Saturday, January 9, 2010

Burma Bank - 22 dis 2009

Pesta Tuna di Burma Bank

Salam, masuk hari ni hari ketiga kami di Burma Bank. Aksi siang harinya sama seperti hari semalam, ini kerana tekong masih tidak berpindah lubuk. Maka waktu siang dihiasi oleh ruby-ruby yang dinaikkan dengan aksi bottom. Aku yang dah kepenatan semalam hanya membantu apa yang diperlukan oleh Shafie. Rasa kemalasan yang tinggi untuk jig pa bila aku tengok jig 250g aku dibawa melayang didalam air.

Aksi bottom disiang hari, tekong masih duduk kat port nih, dah sehari setengah disini tapi ikan masih galak membaham umpan.

Aku mengambil kesempatan siang ni untuk berehat, mengharapkan malam ni untuk cuba memburu YFT pula. Aksi YFT semalam sederhanan sahaja, dalam selang setengah jam boleh la strike seekor. Harap-harap malam ni lebih meriah.

Cubaan untuk melontarkan jig seawal jam 8.00pm kurang mendapat sambutan, cubaan demi cubaan dibuat sehingga ke jam 12.00am..Kekadang hanya ikan-ikan cupak dan alu-alu membaham jig. Tuna masih belum kelihatan.

Kevlar 50 putus selepas menerima strike dari dasar..daripada gaya larian, ikan terdiri daripada kumpulan ikan yang bermain di pertengahan air dan mampu memecut laju. Takpe, kita tengok pas ni..

Kevlar ditukar kepada metal assist hook 2"..hehe, rasanya ada ikan boleh gigit putus benda alah ni tak?
Baru la naik mangsa yang selalu memutuskan kevlar, ikan ni rupanya..larian boleh tahan juga..ingatkan mama YFT tadi..

Cupak disini pun tidak memilih bulu, pa saja umpan dibahamnya. Jig luminus JM150g dengan metal assist hook.
Selepas jam melewati 1.00am, kelihatan beberapa ekor cumit kelam kabut dikejar predator dibawah. Dari pemerhatian kemungkinan kawanan tuna sudah memasuki strike zone..Cubaan pertama menggunakan set popping Yamaga Atlas PE6-8 digandingkan SW10000XG berpelurukan bulu rapia. Kaedah balingan ke kawasan permainan@ Kawanan ikan, biar seketika 5,6 saat dan karau laju. Cubaan pertama sahaja dah dapat menaikkan tongkol bersaiz sekilo dua..beberapa kali cubaan juga menghasilkan ikan bersaiz begitu. Dari pembacaan dipercayai ikan YFT bersaiz besar bermain jauh kedalam air. Maka teknik cast Bulu Rapia ditukar segera ke light Jig antara 60g-100g.

Jam 2.00am waktu tempatan - Cubaan pertama menggunakan jig Butterfly shimano 80g berwarna biru terus mendapat sambutan. Asyik dengan larian dan junamannya, set SW8000HG dan JM power Spell PE3-7 dapat bertindak balas dengan baik. Jam 2.00am bermula la pesta YFT di Burma Bank.

YFT bersaiz begini cukup banyak ketika ini. kadar tangkapan 5-10 minit setiap ekor dinaikkan..Puas dengan aksi larian dan junaman. Lagi-lagi dilayan menggunakan Rod aksi sederhana.Habis darah tuna dimerata-rata, sampai awak-awak pun malas nak simbah air diatas lantai. Meriah bagaikan "pesta" YFT.
Hehe...muka penat!!

Makin kesubuh YFT yang dinaikkan semakin kasar, apa yang seronoknya melayan YFT nih?

1. Ikan ni lazimnya datang dengan kawanan, campur kecil dan besar, campur YFT, BFT, dan dogthooth. Larian padunya hampir sama bagi ketiga-tiga spesis. Pemancing hanya dapat membezakan selepas ikan naik keatas bot.

2. Saat ketika strike, karauan laju perlahan diulang beberapa kali sehingga menghampiri bot. Lazimnya aku dah marking strike zone ikan didasar. Oleh itu didalam hati seolah-olah sudah dapat mengagak jig disambar didasar. Ketika jig dikarau laju dan perlahan, ikan akan membaham jig bila jig yang dikayuh tetiba perlahan dari larian laju asalnya.

3. Larian pertama selepas hook up lazimnya memuntahkan main line walaupun ikan ini bersaiz 3,4 kg sahaja. SW8000HG telah diketatkan dengan 50%-75% setting drag. Anggaran kekuatan setting drag 12-15kg!!. Disebabkan ikan terlalu frenzy, kami hanya Hook up dan push naik dengan cepat.

4. Push Up dan naik, mungkin setengah pemancing merasakan kami tidak melayan kekuatan ikan sehingga ke anzalnya. Tapi bagi aku, kepuasan sebenar ketika kita bertarung semasa ikan benar-benar sedang kuat, lazimnya 1st larian atau 2nd larian...larian2 seterusnya sudah dapat dibaca oleh pemancing. Hook up, Hold, Push, Pump dan Naikkan..5 Step bagi aku.

Seawal 5 pagi, Jig Butterfly shimano 80g diturunkan seperti biasa, karauan laju dan perlahan diaplikasikan..dirasakan jig menghampiri strike zone aku karau dan bersedia. Memang benar jangkaan, sesampai di strike zone ikan membaham jig..bezanya larian kali ini berbeza dengan larian sebelum ini. Tali Exoga PE 4 mencurah keluar, JM Power spell menahan asakan..dirasakan ikan didasar sedikit kasar, permainan di perkemas. Membiarkan ikan membuat larian agar sesampai menghampiri bot ikan dapat digancu dengan mudah.

Penantian Dogthooth akhirnya terjawap, Amir denga dogthoothnya bermata triple hook 3x..tapi mana mama dan papanya ya..

Selepas menaikkan ikan bersaiz kecil, barulah YFT bersaiz abang dan kakak memunculkan diri. Anggaran 7-10kg..Setting leader exoga 150lb dengan FG knot.

YFT yang terkasar diperolehi aku pada trip kali ni. Masih mengidam saiz papa dan mama..pencarian akan diteruskan insyaAllah..

Jam 6.00am waktu tempatan- Bila cahaya ufuk timur menampak diri ikan pun dah mulai kurang..Pabila ikan semakin kurang, Tekong yang sepatutnya berpindah jam 4.00am tadi menunda untuk bergerak ke lubuk kertang dah mula menghidupkan enjin.

Perjalanan menghala ke Timur ke Lubuk Kertang, 8 jam perjalanan untuk diharungi...nantikan aksi seterusnya Di Lubuk Kerapu Hitam..

Friday, January 8, 2010

Burma Bank - 21 Dis 2009

Hari ni masuk hari kedua di Burma Bank, lawak juga bila terkenangkan ada rerakan yang mengomel malam tadi dengan ketiadaan ikan di Burma Bank, ye la.."Kata ikan bertonne-tonne diBurma nih"..hehe dah masuk hari kedua seekor ikan pun tak naik-naik lagi. Malam tadi memang takde seorangpun berani keluar dari bot. Dengan angin dan ombak yang kuat, semua pemancing lebih senang mundar mandir didalam bot kemudian semua tidur. Mungkin kepenatan dengan perjalanan yang jauh sejauh 600km dari Pak Barra.

Rajin Engkarat melayan kami mengikat perambut, perambut utama 200lb dengan sub perambut 150 lb. Mata pancing rata-rata bersaiz 9/0,10/0 sahaja.

Jam 11.00am waktu tempatan - Tekong sudah berhenti dilubuk kedua. Aku dah masak dengan lubuk kedua ni. Musti dipenuhi dengan Ruby Snapper sahaja. Dengan kedalaman Souna 200m umpan diturunkan oleh rerakan.

Pak Su Perda memilih lokasi dihadapan bot. Melarikan diri dari sangkut menyangkut di belakang bot..hehe 1 pilihan yang baik.

Mai kita bottom dulu, satlagi baru kita main jigging lak. 2 mata kail berumpankan hirisan ikan tongkol diturunkan kedasar, MT750 menunjukkan bacaan 200m. Belum sempat 10 saat tanda-rtanda ikan membaham umpan kelihatan. Speed Mode digunakan untuk hook up..

Hehe...diantara orang terawal menaikkan ikan..Bagi geram kat member-member lain skit..hehe..Boleh tahan juga ombak pada hari kedua nih..tengok aksi ombak dibelakang tu..kekadang sama rata je ngan birai bot..

Turun lagi, tak sampai beberapa minit naik lagi seekor ruby.. Lesen Bottom telah dinaikkan, Reel bottom diserahkan kepada sahabat Shafie untuk teruskan..Apalagi, terus cekau set jigging untuk merasakan tarikan ruby melalui kaedah pancingan jig..cuba-cuba mana tau ruby sudi menjamah..

Cubaan kali pertama jig, set Jigging heavy digunakan dikuatiri main line tidak mencukupi sekiranya set medium digunakan. Habis separuh spool main line keluar. Jig diturunkan sampai kedasar, karau 10 kali kemudian jig dilepaskan kembali, kaedah jig ini diulang-ulang beberapakali.

Beban jig 500g + Panjang main line 200m + main line PE8 = *@%&*#@**!#...hehe...puas bila naik ruby menggunakan jig..

Jig Cap ayam ja..rabitt apadah lupa nama...hehe 500g.. 3 ekor strike..masuk 4 ekor putus bila spesis ikan tak dikenalpasti hook up masuk ke tempat persembunyian..

Pastu terpaksa la tukar kepada jig 250g plak waktu petang, nasib la air beransur tenang..kena juga walaupun main line dilepaskan jauh kedasar dihanyutkan air..Kali ni try sw8000hg digandingkan dengan JM Power Spell PE3-7. Lagi terasa kepuasan sebab aksi bend PE3-7 yang lebih cantik..

Double strike ruby, Galak juga ikan ni makan diwaktu petang..seharian hasil jig dapatla 6ekor..selepas tu aku pun dah kepenatan. Mana bleh lawan dengan bangla yang dapat menaikkan berbelas ekor dan ada yang berpuluh ekor..tapi jigging still terasa kepuasan maksimunya..

Selepas sessi jig, disemak jig Assist..huh..memang teruk diasak nampaknya..maka jig assist ni pun ditukar untuk mengelak berputih mata nanti..Solig ring owner saiz 9, Keflar 50, dan jig hook saiz 28.

Sessi malam beberapa ekor YFT bersaiz 3-5 kg dapat dinaikkan. Renangan yang laju mampu memuntahkan main line walaupun baru bersaiz budak tadika..mana la mama dia ni..tak sudi ke membaham jig yang dihidangkan..hari pertama aku lebih gemar menggunakan jig luminus bersaiz 100g. Cast jig dan berjaga-jaga bila jig menghampiri bot..peratusan dibaham tinggi bila 10-20m jarak jig dari bot.

Tongkol ni pun sudi membaham jig..tak padan kecik..larian boleh tahan juga..sesuai dilayan denga reels aksi ringan atau sederhana.

Sememangnya kepenatan jigging hari kedua ni begitu terasa, lenguh habis lengan dan bahu ni gara-gara mengayuh beban set berkilo ni..tapi kepuasan lebih terbayang, puas ketika kita terasa jig dilarikan ikan dan kepuasan terasa semasa karauan sedang dilaksanakan.

Aksi hari ketiga dirasakan lebih meriah..aksi jigging tanpa henti dari 2.00am - 6.00am...hehe..

Thursday, January 7, 2010

Burma Bank - 20 dis 2009

Muara Ranong.

Seawal 7.30 am aku menerima panggilan dari cikgu Shamweem, Rombongan dari Pak Barra telah sampai ke Ranong dan sedang bersarapan pagi. Aku yang sudah cukup rehat terus berkemas dan check out.

Huh..ingatkan bot nih..hehe..bila la tuan dia nak bagi sewa bot ni lak..

Pengangkutan utama di Ranong, Bot ekor biawak, tp guna enjin lori..

Bertemu lagi Polaris One
Trip kali ini disertai oleh - Dalam gambar dari kiri Cikgu Shamweem, Abang Lan, Aku, Mr Yeoh, Paksu Perda, Mr Gee, Amir, Nasir, Cikgu Isa, Tiada dalam gambar Sahfie Banting, Wan, Mizi, Meri

Pandangan belakang bot, luas dan selesa.

Pandangan hadapan bot..juga luas, tp kurang selesa..hanya handrail penyelamat..hehe

Captain merangkap tekong - Mr Engkarat

Sessi Gotong Royong up load barang sebelum berlepas ke lubuk pertama

Polaris meninggalkan jeti dengan 13 pemancing.

Barisan senjata yang dibawa, Command X4,X6,X9, MT750, Sw20000FA, Saltiga6500Z, Accurate SR60, SW8000HG, Sw8000PG,SW10000XG, SW18000PG

Sekali lokasi tempat tidur yang sama dengan trip lepas. Dibawah.

Cuaca yang baik dan cerah mengiringi ke Burma Bank.

Sessi persediaan memancing, setup kelengkapan dan penyediaan perambut & leader.

Chef yang bertugas kali ni. Berbeza dengan trip yang lepas. Memuaskan : 5 Star

Perjalanan ke lubuk pertama mengambil masa 12 jam, tapi kami tidak dapat menurunkan umpan kerana keadaan oleng dan ombak yang kuat, anggaran setinggi 3,4 meter. Maka malam pertama dihabiskan dengan tidur. Selepas jam 5.00 pagi keesokkan hari Bot Polaris meredah lagi 8 jam untuk ke lubuk kedua, Secara matematiknya 20 jam perjalanan dengan kelajuan 10knot, jumlah jarak perjalanan lebih kurang 200batu nautika telah diharungi.. Tunggu aksi-aksi hari kedua di Burma Bank.

Wednesday, January 6, 2010

Bangkok - Ranong - 19 dis 2009

Perjalanan dari Bangkok Ke Ranong

Selepas penat melayan plabuk di bungsamran dan mengenangkan perjalanan 700km yang harus kami tempuhi kami berangkat seawal 9.00am selepas mengemas dan membersihkan diri. Rupanya perjalanan keluar dari bangkok juga diiringi dengan kekeliruan dan sesat.

Hampir 3 jam kami pusing-pusing bandaraya Bangkok, Nekad tidak mahu menggunakan teksi untuk keluar Bangkok sememangnya berbaloi, semasa sesat melarat, sempat juga kami round-round Bandaraya ni.

Perjalanan ke Ranong diiringi oleh cuaca yang cerah sepanjang perjalanan. Harap cuaca begini berterusan sehingga ke Burma Bank..

Jam 5.30pm sampai juga kami di Tinidee hotel.

Check in hotel dengan bayaran RM140.00 semalam untuk Bilik Duluxe. Bilik lain dah habis..

Besar juga bilik hotel ni. selesa klau bawa famili bercuti bersama.

Semasa di Tinidee ni, kami mengambil kesempatan untuk berehat setelah penat mengharungi perjalanan jauh. Tiada apa-apa yang menarik pada 19 dis 2009. Kami tidur seawal 9.00pm waktu tempatan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.