formule la plus efficace accessible pour vos besoins de nike homme air force one réparation, d'artisanat et de construction. Il se trouve être un baskets must-have pour les jeunes de l'Amérique pour la vie quotidienne. Si un problème au pied ou très asics femme bordeaux lombaire se produit dans votre vie, vous devez réagir positivement. Pouvez-vous vraiment obtenir une forme incroyable? Je crois, OUI! Il faut du travail acharné, du dévouement, de la persévérance et de la passion pour le faire. Dernièrement, chaussure nike roshe run pas cher l'entreprise de vêtements offre des possibilités illimitées.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.