Tuesday, June 4, 2013

Pemburuan Monster Amazon BKK - Part 2 day 3


Part 2 day 3 - Kembara Exotic Negara Gajah Putih.

Aligator Gar!!..ikan bergigi buaya..

Pada petang nya kami menunggu 6 lagi sahabat dari Malaysia utnuk mencuba di kolam Amazon BKK pada keesokkan harinya. Pada malam itu kami mengambil kesempatan untuk berehat kerana kami perlu bangun seawal 4 pagi pada keesokkan harinya. Pukul 4 pagi kami semua telah berkumpul dilobi hotel. John BkkGuy telah sampai seawal 3.30 pagi waktu tempatan untuk membawa kami kekolam Amazon BKK. Menurut BKKguy, kami terpaksa bertolak awal untuk memastikan kami sampai sewal pagi ke kolam tersebut, sekiranya kami lewat meninggalkan kota Bangkok kelewatan akan dijangkakan disebabkan oleh keadaan jalan yang sesak selepas jam 7 pagi di kota Bangkok.

Lokasi A - Lapangan Terbang Don Mueng, B- Kolam Bungsamran C-Amazon BKK

Seawal jam 5am kami telah keluar dari kota Bangkok. Utk mengelak jem yang teruk.

Seawal jam 6.30 pagi kami telah sampai di kolam Amazon BKK yang terletrak 90km ke  Barat Bangkok. Dengan saiz kolam angaran 3 ekar, kolam ini dihuni oleh lebih 10 spesis utama sungai amazon dan sungai Mekong dengan di dominasi oleh ikan arapaima. Diantara spesis yang dilepaskan ke kolam tersebut selain arapaima adalah Red-Tail catfish, Aligator Gar, Pacu, Patin Mekong, Pari air tawar, Siamess Kap, Siakap air tawar, Tapah, Rohu, Asian Redtail, Chau Praya Mekong Catfish dan pelbagai sepsis exotic yang lain. Disini kami dikenakan bayaran bht 2000 seorang iaitu bersamaan Rm200 seorang untuk memancing dari pukul 7pagi sehingga 7 petang. Pembaca boleh ke laman sesawang www.amazonBKK.com untuk melihat pelbagai jenis sepsis dan pekej yang ditawarkan kepada pemancing yang ingin mencuba kesana.


Keluasan kolam dianggarkan 2,3 ekar. Dengan kedalaman purata 2,3 meter.


Kolam yang luas dan dipenuhi dengan spesis amazon.


Tempat berteduh dikala panas.


Kolam yang luas.


Pilih lokasi dan terus mencuba.


Sang Rusa yang mengalu-alukan kedatangan kami.

Target kami adalah memburu 3 spesis utama sg amazon iaitu Arapaima, Aligator gar dan Red-Tail catfish. Teknik casting adalah satu satunya teknik yang dibenarkan disini. Sebelum sampai ke Thailand kami telah di ingatkan oleh John Bkkguy untuk menyediakan lure berbentuk talipia yang berkesan disini. “Giron” dan soft plastic storm yang berbentuk menyerupai talipia digunakan kerana ikan disini diberi makan dengan talipia hidup pada setiap pagi dan petang. Setting pancingan yang dilihat sesuai digunakan disini adalah setting sederhana dengan Rod berkekuatan PE2-4 dengan tali utama berkekutan PE2 keatas dan kekili bersaiz 4000 digunakan agar ikan dapat didaratkan dengan segera bagi mengelakkan ikan terlalu lemah untuk dilepaskan semula ke kolam


Lure giron yang mendapat sambutan. Lure yang menyerupai ikan talipia kerana diet ikan disini adalah talipia hidup.

Halim menjadi orang pertama strike diawal pagi.

Arapaima yang membaham lure Giron Halim.
Halim bersama Arapaima.

Sedang kami bersiap sedia meyediakan setting pancingan, Halim menjadi pemancing pertama melontarkan lure “Giron” kedalam kolam Amazon, selepas 3 kali balingan Halim menjerit dari belakang memaklumkan lurenya dilarikan oleh pemangsa didasar kolam. Perlawanan berlangsung hampir 5 minit dan kelibat Arapaima kelihatan menghempaskan ekor beberapa kali dalam cubaan melepaskan diri. Apabila ikan telah sampai ke pinggir kolam, ikan ditangguk dan dinaikan ke daratan untuk sessi bergambar. Terpancar kepuasan Halim selepas dapat bergambar dengan sepsis target kami pada kali ini.

Saya bersama Aligator gar, ikan bergigi Buaya..kelihatan ganas tetapi tidak sekuat yang di ramalkan.

Selepas hasil pertama diperolehi kami lebih semangat untuk meneruskan pancingan dan begitu yakin akan ada lagi beberapa kejutan selepas ini. Ternyata kami tidak perlu menunggu lama apabila lure saya pula dilarikan pemangsa. Ikan dilihat tidak sekuat pertarungan Halim tadi. Selepas beberapa minit ikan ditangguk dan dinaikkan. Pada kali ini spesis target kedua kami telah berjaya dinaikkan. Aligator gar dengan susunan gigi menyerupai buaya telah berjaya didaratkan sekali gus merupakan rekod peribadi saya kerana ini kali pertama daya bertarung dengan spesis bergigi buaya ini. Semasa bergambar saya dinasihatkan oleh John supaya berhati hati memegang susuk tubuh alligator gar kerana ia mempunyai sisik yang tajam. Selepas bergambar ikan dilepaskan kembali kekolam dan John meminta saya mencuci tangan kerana terdapat racun toksik menyelubungi sisik alligator gar sebagai perisai keselamatannya untuk menghadapi pelbagai sepsis predator lain dinegara asalnya.

ikan bergigi Buaya.Aligator gar.
Geddo bersama cat fish.
Saya bersama 2 orang pembantu, mengangkat arapaima untuk bergambar.

Selepas itu kami 9 orang pemancing dari Malaysia bergilir gilir menaikkan pelbagai sepsis ikan yang terdapat dikolam tersebut. Menjelang lewat pagi sekitar jam 10 pagi lure saya dilarikan sesuatu ke tengah Kolam. Pada kali ini ikan dilihat kuat melawan dan sesekali melarikan semua ketengah kolam. Setelah beberapa minit bertarung kelihatan silauan merah sisik ikan arapaima dihujung pancing. Yes, pada kali ini saya lebih berhati hati mengendalikan pancingan kerana kuatir Arapaima terlepas tacapan mata pancing. Hampir 10 minit bertarung, arapaima kelihatan semakin lemah, ikan ditangguk dan saya tidak melepaskan peluang bergambar dengan spesis asal sungai amazon ini. Diangarkan Arapaima seberat 30kg menjadi mangsa kami pada kali ini. Selepas puas bergambar ikan dilepaskan kempali kedalam kolam.
saya dan arapima
Anggaran berat 20kg..

Selain kami 9 pemancing dari Malaysia turut serta dalam sessi pancingan pada hari tersebut 4 orang pemancing dari Jepun. Pelbagai sepsis exotic dinaikkan oleh mereka dan yang paling menarik perhatian kami adalah spesis Tiger catfish yang begitu jarang dapat dilihat. Selain itu Airpool juga menjadi pemancing bertuah kerana berjaya mendaratkan sepsis Chau Praya Catfish. Yang peliknya pelbagai spesis disini begitu ramah menjamah umpan “giron” berbentuk talipia yang dihidangkan.

Dilepaskan kembali ke kolam.

pemancing dari Jepun asyik melayan junaman ikan.
Tiger cat fish..spesis Rare yang terdapat dikolam ini.

Sedang saya bersahaja melontar gewang ketengah kolam, karauan perlahan diaplikasikan dan dengan tiba-tiba umpan “giron” dilarikan dengan laju. Dilihat dari segi larian ia merupakan spesis yang berbeza dengan dua hasil saya yang awal tadi. Drag di set dengan beransur ansur ke maksimum tetapi ia dapat dilarikan dengan mudah ke hujung kolam. Ternyata ikan kali ini mempunyai tenaga yang begitu kuat sehingga mampu menarik tali utama keluar walaupun drag di setkan hampir maksimum. Selepas beberapa minit pertarungan ikan dilihat tidak mahu mengalah. Mampu menarik tali keluar dan membuat beberapa larian ketengah kolam. Saya hanya mengikut gerakan ikan dihujung pancing. Biarkan ia membuat larian dan menyimpan tali apabila ia bergerak menghampiri saya.
Bergambar bersama tiget cat fish.
Geddo bersama Red Tail Cat fish.
Air Pool bersama salah satu spesis rare, Chau Praya Cat fish.

Saya sedang melayan junaman..layan la.

Selepas lebih 10 minit bertarung dilihat mangsa hampir keletihan. Kali ini ia lebih memberatkan badan dan bergerak ke kiri dan kekanan. Selepas menghampiri tebing ikan ditangguk oleh Pemandu pemancing. Rupanya Red-tail Catfish yang berjaya ditangkap dan dengan tangkapan spesis terakhir ini maka lengkaplah pencarian kami bagi memburu 3 spesis exotic yang terdapat dikolam ini. Selepas ditangguk dianggarkan berat red-tail catfish adalah sekitar 20kg. dan saya tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan spesis yang kuat dan exotic ini.

Red Tail Cat fish bersaiz kasar yang sudi menjamah umpan yang dihidangka.
Boleh tahan juga berat ikan ni..

Posing sebelum ikan dilepaskan kembali
Ikan dilepaskan kembali kedalam kolam


Sehingga lewat petang kami Sembilan pemancing dari Malaysia Berjaya mendaratkan 2 ekor Arapaima, 5 ekor Aligator gar, 9 ekor Red tail cat Fish, 2 ekor asian red tail dan seeokor Chau Praya Cat Fish. Ternyata lawatan kali ini tidak sia-sia kerana semua 9 pemancing dari Malaysia dapat mendaratkan lebih dari seekor sepsis exotic di kolam ini. 


Aligator Gar..
Arapaima..lepas puas melayan, bergambar pula
Bergambar lagi bersama arapaima.
Ahli trip bergambar bersama Guide kami. Mr John BKK. Thanks John.
Bersama pemilik kolam Amazon BKK.

17 comments:

Maxx Peacock said...

errrmmm....gambar kawe xde lagi...huhuhu

Fahiz Hussin said...

haha.. abg Max dah femes..bg change le ke teman plak..setahun rehat tahun lepas..ni bru nak start balik..haha

Unknown said...

Nice fish and pictures !

Congrats on the blog !

Regards,

PepFrank
( spinningpepfrank.blogspot.com )

Anonymous said...

I couldn't refrain from commenting. Exceptionally well written!

My webpage - special compilation

brohantu said...

Semua ikan eksotik kat sini.

Brohantu said...

Nice.. Aku belum pernah memancing ikan eksotik

Anonymous said...

klau ada video lg cantikkkk bro

Unknown said...

Bro kalau nak pancing mekong kat sini joran PE 4 cukup ke tak bro? Tolong bagi info sikit!

fishmalaysia

rachelng said...

Nice post ! May i know the prices and everything ? acoording to the amazon website. 3500b for two lakes aand 500b for gear rental. ada kah lagi hidden cost atau pun perlu bayar license
?

Unknown said...

zzzzz2018.7.25
pandora
salomom shoes
pandora jewelry
coach outlet
nike factory outlet
true religion outlet
nike outlet
moncler outlet
christian louboutin shoes
ugg boots on sale 70% off

jeje said...

Né dans le laboratoire de la nike blazer homme blanche NASA à un coût élevé, le résultat du matériau se dégradera lorsqu'il sera découvert dans la lumière, l'air et l'eau potable, ce qui rendra difficile sa mise en production en série. Qu'en est-il des costumes? Dans le cas où vous prévoyez une occasion d'Halloween à thème, alors vous devez absolument découvrir le costume fantastique asics basket handball pour ce concept unique. Non seulement la semelle de fond très claire a été mise en œuvre pour créer un effet esthétique, mais elle a également servi un but pour votre adorateur. Si vous voulez utiliser basketball schuhe nike air jordan un bien connu, vous pouvez bientôt maîtriser, ils sont vraiment tous partis et vous n'aurez pas de chance. Les muscles de certaines personnes étaient tendus en raison du fonctionnement fréquent, en particulier du mollet. La colle est la preuve contre les températures supérieures et vous l'utiliserez nike air flight huarache og qs dans des températures substantielles jusqu'à 176 degrés Fahrenheit.

Unknown said...

It's should be a nice thing to go fishing on this boat!!! To the center of the sea, enjoy the wind and sunshine, that's the best!


shaddockfishing

yanmaneee said...

adidas superstar
christian louboutin shoes
michael kors
nike air max
hermes birkin
fila shoes
yeezy 500
yeezy boost 350 v2
balenciaga
golden goose sneakers

Asmady said...

Jomm sertai saya di Langkawi, susuri sungai melihant sang helang menangkap mandi laut yg mendamaikan

thoathesl said...

my companymore helpful hints this pagethis post great post to readRecommended Reading

moda fitness said...

hello

Thats a very nice post, i say thank you for share your knowledge with us, very kindly.

Hope to read more nice article around here,

take care

Your follower,

Jack from Roupas Femininas no Brasil. Compre Moda Fitness Roupas Cross fit com estilo, qualidade e os melhores preços do mercado. Encontre calça legging, jaquetas e casacos, roupas e academia, ciclismo, cross fit, moda casual e muito mais!

Asrul botsewagta said...

Memang mantap terbaik bosskuu....janji healing dan enjoy...heheh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.