Pages

Monday, September 7, 2009

Trip Mengudang

Salam..di dalam kesibukkan seharian yang tidak dapat dibendung, rakan pancingan aku is dan Fadzil sempat juga meracun aku untuk turut serta didalam trip mengudang. Lokasi Sg Ulu Selangor berdekatan Kg Kuantan yang terkenal dengan lokasi kelip-kelip menjadi destinasi pancingan udang pada kali ini.


Tersenyum lebar apabila dapat menaikkan jenggo sebesar ni..Memang Karen, sepit birunya yang telah berlumut..


Keadaan air semasa kami sampai jam 930am..air surut dan sedikit deras.

Tekong kita En Fadzil dengan owner bot..sewaan pun murah dengan enjin 40HP.

Gaya seorang tekong@otai jenggo, Memang rajin tekong Fadzil ni, agak 10minit takde cagutan kita pindah!!,
Sepit biru yang disangka ikan pada mulanya..kuat jega melawan klau besar-besar begini..
Pelik tapi benar..keli di lokasi memancing udang..mungkin air dikawasan ni tak cukup masin lagi..sememangnya best melayan ikan dengan set udang lebih-lebih lagi dengan penggunaan mata kail udang, kena la layan sampai ikan lembik baru bleh naik. Sebelum ini tekong Fadzil juga terima ragutan ganas, mungkin penggunaan mata kail udang menjadi kelebihan ikan untuk melepaskan diri..tak pe lain kali kita repeat lagi la.

Is dengan seekor jenggo yang menjadi mangsanya..Terima kasih Is jadi "Anchor Man", lepas ni aku ganti tempat ko plak.
Udang lagi..letak makan-letak makan. memang best layan udang disini..

Sakit juga kena kepit dengan sepit birunya tu..

Tapi sememangnya trip mengudang kali ni memberi kepuasa, walaupun masa menyemburui aku tapi tetap puas tersenyum dengan hasil yang 5 Star. Sekalung terima kasih kepada 2 sahabat pancingan yang rajin melayan kerenah aku semasa trip ni. Terima Kasih daun keladi ada masa bleh pergi lagi..Insyaalah sekiranya ada sedikit kelapangan aku cuba terangkan serba sedikit teknik dan kaedah yang digunakan didalam trip ini untuk menjerat udang..

5 comments:

  1. cayalah bro..jeles aku!aku lum pernah memancing sepit biru ni...mcmnalah tarikannya..apa2 pun bro..bravo!nt kasi tip2 sepit biru bro

    ReplyDelete
  2. He he..tarik tak la kuat mcm ikan..sentimental skit. Insyaalah..nanti bleh la dikonsi tips-tips menggoda sepit biru ni..he he

    ReplyDelete
  3. Bestnya, apa beza memancing ikan dengan udang ni? Macam mana nak tahu udang ni dah makan umpan?

    Saya dikesempatan ini ingin mengucapkan selamat hari raya dan semoga gembira di hari raya ini.

    ReplyDelete
  4. Best juga memancing udang ni cikgu..beza nya pada cara mengendalikannya ketika menaikkannya. ikan ni kita boleh layan kasar skit tetapi udang kenalah perlahan dan sentimental, klau tak udang mudah terlucut..

    Selamat hari raya, maaf zahir batin cikgu..

    ReplyDelete