Tuesday, August 26, 2008

Seaborg Megatwin


Memang dah lama aku mengidamkan sebuah mesin pancing yang memudahkan dan tahan lasak ni,jadi aku pun mula la g tengok-tengok di kedai-kedai pancing...Teliti punya teliti, survey punya survey ramai kawan -kawan perkenalkan model ni pada aku. Jd secara rasminya aku pun dan guna mesin ni di 2 lokasi memancing, 1 di Kok Adang dan 1 di pelantar Bekok C... jd setakat ni ikan yang paling kasar ikan pisang 8 Kilo je.. jadi dari segi prestasi mungkin aku cerita selepas dapat menumpaskan monster kemudian.. tp dari segi handling boleh la aku tulis kat sini..Aku rasa mesin ni boleh diketegorikan sebagai kelas A diantara mesin-mesin yang seantaranya..mesin ini dilengkapi dengan "two variable speed ranges" satunya ialah "high-speed" oleh itu ia begitu memudahkan ketika pemancing hendak menukar umpan ( High speed ni klau guna tarik ikan silap-silap tekoyak mulut ikan)..dan yang keduanya "high-power" digunakan ketika menarikan mangsa dari dasar..Selain itu dari survey yang dibuat mesin ini mempunyai Maximum winding power 29 lbs continuous/momentary 165 lbs yang paling kuat setakat ini didalam kelasnya.yang lain tu sama je dengan mesin-mesin lain dan boleh tengok spec dibawah..


Seaborg Megatwin™ SB750MT Features:
  • Megatwin dual speed range power assist winding
  • Automatic downshift from speed to power mode
  • Daiwa's patented power Lever® for instant control of winding speed and power
  • Programmable Auto Stop feature stops winding when lure reaches the surface
  • Automated jigging function
  • Line Counter and Depth Memory
  • 22 ball bearings, including 10 CRBB anti-corrosion bearings plus roller bearings
  • Convenient 12-volt DC Operation (12-16.8V)
  • LCD Readout
  • Maximum winding power 29 lbs. continuous/momentary 165 lbs.
  • 656 Feet per minute (200m/min) winding speed in "speed" mode

SB750MT


Shift electronically from low gear, high-power range to high gear, high-speed range with the simple press of a button.

Convenient Sized Battery Packs Keep you fishing all day long.

Saltiga® Dendoh braided line For optimum performance from your Dendoh style reel.
Model
Number
Action
FW/SW
Bearings
Gear
Ratio
Line Per
Handle Turn
Wt.
(oz.)
Line Capacity
(Lb. Test/Yards)
Drag
Max
Power Assist
SB750MT -/- 10CRBB, 12BB 2.4:1 17.9" 44.90 25/590, 30/450, 40/310 44

Monday, August 18, 2008

Stella FA series


It features
  • titanium-coated Zirconia lipped spool with super slow oscillation,
  • Shimano's Dyna Balance aluminium rotor,
  • titanium-coated Shimano Power Roller III,
  • Anti Rust Bearings,
  • Shimano Fluidrive,
  • SEPTON handle knob,
  • and an oil lubrication port for easy maintenance.

Friday, August 15, 2008

Mabuk Laut ?

Memancing dilaut dalam sememangnya menyeronokkan, tetapi pernahkan anda mengalami keadaan mabuk laut. Penulisan ni bukan la kajian terperinci atau secara scientific, ia hanyalah datang dari pengalaman aku yang tidak seberapa ni. Tapi mungkin la boleh dijadikan sedikit panduan kepada rakan baru diluar sana bagi aspek penyedian diri sebelum dan semasa memancing ditengah lautan.

Mabuk laut akan menyebabkan kita berasa pening yang teruk, loya tekak, perut meragam, muntah sehingga habis semua isi didalam perut, pecah peluh, muka pucat dan sehingga kita kehabisan tenaga dibuatnya. Bahaya kan!. aku cukup takut klau tekena mabuk laut ni. memang payah la nak memancing.Sebaik-baiknya bergilir-gilir la memandu kereta ke lokasi memancing yang jauh. ini dapat merehatkan badan. badan yang letih, tak cukup tidur, tak sempat sarapan... ni semua faktor-faktor awalan mabuk laut.

Mungkin ada beberapa ubatan yang dijual difarmasi bagi mengelak atau mengurangkan mabuk laut ni, jadi bagi yang rasa-rasa tak konfiden tu boleh la stanby beberapa biji ubatan ni. makan sejam atau 2 jam sebelum menaiki bot. Mungkin diwaktu perjalanan bot mabuk laut kurang dirasai kerana bot yang sedang bergerak. Cuba elak dari duduk berhampiran exzos bot. bau asap atau diesel boleh menyebabkan mabuk berlaku.

Ada juga pemancing yang cuba menyiapkan barangan pancing didalam bot, mengikat mata, perambut dan sebagainya. Bagi yang baru berjinak memancing laut cuba kurangkan aktiviti sebegini. Tumpuan mata kesatu arah didalam bot terutamanya menyediakan benda-benda kecil akan menyebabkan kita lagi cepat mabuk. Lebih baik ia disiapkan awal didaratan.

Ada beberapa simtom-simtom awal mabuk laut ni. Diantaranya sentiasa bersendawa dan tiada selera makan. Sendawa disebabkan oleh perut yang kosong atau pergolakan yang berlaku didalam perut.Bagi aku klau ada je simtom awal ni, apa lagi lekas-lekas la cari minyak angin cap kapak atau koyok. Mungkin bau mentol dari benda-benda ni boleh menghilangkan loya tekat. selepas itu kurangkan aktiviti memancing, cuba jamah sedikit makanan yang dibawa. Makan makanan yang masam atau gula-gula yang dibawa bersama. Rehat sekejap lihat gelagat rakan memancing dan basahkan muka dan kepala..cari port baik untuk baring.klau boleh baring kita baring.

Simtom awal ni jika tidak diatasi kemudian ia di ikuti oleh pening kepala,pecah pelu didahi, berasa seram sejuk dan seterusnya muntah dan muntah... Apabila ini dah berlaku adalah lebih baik kita terus berehat atau membaringkan diri je. tidur pun bagus juga.Adalah merbahaya sekiranya kita meneruskan aktiviti memancing.

Wednesday, July 9, 2008

Kaedah Penyediaan Perambut Konvensional

Sebenarnya diagram ni aku copy dari blog rakan-rakan yang lain..ni diantara perambut-perambut yang aku biasa gunakan untuk kaedah memancing di laut ni.Dan ada juga aku gunakan perambut ni dimana juga dirasakan sesuai. al maklumla aku ni pun main try and error je penggunaan perambut ni.maka kat sini cuma cadangan bagi penggunaan perambut bagi situasi-situasi yang selalu aku laksanakan..



Klau perambut ni, aku panggil perambut batu hidup. selalunya aku gunakan untuk pancingan dikawasan berarus atau casting umpan..klau kita main peram dikawasan yang berarus perambut ini sesuai digunakan..panjang swivel ke mata juga mengikut kesesuian padang pancing.jikalau air sedikit keruh bolehla kita gunakan kurang dari 50cm dan sekiranya air jernih bolehla kita gunakan panjang perambut melebihi 2 meter..ada kalanya aku balun sampai 5 atau 6 depa dengan penggunakan tali florocarbon.dan sekiranya dikuatiri ikan dapat memutuskan perambut elokla sejengkal dua leader dihadapan disambung menggunakan wire@steel leader untuk elak dikecewakan. Dan penggunakan batu ladung mengikut kesesuaian arus.jikalau arus deras bolehla kita gunakan ladung bersaiz 8 keatas dan begitu la jika sebaliknya. Kadangkala aku gunakan kaedah ni untuk pancingan sungai juga. Disana aku gunakan perambut yang kurang 30cm untuk memudahkan balingan ketengah sungai..


Ni pulak perambut drifting (main di pertengahan kedalaman air) atau bottom(tenggelam sepenuhnya) dengan penggunaan batu mati..penerangan panjang perambut juga seperti diatas. kadangkala aku gunakan tanduk untuk memisahkan main line dengan leader untuk mengelakkan leader bersimpul ketika umpan diturunkan secara laju dari atas bot.


Dan dua perambut diatas ni pula aku panggil perambut apollo dengan batu ladung mati dihujung perambut.Kaedah pancingan Bottom. Biasanya klau pancingan dilaut aku modified sikit sambungan bahagian main leader ke hook leader dengan penggunaan manik dan sambungan hanya menggunakan swivel.ini bagi memudahkan hook leader mudah berpusing mengikut arah arus laut.manik tu berfungsi lebih kurang macam bearing la.Gambar seperti dibawah.
selain itu hook leader juga mudah dibuka dan diganti ketika ikan sedang frenzy dibawah.Klau kita dapati lubuk tu dipenuhi dengan ikan yang kasar-kasar adalah lebih baik jarak antara 2 leader hook tu dijauhkan lebih 50cm untuk mengelakkan tali bersimpul bila 2 strike berlaku serentak.


Untuk pancingan ikan sesaiz kecil atau sederhana memadai kita menyediakan perambut ni dengan main leader dan hook leader menggunakan drooper loop sahaja. mudah, cepat dan kuat. sekadar 2 ikatan drooper loop ditengah main leader perambut apollo ni telah siap dilaksanakan.

Mungkin ada teknik-teknik mudah dari rakan-rakan lain, tapi cuma teknik-teknik ni yang selalu dipraktikkan oleh aku apabila turun ke laut..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.