Tuesday, May 28, 2013

KEMBARA EXOTIC DI NEGARA GAJAH PUTIH - Part 1 Day 1 at BSR


Penulis : Fahiz Hussin
Jurugambar : Halim Hussain


Caya la halim..mau 2 org pikul baru bleh..

KEMBARA EXOTIC DI NEGARA GAJAH PUTIH - Part 1 Day 1 at BSR

Pencarian spesis exotic seperti Arapaima, Aligator gar, Red-tail catfish, pacu, plabuk, Tiger Catfish dan pelbagai spesis exotic lain merupakan target pancingan saya pada kali ini. Pemburuan spesis exotic amazon ini bermula dengan penelitian dan carian menerusi carian google dan internet. Pelbagai Pakej pancingan yang saya perolehi dari internet, semuanya tidak kurang dari RM10,000.00 seorang untuk ke lembangan Amazon dan memancing disana. Dengan Pekej memancing 10 hari di Amazon kita tidak dijanjikan dengan hasil pancingan tetapi pemandu pemancing akan cuba sedaya upaya membawa kita memancing disekitar lembangan Amazon yang terkenal dengan pelbagai spesis exotic.



Van yang mengangkut kami ke kolam BSR dengan kadar bayaran Bht 1000

Sempat bergambar didepan Bungsamran

Monday, September 17, 2012

Aksi set Ringan Di Alor

Kepulauan alor.

Pulau Alor adalah sebuah pulau yang terletak di hujung paling timur Kepulauan Nusa Tengara Indonesia. Bandar Kalabahi merupakan ibu kota utama di pulau ini dan aktiviti ekonomi utama di pulau ini adalah penternak, petani dan nelayan. 
 
Pulau Alor dikelililngi oleh 2 laut utama iaitu Laut Banda disebelah utara dan Laut Timur disebelah selatan dan dikelilingi oleh pelbagai selat menyebabkan ia kaya dengan hidupan marin yang masih belum diterokai. Dikelilingi oleh pulau pulau, “Drop off”, “Seamount”, lautan dan selat menyebabkan bentuk muka bumi dan geografinya unik dan sangat sesuai sebagai tempat pembiakan dan tempat berlindung pelbagai spesis ikan. 
Disebabkan ia kaya dengan pelbagai spesis marin, penduduk asal disini tidak perlu pergi jauh ketengah lautan untuk mendapatkan spesis terbaik untuk ditangkap. Cukup sekitar 2,3 batu nautika dari daratan spesis seperti ikan tuna, ruby, kerapu begitu mudah diperolehi. Oleh itu kebanyakkan nelayan disini hanya mengunakan sampan-sampan kecik dan koyan untuk mencari rezeki. 

Sunday, September 16, 2012

Artikal Majalah - Pancing Bil 169

Salam, Terima Kasih kepada Chief Editor Majalah Pancing Faiz Karim kerana memberi peluang untuk menempatkan artikal ni kedalam majalah Pancing.

Majalah : Pancing Bilangan169
Keluaran : November 2011
Tajuk :Alor Dalam lg Di Duga

Wednesday, August 8, 2012

Artikal Majalah - Pancing Bil 168


Salam, Terima Kasih kepada Chief Editor Majalah Pancing Faiz Karim kerana memberi peluang untuk menempatkan artikal ni kedalam majalah Pancing.
Majalah : Pancing Bilangan 168
Keluaran : Oktober 2011
Tajuk :Bantal Emas & Boron Jarak



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.