Tuesday, January 5, 2010

Aksi plabuk @ Patin Mekong

Bungsamran...


Salam, hari ni aku sambung sedikit laporan mancing yang lepas di Bungsamran. Kolam bayar ni sememangnya mempunyai banyak keistimewaan jika dibandingkan dengan kolam-kolam yang terdapat dimalaysia. selain dihuni oleh ikan-ikan air tawar sehingga 200kg ia juga dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan berikut :-

1. Bilik penginapan yang terapung diatas air, mengadap ke Kolam..24 jam boleh memancing

2. Kemudahan kedai pancing yang lengkap dengan segala macam kelengkapan dari reels, rod, dan alatan2 memancing air tawar mahupun air masin.

3. Restoran dan pangkin pangkin tempat berehat.

4. Bengkel penyediaan popper bagi jenama 7 seas Thailand, dari semurah RM40.00 sahaja..sempat juga sambar 1 biji..

5. Saiz kolam yang besar dan kedalamannya yang hampir mencecah 7meter menjadikan pertarungan dengan ikan menjadi satu yang lebih menarik. Ini kerana ikan dapat mempamirkan kekuatan junaman dan larian, junaman lebih ke bawah pelantar sememangnya memenatkan pinggang.

Konsep kolam pancingan ni.
1. Konsep tangkap dan lepas untuk semua spesis selain itu ia menawarkan pakej-pakej berdasarkan lesen pancingan, bagi ikan rohu, patin, plabuk, big cup head bayaran yang dikenakan sebanyak 1000bt atau RM100.00 bagi setiap sessi. Manakala bagi lesen arapaima 20,000bt atau RM2000.00 dikenakan bagi mendapatkan lesen arapaima ini, sekiranya gagal memperolehi lesen, deposit dipulangkan semula.

2. Perkhidmatan guide disediakan, guide akan membantu semua kerja-kerja pemancing sehinggakan ikan di hook up baru diserahkan kepada pemancing untuk beraksi. Penyediaan umpan, perambut, dan segala macam disediakan oleh guide td dengan bayaran 1000bt per sessi.

3. Setiap sessi telah ditetapkan selama 12 jam bermula dari 9.00pg sehingga 9.00mlm atau 9 .00 mlm ke 9.00pagi bergantung kepada kemahuan pemancing.



Keadaan persekitaran bilik penginapan, luas dan selesa. Penginapan diatas air dengan konsep terbuka mengadap kolam pancingan. Tapi awas, malam penuh dengan nyamuk!!!..

Perambut, pelampung dan spring yang digunakan untuk memburu spesis plabuk ni.

Umpan dibancuh dengan dedak halus, santan kelapa dan perisa kelapa yang diadun dan gumpal sebesar bola diameter 6-8 inci.

Daripada review yang dibaca, reels aksi berat amat diperlukan bagi menaikan ikan-ikan disini. Kecepatan menaikkan ikan membolehkan ikan dilepaskan semula dengan cergas kedalam air.. Stella sw10000XG

Saltiga 6500

Memang benar kebanyakan review yang dibaca sebelum ini..plabuk sememangnya mempunyai kekuatan yang lebih berbanding patin.

Larian dan junaman..kelajuan juga boleh tahan.

Lagi tak boleh tahan bila plabuk masuk kebawah pelantar. Jenuh juga menahan asakan dan menahan plabuk dari terus menerus masuk kebawah pelantar.

Plabuk pertama.

Plabuk kedua

Plabuk seterusnya

Abang Pie dengan plabuknya.

Diantara salah seekor, plabuk dari 17 ekor yang berjaya didaratkan.. Bentuk sedikit tegap berbanding patin tempatan.

Double strike dan kedua-dua plabuk terakhir selepas kami surrender sebab pinggang dah sakit penangan tarikan plabuk bungsamran.

Plabuk terakhir yang diperolehi selepas 10 minit pertarungan anggaran 30-40kg..

Berehat pula selepas melayan plabuk, sempat juga SMS tanya KDN ditanah air..hehe

Berposing di sebuat kedai memancing yang terdapat disitu..Kedai yang agak complete. Sempat juga sambar sebiji popper seven seas..

Nak sambung lagi..ini pun selepas diperangat guide yang membantu kami disiang hari..katanya plabuk 50kg bermain diwaktu malam..memang benar..4 jam memancing hanya 4 strike berlaku..semua tak mampu dikawal..Nampaknya Stella 20000FA akan beraksi pada waktu malam lain kali..hehe..

Pada sessi pancingan malam hanya seekor patin dinaikkan..ni baru rupa macam patin tempatan..

Selepas puas melayan tarikan plabuk dan patin, jam 12.00 kami dah terbaring kepenatan. Perjalanan sejauh 700km menanti kami keesokkan harinya. Perjalanan dari Bangkok turun ke Selatan menuju Ranong pula...

Monday, January 4, 2010

Kuala Lumpur - Bangkok - 18 Dis 2009

Perjalanan Ke Bungsamran

Bungsamran diantara berbelas-belas kolam pancingan berbayar dibangkok. Tetapi yang paling menempa nama sudah tentulah kolam ini. Terletak didaerah Bang Kapi, 1 jam perjalanan dari bandaraya bangkok sememangnya sukar ditemui oleh pelancong luar kerana signboard berbahasa siam. Ikuti perjalanan ke kolam bungsamran ni..

Jam 6.30am - Singgah sebentar di dearah Phetchaburi untuk sekali lagi mengisi minyak dan refreshment
Duk rehat pula distesen minyak nih...ada 7E, bleh la membeli belah skit..

Ada juga petronas disini..ermm tapi rate tetap sama ron 95 RM3.10.

Alhamdulillah, jumpa juga signboard Bangkok selepas 21 jam berjalan..

Jam 8.30am -Sesampai di Bangkok, jalan raya sudah mulai sesak dengan kenderaan, rasanya Bangkok ni besar dari Kulala Lumpur la..dengan bangunan pencakar langit yang bersusun dan kereta yang berduyun-duyun. Lebih 2 jam kami sesat melarat didalam kotaraya Bangkok..

Keadaan yang sesak di kotaraya Bangkok

Jam 10.00am waktu tempatan - Akhirnya kami mengalah dengan keadaan, peta yang tidak cukup lengkap dengan keadaan yang sesak menyebabkan kami charted teksi ini untuk ke destinasi..ermm...nasib tambang 150bt je..bersamaan RM15.00..rupanya sewaktu sesat kami dah menghampiri lokasi yang dituju..

Jam 11.00 waktu tempatan - Sampai juga kelokasi yang dituju..Kolam Plabok Bungsamran..

4650bt bersamaan RM470.00 untuk 2 orang pemancing termasuk sessi memancing 1/2 sessi, penginapan 1 hari dan seorang guide dan umpanan serta perambut.

Aksi-aksi di bungsamran sedang disediakan..

Sunday, January 3, 2010

Kuala Lumpur - Bangkok - 17 Dis 2009

Coretan perjalanan ke Bangkok..

Jam 8.00am - Sempat juga wife menemani untuk bersarapan bersama. Terima Kasih diucapkan kepada KDN teman yang memberi green Light untuk teman neneruskan trip 8 hari ni. Bukan senang nak uruskan anak2 tu..terima kasih bebanyak mama.

Patutla banyak hook up, tengok tu..trip ini diiringi senyuman mama..huhu..

Sekadar melapik perut, roti bakar dan telur setengah masak.

Jam 12.00pm - Perjalanan dari kajang diteruskan ke Bukit Kayu Hitam, Jam menunjukkan pukul 12.00 tengah hari, Perut pun dah mula berkeroncong, angkat telepon dan terus call FH dan ZMI, nasib la depa free..bleh la teman makan tengah hari di Penang.

Singgah sebentar di Penang, pekena bawal goreng bersama Fahmi dan ZMI. terima kasih bro menyabut kedatnagn kami di Penang.

Jam 3.00pm - Perjalanan diteruskan ke Bukit Kayu Hitam, jam 4.30 pm sampai ke pintu sempadan, urusan dokumen perjalanan dan pasport..diberi amaran kerana pastport lg 3 bulan nak mampus..nasib la buat muka kesian dan rayuan..lepas juga untuk keluar negara kali ni..terima kasih pasa pakcik imegrasen yang menandatangani pasport teman..

Perjalanan diteruskan ke sempadan Bon Voyage Thailand

Jam 5.00pm - waktu tempatan, melepasi border kedua-dua belah negara. singgah beberapa minit di Danok untuk urusan pertukaran no telepon tempatan (no Thailand) oleh Shafie..ini bagi memudahkan urusan hubungan antara Cikgu Shamweem dan kami kelak. Bayaran prepaid juga murah..hanya 100bt untuk prepaid dan boleh tahan sehingga ke balik.

Suasanan Bandar danok. Ramai betul pelancong.

Singgah di kedai telepon, tukar no ke no tempatan. pilih no telepon 50bt, prepaid 100bt..

Jam 10.00pm - Berehat sebentar sambil mengisi minyak di stesen minyak shell, mahal juga minyak petrol disana, anggaran RM3.10/liter..

Jam 3.00am - berehat dan tidur 2 jam sebelum meneruskan semula perjalanan ke Bangkok. Keadaan jalan yang lurus memudahkan urusan pemanduan, cuma memandu pada waktu malam danyak ditemani oleh lori-lori thai yang besar dan laju. Agak merbahaya memandu ketika mengantuk.

Perjalanan diteruskan sehingga 18 dis 2009..

Saturday, January 2, 2010

Persediaan memancing ke Bungsamran & Burma Bank

Persediaan perjalanan.
Salam..Setelah setahun merancang..alhamdulillah 17 dis 2009 sekali lagi trip Burma bank menjadi kenyataan. Bezanya kali ini, aku mengambil kesempatan untuk menambah beberapa KM lg untuk mencuba nasib di kolam pancingan air tawar yang terkenal di Bangkok. Kolam bersaiz 20 ekar ini, yang dikenali sebagai syurga pancingan plabok kolam di negara Thailand , "Bungsamran" menjadi pilihan persingahan pertama trip memancing (1+1) kali ini.

Lokasinya yang terletak di Barat Daya Bangkok dan jarak sejauh 1550km dari pusat Bandaraya Kuala Lumpur menjadi lokasi pertama yang dituju pada trip kali ini.

Memandangkan aku berkereta menuju ke lokasi pertama maka persediaan peta dan GPS menjadi sandaran utama untuk ke lokasi yang dituju. Shafie Banting menjadi Co-Driver pada trip kali ini dan banyak membantu didalam mengharungi perjalanan selama 26jam dari kota raya Kuala Lumpur.

Print Out Google map untuk persediaan perjalanan. Tengok2 nama tempat yang perlu dilalui dan dituju sebelum sampai ke destinasi.

Persediaan peralatan memancing.
Didalam trip pada kali ini, ada beberapa kelengkapan yang masih belum teruji sepenuhnya dan akan diuji di padang pancingan sebenar dalam trip 8 hari 7 malam ini. Diantara kelengkapan dan set yang dibawa adalah seperti berikut :-

Barisan Popper yang dibawa turut serta dari kiri Halco, halco, R2C, Dumble Pop, R2C, Adek Bali, Adik Bali, Adik Bali.

Barisan jig yang dibawa turut serta, no 7,8 dari kiri jig seberat 500g, no 13,14 shimano butterfly jig yang banyak memperdaya YFT.

Set Medium Heavy Jig - Reel Stella SW8000HG
Rod - Jigging Master Power Spell PE3-7
Line - Exoga PE4

Set heavy jigging - Reels - Stella 20000FA
Rod- Exoga PE8-12 model Black Bluster
Main Line - Varivas PE8

Set Popping : Reels Stella SW10000XG
Rod : Yamaga Atlas Pe 6-8
Main Line : Exoga PE6

Kerana terlalu beri perhatian kepada set pancingan jigging dan popping, dipertengahan jalan baru aku perasan tentang rod bottom yang digandingkan dengan MT750 tertinggal dirumah, nasib Shafie ada bawa lebihan 1 rod bottom lebihan untuk simpanan. Perjalanan diteruskan ke Bangkok..

Berikut adalah sedikit tentatif perjalanan trip pada kali ini.

16 Dis 2009 - Persediaan trip

17 Dis 2009 - 8.00am perjalanan dimulakan.
12.00pm makan tengah hari bersama ZMI dan FH di Penang
5.00pm masuk border Thailand perjalanan diteruskan ke Bangkok

18 Dis 2009 - 11.00am sampai ke Bungsamran

19 Dis 2009 - 10.00am bertolak ke Ranong
6.00pm sampai di Ranong

20 Dis 2009 - 11.00am naik Bot ke Burma Bank

21 Dis 2009 - 10am sessi pancingan dimulakan Burma Bank

22 Dis 2002 - Burma Bank

23 Dis 2009 - Burma Bank
5.00pm berangkat pulang

24 Dis 2009 - 11.00am sanpai ke jeti Air surut tak bleh up load barang
4.00pm bertolak ke border

25 Dis 2009 - 1.00am sampai border
9.00am bertolak ke Kuala Lumpur
6.00pm Alhamdulillah sampai Ke Kajang dengan selamat..

Alhamdulillah berkat doa keluarga dan rerakan, berjaya juga mengharungi perjalanan dan trip memancing penutup bagi tahun 2009. Alhamdulillah...InsyaAllah tentatif ini akan diperincikan didalam laporan-laporan selepas ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.