Monday, January 24, 2011

Sisipan Joran - 23 Jan 2011



Salam, Credit dan ucapan setinggi tinggi penghargaan kepada Wartawan Sisipan Joran (Berita Harian), Saudara Zulhilmi Hat diatas bantuan dan peluang yang diberikan. Cerita lama nih, baru kesempatan untuk berkongsi dengan rakan lain.

Akhbar Berita Harian : Sabtu, 23 Januari 2011
Laman Sisipan Joran : Jejaki Naga Bangkok




GODAAN untuk merasai kepuasan memancing ikan bersaiz bapak budak boleh membuatkan kaki pancing tegar seluruh dunia bertukar menjadi pengembara dan tidak lokek berbelanja asalkan hobi itu terlaksana. Faktor itu juga mendorong pengusaha kolam pancing di Thailand kini berlumba-lumba mengisi kolam mereka dengan spesies ikan besar iaitu Arapaima Gigas kerana mengetahui kaki pancing yang suka melayan ikan besar terlalu ramai di pelusuk dunia ini.

Buktinya jelas, kaki pancing tegar dunia akan segera berhimpun ke sesuatu lubuk yang terdapat ikan ganjil yang besar seperti yang dilakukan oleh pengusaha kolam pancing di Thailand ketika ini. Berita yang tersebar itu cepat melekat ke telinga Fahiz Hussin yang terus mengatur trip bersama Team D7L dan Kelab dikenali COFA berkunjung ke negara gajah putih semata-mata untk memancing ikan raksasa tinggalan zaman jurasik itu. Dalam misi ke kolam Bungsamran Fishing Pond (BFP), baru-baru ini, perjalanan 40 minit dari kota Bangkok menuju ke kolam itu, mereka terkejut apabila melihat kaki pancing seluruh dunia turut hadir mencuba tuah menjinakkan spesies tinggalan zaman dinasour itu.

Wednesday, January 19, 2011

Flourocarbon, Monofilament dan shock leader

Rasanya dah lama teka teki ni bermain diminda, nak tau juga sebab apa flourocarbon ni lebih diminati oleh ikan berbanding leader yang lain(mengikut tempat). Jadi cari punya cari dapatlah disimpulkan seperti berikut.
Fluorocarbon adalah dua sebatian yang digabungkan dari unsur “fluorin” dan “karbon” dan kemudiannya disebut sebagai sebatian fluorocarbon. Pakar telah mendapati dengan pengabungan kedua dua sebatian ini dapat menghasilkan satu unsur yang lebih kuat dari monofilamen.

Manakala monofilamen hanyalah dihasilkan dari satu unsur polimer yang dicair dan diacu melalui lubang bersaiz standart untuk menghasilkan “mainline” monofilamen untuk pemancing-pemancing terdahulu. Percubaan untuk menghasilkan mainline yang kuat menyebabkan pakar mencampurkan sedikit peratusan carbon kedalam cecair “flourin” untuk mengubah komposisi asal zarah atom lalu terhasilah bahan baru yang dipanggil “Flourocarbon”.

Terhasilnya “flourocarbon” secara tak langsung juga menghasilkan ciri-ciri fizikal yang menjurus kepada unsur-unsur carbon seperti ketumpatan fizikal yang tinggi, kekuatan yang meningkat, indeks bias yang kecil, kekuatan tegangan yang rendah dan secara umumnya ia menjadikan sebatian ini lebih keras, berat dan tahan lasak. Ciri ciri ini sebenarnya memberikan kelebihan kepada pemancing sekiranya dibandingkan dengan monofilamen konvensioanal yang biasa berada dipasaran. Bagaimana?

Monday, January 10, 2011

Bungsamran- Bangkok

Salam, Pejam celik dah lebih 9 hari kita ditahun baru tahun 2011, sejak kebelakangan nih penulis rasa seperti tak cukup masa ja. Dengan trip trip yang telah disusun dan komitment yang akan datang harap-harap kesibukan akan beransur kurang apabila ke pertengahan tahun nanti.. 

Seperti biasa Air Asia yang menawarkan tambang murah dan mampu dibeli, perjalanan dari LCCT ke Survanabumi mengambil masa 2 jam.

Trip yang cuba dilaporkan ni juga merupakan trip penutup tahun 2010.. pada trip ke bangkok kali ini, penulis membawa bersama 10 pemancing dari Malaysia untuk mencuba di Kolam Bungsamran Di Bangkok. Rata-rata kebanyakan sahabat yang dibawa merupakan kali pertama menjejakkan kaki kesana. Dengan set up yang telah diterangkan dan teknik yang akan dugunakan kami telah menyediakan segala kelengkapan yang perlu kesana.

Shutle bus disediakan di lapangan terbang survanabumi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

There was an error in this gadget

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.