Thursday, March 6, 2008

Raya Cina Di Nok Kiau

Setelah sekian lama perancangan untuk memancing di Kok Adang dibuat pada 7 Feb 2008 barulah hajat untuk memancing di perairan yang menjadi idaman pemancing dapat dilaksanakan..


Sebelum itu sotong-sotong berhampiran bot akan dipanggil dengan nyalaan lampu berwarna merah. kemudian jaring akan diangkat keatas dan seterusnya mengepong sotong-sotong tersebut. Gambar menunjukan aktiviti menyauk sotong dilalukan oleh awak-awak untuk disimpan hidup-hidup di bwh perut bot bagi penyediaan umpan segar sepanjang trip memancing 2 hari ni.
Sotong yang telah disauk disimpan didalam kolah yang terdapat ditengah-tengah bot. sotong akan bertahan dan boleh hidup sehingga hari ke-3
Memperolehi seekor cupak menggunakan keadah bottom menggunakan umpan sotong hidup. satu-satunya ikan bersaiz kasar yang diperolehi..
Bang Safie dari banting sedang mengepam GT, mengunakan kaedah Bottom berumpankan sotong Hidup.

GT dari bot sebelah yang berjaya didaratkan di bot kami selepas tersangkut di joran En Zainal.
Kesimpulannya. walaupun hasil yang diperolehi tidak seperti yang diharapkan disebabkan oleh faktor-faktor teknikal tetapi trip ini dapat memberikan gambaran sebenar padang pancing di sini. Untuk trip ke 2 nanti banyak kelemahan boleh diperbaiki, insyalah sekiranya berkesempatan trip ke 2 akan menyusul pada Dis 2008....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

There was an error in this gadget

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.