Penulis : Fahiz Hussin
Jurugambar : Halim Hussain
KEMBARA EXOTIC DI NEGARA GAJAH PUTIH - Part 1 Day 1 at BSR
Pencarian spesis exotic seperti Arapaima, Aligator gar, Red-tail catfish, pacu, plabuk, Tiger Catfish dan pelbagai spesis exotic lain merupakan target pancingan saya pada kali ini. Pemburuan spesis exotic amazon ini bermula dengan penelitian dan carian menerusi carian google dan internet. Pelbagai Pakej pancingan yang saya perolehi dari internet, semuanya tidak kurang dari RM10,000.00 seorang untuk ke lembangan Amazon dan memancing disana. Dengan Pekej memancing 10 hari di Amazon kita tidak dijanjikan dengan hasil pancingan tetapi pemandu pemancing akan cuba sedaya upaya membawa kita memancing disekitar lembangan Amazon yang terkenal dengan pelbagai spesis exotic.
Van yang mengangkut kami ke kolam BSR dengan kadar bayaran Bht 1000
Sempat bergambar didepan Bungsamran