Didalam kita berkira-kira untuk membelanjakan wang bagi membeli set memancing ni adakalanya dipengaruhi oleh beberapa perkara, diantaranya :
a. Strategi pengiklanan pengeluar - Di iklankan dimajalah-majalah pancing terkemuka, menjemput pemancing-pemancing pro menggunakannya didalam pemburuaan monters, dimomokkan dengan tangkapan puluhan KG!..
b. Diyakinkan dan diperkenalkan dari rakan - Selalu juga didengar "Best reels nie, member aku naik ikan 2okg takde masalah"
c. Membaca review dari pemancing lain - Ada rakan lain dah guna dan diterangkan baik dan buruknya produk tersebut.
d. Bentuk dan design yang cantik dan berkilau - Bentuk power knop, spool yang berkilat dll
e. Jenama - Terlalu banyak dipasaran
f. Kadang kala bilangan bearing pun menjadi perbandingan - Selalunya yang banyak jadi pilihan la ye.
g. Lokasi pembuatan - made in Malaysia, Japan, Thailand, USA dll..
Apa yang penting sebenarnya ya? Maka soalan ni terlalu subjektif untuk dijawap. Adalah lebih baik kita mengetahui dan dipengaruhi oleh perkara ini pula ketika untuk membeli set pancingan ni, diantaranya :
a. Lokasi memancing yang kerap dikunjungi - Kolam cukup sekadar kapasiti set 10lb - 20lb dan lebih berani boleh guna 10lb kebawah, laut sudah tentu memerlukan setup 20lb ke 40lb, laut dalam untuk heavy jigging & popping pula memerlukan setup 40lb keatas.
b. Kaedah memancing yang digemari - untuk kaedah bottom selalunya multipliyer@ Bangla menjadi pilihan, Jigging dan popping pula 2 set yang bertentangan.
c. Target ikan sasaran - Game fish @ Grade A, Game fish selalunya diburu dengan set-set casting, jigging dan popping manakala ikan grade A lebih kepada bottoming.
d. Kemampuan dan budget yang ada - Dipasaran terdapat berbagai-bagai brand, saiz dan jenis setup dari puluhan hingga ribuan ringgit. Tepuk dada tanya selera.
Dari segi pencarian dan pembelian set baru ni, mungkin banyak perbezaannya bagi pemancing yang baru dengan pemancing lama . Lazimnya bila dah lama tu mulalah aspek seperti berikut mula diberi perhatian, diantaranya :-
a. Keupayaan Rod- Keupayaan tanggungan berat lure dan keupayaan lifting sehingga ke "U" band
b. Berat Rod & Reels - Selalunya setup ringan menjadi pilihan bagi active jigger dan popping
c. Material pembuatan Rod- Lazimnya HMG atau grafit ringan tapi sensitif manakala Carbon fiber berat dan tahan lasak..
d. Keselesaan dan kesedapan- Subjektif ni, ada yang selesa dengan design dan brand tertentu sahaja.
Oleh itu untuk rakan-rakan yang baru berminat untuk mencari set memancing dan untuk playsafe , aku cadangkan set serbaguna@"multipurpose". Sebagai contoh set multipurpose aku terdiri dari setup berikut :-
Reel : Penn 4500s
Rod : Uglystick 20lb - 40lb panjangnya 7ft
Main Line : Spiderwire braided 30lb kapasiti 200m
Apa itu set multipurpose?
Set yang boleh aku bawa kemana sahaja lokasi, jenis pancingan dan jenis ikan yang hendak dipancing. Laut, tasik, kolam, muara, pantai, ikan game fish, bottom, light jigging, popping..
Bagaimana nak memilih set Multipurpose ni?
Setup yang sederhana, tidak terlalu heavy atau light atau berkadaran 20lb-40lb, reel yang tahan lasak dan rod yang tidak sensitif dengan panjang 7" ke 8". Saiz reel 2000-4000 dan dimasukkan dengan main line 30lb kapasiti 150m ke 200m sesuai bagi pemilihan set serbaguna ni.









