aku dikala kerunsingan dan mencari idea, ikan ini menjadi peneman..Renangannya yang memberikan kedamaian dan yang paling tidak dapat dilupakan apabila ikan ni tahu masa makannya dan sudah biasa disuapkan ketika makan. Ikan ini ditempatkan didalam akuarium 4 ft panjang dan dengan diet seperti cengkerik, udang, lipan,lipas, cicak, anak ikan dan cacing tanah telah diberi sejak dibeli 4 tahun lepas ni..
Riwayat Hidup Kelisa peneman aku nie..
Dibeli sekitar tahun 2005 dengan harga RM 250.00 sebesar 4 inci..Dibeli di kedai akurium Selibin di Ipoh, kat kampung aku.Selepas kawin,pada tahun September 2006 aku bawah pindah ikan ni ke sri Kembangan, Ikan ni selamat mengharungi perjalanan 3 jam dari ipoh ke Kl dan ditempatkan didalam bekas polistren dengan sedikit seditif agar ikan tidak penik dan meronta.
Dan aku pindah sekali lagi tahun 2007 di Sg Chua Kajang dan sekali lg ikn ni kena seditif untuk dipindahkan ke Sg chua pula.Jadi dengan pengalaman pahit dan manis ikan ni mengikut aku pindah kesana-kemari sedikit memberi kesan pada aku . Mana daknya kira-kira ikan ni dah ada kat depan mata aku 4 tahun lebih ..
Punca-punca Kematian..
Ikan ni senang nak bela.jaga air dan makan je.seminggu sebelum mati,aku beri makan cacing tanah yang dibeli untk buat umpan pacu..2,3 hari lepas tu aku terperasan ketika memberi makan, ikan ni memuntahkan cacing lama yang tidak dihadamnya.pelik juga ni.
Tapi hari sabtu lepas aku tiada dirumah selama 2 hari..balik je hari ahad aku tengok ikan ni dah mati.Ada kemungkinan ikan ni dah sakit dan dalam masa yang sama tiada elektrik..kematiannya masih didalam misteri.