Monday, February 22, 2010

Sisipan Joran - 20 Feb 2010

Akhbar Berita Harian :- Sabtu, 20 Feb 2010
Laman Sisipan Joran

Pak Hitam Burma Bank

Oleh Mohammad Shamwen Hashim

Penulis (kanan) bersama Roslan dan rakan menunjukkan tiga kerapu minyak gergasi yang ditumpaskan mereka.
Penulis (kanan) bersama Roslan dan rakan menunjukkan tiga kerapu minyak gergasi yang ditumpaskan mereka.






















THAILAND: Memancing di luar negara sudah menjadi agenda wajib bagi kumpulan, Crossing Border Angler’s Team (CBAT) bagi menutup tirai 2009. Lebih-lebih cuti sekolah, peluang keemasan itu diambil bagi merealisasikan hasrat itu.

Wednesday, February 17, 2010

Review Rod - Jigging Master Power Spell

Salam. Lanjutan dari trip yang lepas, disini disertakan serba sedikit review mengenai asakan dan penggunaan Rod Jigging Master yang terbaru dari model Power Spell 350g 5'0S. Pencarian review pemancing terdahulu juga begitu terhad memandangkan rod JM ini baru berada dipasaran dan rata-rata pemancing yang menggunakannya hanya dapat memberikan sedikit gambaran berhubung prestasi sebenar rod ini di padang pancing. Disini aku cuba memberikan maklumat dan sedikit gambaran yang diketahui dan diperolehi selepas penggunaanya pada Trip Burma Bank Dis 2009 dan trip mabul Jan 2010. Diharap ia dapat memberi sedikit panduan kepada rakan diluar sana yang bercadang memilikinya.

Sebelum kita mengulas prestasinya adalah lebih baik kita lihat speksifikasi dan aspek fizikal yang ada pada rod ini.

Tuesday, February 9, 2010

"Albacore" Tuna di Mabul

Salam, Sifat pemburu yang ada pada spesis tuna, menyebabkan ikan ini boleh dijerat dengan umpanan tiruan yang ada dipasaran seperti jig dan popper.

Menurut Laman web Atuna.Com taburan tangkapan spesis ini di seluruh dunia adalah seperti berikut 40% Northern Pacific, 27% Southern Pacific, 25% Atlantic Ocean + Mediterranean dan 8% Indian Ocea.


Ternyata "Celebes Sea" bersebelahan "Pasific Ocean" juga terkena tempiasnya. Spesis tuna yang terkenal dengan daya juang dan junaman yang tinggi menjadi spesis buruan utama kami pada trip Mabul kali ini.

Monday, February 8, 2010

Pre view Mabul

Alhamdulillah trip memburu tuna di Mabul akhirnya Termakbul..Terima kasih kepada Mama yang menjaga anak2 sepanjang 4 hari abg pergi memancing..terima kasih juga kepada organizer Che Wan kerana menguruskan trip yang teratur dan tersusun dan ucapan terima kasih kepada semua ahli komplot yang menyertai Geddo, Sifu Billis, Ainst dan juga D7L1 kerana bersusah payah menghadirkan diri ke LCCT pergi dan balik walaupun beliau tidak dapat menghadirkan diri ke Mabul. Dan terima kasih kepada semua sahabat yang mendoakan kami merealisasikan pemburuan tuna di sekitar perairan Mabul.

Sementara melengkapkan laporan penuh, sedikit pre view sempat disediakan..

Tuesday, February 2, 2010

Perancangan Ke Mabul

Salam, InsyaAllah tiada aral melintang 4 feb 2010 ni aku bersama 5 sahabat pancingan dari semenanjung akan ke Mabul untuk mencuba nasib disana. Diantara rerakan yang turut serta adalah seperti berikut :-
i. Che Wan (selaku organizer)
ii. fahiz
iii. airpool
iv. ainst
v. Billis
vi. geddo

Lokasi pancingan untuk trip pancing pada kali ini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.