Part 2 day 3 - Kembara Exotic Negara Gajah Putih.
Aligator Gar!!..ikan bergigi buaya..
Pada petang nya kami menunggu 6 lagi sahabat dari Malaysia utnuk mencuba di kolam Amazon BKK pada keesokkan harinya. Pada malam itu kami mengambil kesempatan untuk berehat kerana kami perlu bangun seawal 4 pagi pada keesokkan harinya. Pukul 4 pagi kami semua telah berkumpul dilobi hotel. John BkkGuy telah sampai seawal 3.30 pagi waktu tempatan untuk membawa kami kekolam Amazon BKK. Menurut BKKguy, kami terpaksa bertolak awal untuk memastikan kami sampai sewal pagi ke kolam tersebut, sekiranya kami lewat meninggalkan kota Bangkok kelewatan akan dijangkakan disebabkan oleh keadaan jalan yang sesak selepas jam 7 pagi di kota Bangkok.
Lokasi A - Lapangan Terbang Don Mueng, B- Kolam Bungsamran C-Amazon BKK