Thursday, January 21, 2010

Yamaga Atlas GT Series - Rod Review

Serba Sedikit makluman mengenai rod ini. Sumber dari http://www.orientalanglerstore.jp/product/1566 dan http://www.jignpop.com/atlasgt766.aspx

Selepas penggunaan dan asakan di Bungsamran, boleh la teman simpulkan sedikit review keatas rod ni. Ramai juga rerakan yang tertanya tanya berhubung prestasinya. Disini disertakan serba sedikit :-
  • Made strong with high elasticity- Tahan lasak dengan lenturan yang menarik disebabkan kadar elektiksiti yang tinggi.
  • Great lifting power- Mempunyai kuasa angkatan yang tinggi walaupun ia sgt elestik, ini kerana ia mempunya back bone yang sempurna.
  • Targets: Small to medium size GTs, bluefin tuna, and yellowfin tuna- Mempunyai kadar serapan tenaga yang tinggi sesuai untuk target ikan yang mempunyai kadar pecutan yang tinggi.

Wednesday, January 13, 2010

Jigging - Bah 2

Salam, lanjutan dari penerangan secara asas berhubung kaedah pancingan jigging - bah 1 pada post yang lalu disini aku cuba menerangkan sedikit lagi selepas aku mengharungi trip yang lepas. Ini kerana daripada aktiviti jigging yang dilaksanakan, aku mendapati terdapat 2 kaedah jigging yang di laksanakan pada trip kali ini.

1. Bottom Jigging


- Ikan sasaran terdiri daripada ikan yang mendiami dasar-dasar lubuk yang diteroka diantaranya ruby snapper, kerapu, kakap merah, moon fish dan ikan2 dari keluarga snapper dan bersisik.

Tuesday, January 12, 2010

Burma Bank - 24 Dis 2009

Penghargaan!!!
Trip kali ini disertai oleh Cikgu Shamwem, selaku organizer yang berusaha keras untuk memastikan semua ahli trip berpuas hati. Terima kasih organizer. Trip ini telah diatur dan diurus dengan baik. Ahli trip yang lain, Abang Lan, Mr Yeoh, Paksu Perda, Mr Gee, Amir, Nasir, Cikgu Isa, Wan, Mizi, Meri dan Shafie Banding sparring patner aku yang bersama sama mengharungi perjalanan dan trip selama 8 hari ni. Sesungguhnya alhamdulillah, banyak pengalaman yang dirasai dan dilalui bersama. Tidak dilupakan juga kepada ahli keluarga yang risau semasa aku berada disana dan "Mama" yang menjaga anak-anak selama trip memancing 8 hari nih. Terima kasih semua!!!!

Dari kiri Meri, Abg Lan, Cikgu Shamwem, Aku, Cikgu isa, Chef, Abg Pie, Wan, Mizi, Paksu Perda, Amir, Nasir,Mr Gee, Mr Yeoh.

Monday, January 11, 2010

Burma Bank - 23 Dis 2009

Lubuk terakhir - lubuk kerapu hitam

Salam, pada hari ke Empat dan hari terakhir tekong telah singgah ke lubuk kegemaran kaki bottom..mana tidaknya kedalamannya sahaja sudah mencapai 300m!, setengah "bangla"yang tak berapa betul termasuk MT750 teman, memberikan bacaan sehingga 450m..tak tau la mana satu betul..Hehe..nak turun jig? ada juga sekali teman cuba..spool SW20000FA yang dirasakan cukup menampung main line PE8 sebanyak 500m habis begitu sahaja..tak tau le cecah dasar atau tidak. Ber jig kan seberat 500g dibantu dengan arus deras Andaman sememangnya memenatkan.

Jigging bottom pada kedalaman 300m-400m dengan jig seberat 500g sememangnya memenatkan..

Jig Ok seberat 500g dengan mangsa seekor sniper pada kedalaman lebih 200m

Double srike kerapu hitam.

Dirasakan jig kerapu hitam ni agak mustahil, aku kembali semula dengan kaedah pancingan bottom, seperti biasa penyakit seperti trip yang lepas berulang lagi. Penyakit kehabisan bateri dan batu ladung muncul lagi..penat juga klau guna bangla ni nak kayuh macam manual..lagi satu masalah terbelit, seekor ikan naik habis 3,4 pemancing terbelit antara satu sama lain. dah terbelit tu ada main line yang kena potong, perambut di potong..ermm..malasnya nak wat perambut lain nih..

Triple strike di lubuk kerapu hitam.

Kerapu hitam dalam anggaran 30-40kgBest juga dapat peluk kerapu nih...hehe..

Mr Yeoh dengan kerapu hitamnya.

Abang Lan banyak menaikkan kerapu hitam, mana tidaknya, X9 dengan rod miya menjadi permainannya. Tahniah bang, banyak kerapu hitam tewas dengan senjata tuh..

Ada juga ruby yang tersesat dilubuk kerapu hitam ni..

Alhamdulillah dalam kesibukan bekerja dapat juga aku menyiapkan laporan akhir memancing tahun 2009 ni. Bersyukur ke hadrat ilahi kerana trip memancing ke Burma Bank 2009 berjalan lancar dan kami selamat sampai ke rumah masing-masing pada 25hb dis 2009.

Secara teknikal dan perinciannya berhubung review set pancingan, kaedah, masa dan perincian lain akan di kemaskini didalam post-post terkemudian. Tak sempat pula nak perincikan buat masa terdekat ini. Masa begitu terhad pula awal-awal tahun nih..Assalamualaikum..


Sunday, January 10, 2010

Jalan-jalan cari makan

Salam, sementara menghabiskan laporan trip untuk tahun 2009 nih, teringat pula aku dengan menu-menu yang telah dihidangkan oleh chef polaris pada kali ni, jauh beza dengan trip yang lepas dimana kami betul-betul kelaparan pabila turun dari bot.

Merisik punya risik, chef ni merupakan chef yang di iktiraf la. Penah bekerja di hotel sekitar Ranong dan di ambil bekerja untuk bot Polaris Gold. Tetapi masa takde pa buat di rumah, chef ni pun join trip polaris one kali ni..

Memang teliti dan detailing orangnya..

Menu malam pertama.

Menu malam kedua

Kerabu sotong.

Hehe..tapi yang ni dia pun tak berani masak..tak pandai katanya nak wat kari kepala ikan ni..kari kepala ruby ni disediakan oleh chef Perda..sapa lagi klau bukan disediakan oleh Pak Su Perda kita..hehe..memang kena dengan selera malaysia..

Dapat je YFT dah terpikir Shashimie..Chef sedang siapkan fillet YFT untuk shashimie..isi hitam dibuang tinggal isi merah nya sahaja..

Cicah plak ngan wasabe...berasap idung menusuk ke otak..perhhh...

Menu last sebelum turun dari bot..sempat juga mengalas perut..

Saturday, January 9, 2010

Burma Bank - 22 dis 2009

Pesta Tuna di Burma Bank

Salam, masuk hari ni hari ketiga kami di Burma Bank. Aksi siang harinya sama seperti hari semalam, ini kerana tekong masih tidak berpindah lubuk. Maka waktu siang dihiasi oleh ruby-ruby yang dinaikkan dengan aksi bottom. Aku yang dah kepenatan semalam hanya membantu apa yang diperlukan oleh Shafie. Rasa kemalasan yang tinggi untuk jig pa bila aku tengok jig 250g aku dibawa melayang didalam air.

Aksi bottom disiang hari, tekong masih duduk kat port nih, dah sehari setengah disini tapi ikan masih galak membaham umpan.

Aku mengambil kesempatan siang ni untuk berehat, mengharapkan malam ni untuk cuba memburu YFT pula. Aksi YFT semalam sederhanan sahaja, dalam selang setengah jam boleh la strike seekor. Harap-harap malam ni lebih meriah.

Cubaan untuk melontarkan jig seawal jam 8.00pm kurang mendapat sambutan, cubaan demi cubaan dibuat sehingga ke jam 12.00am..Kekadang hanya ikan-ikan cupak dan alu-alu membaham jig. Tuna masih belum kelihatan.

Kevlar 50 putus selepas menerima strike dari dasar..daripada gaya larian, ikan terdiri daripada kumpulan ikan yang bermain di pertengahan air dan mampu memecut laju. Takpe, kita tengok pas ni..

Kevlar ditukar kepada metal assist hook 2"..hehe, rasanya ada ikan boleh gigit putus benda alah ni tak?
Baru la naik mangsa yang selalu memutuskan kevlar, ikan ni rupanya..larian boleh tahan juga..ingatkan mama YFT tadi..

Cupak disini pun tidak memilih bulu, pa saja umpan dibahamnya. Jig luminus JM150g dengan metal assist hook.
Selepas jam melewati 1.00am, kelihatan beberapa ekor cumit kelam kabut dikejar predator dibawah. Dari pemerhatian kemungkinan kawanan tuna sudah memasuki strike zone..Cubaan pertama menggunakan set popping Yamaga Atlas PE6-8 digandingkan SW10000XG berpelurukan bulu rapia. Kaedah balingan ke kawasan permainan@ Kawanan ikan, biar seketika 5,6 saat dan karau laju. Cubaan pertama sahaja dah dapat menaikkan tongkol bersaiz sekilo dua..beberapa kali cubaan juga menghasilkan ikan bersaiz begitu. Dari pembacaan dipercayai ikan YFT bersaiz besar bermain jauh kedalam air. Maka teknik cast Bulu Rapia ditukar segera ke light Jig antara 60g-100g.

Jam 2.00am waktu tempatan - Cubaan pertama menggunakan jig Butterfly shimano 80g berwarna biru terus mendapat sambutan. Asyik dengan larian dan junamannya, set SW8000HG dan JM power Spell PE3-7 dapat bertindak balas dengan baik. Jam 2.00am bermula la pesta YFT di Burma Bank.

YFT bersaiz begini cukup banyak ketika ini. kadar tangkapan 5-10 minit setiap ekor dinaikkan..Puas dengan aksi larian dan junaman. Lagi-lagi dilayan menggunakan Rod aksi sederhana.Habis darah tuna dimerata-rata, sampai awak-awak pun malas nak simbah air diatas lantai. Meriah bagaikan "pesta" YFT.
Hehe...muka penat!!

Makin kesubuh YFT yang dinaikkan semakin kasar, apa yang seronoknya melayan YFT nih?

1. Ikan ni lazimnya datang dengan kawanan, campur kecil dan besar, campur YFT, BFT, dan dogthooth. Larian padunya hampir sama bagi ketiga-tiga spesis. Pemancing hanya dapat membezakan selepas ikan naik keatas bot.

2. Saat ketika strike, karauan laju perlahan diulang beberapa kali sehingga menghampiri bot. Lazimnya aku dah marking strike zone ikan didasar. Oleh itu didalam hati seolah-olah sudah dapat mengagak jig disambar didasar. Ketika jig dikarau laju dan perlahan, ikan akan membaham jig bila jig yang dikayuh tetiba perlahan dari larian laju asalnya.

3. Larian pertama selepas hook up lazimnya memuntahkan main line walaupun ikan ini bersaiz 3,4 kg sahaja. SW8000HG telah diketatkan dengan 50%-75% setting drag. Anggaran kekuatan setting drag 12-15kg!!. Disebabkan ikan terlalu frenzy, kami hanya Hook up dan push naik dengan cepat.

4. Push Up dan naik, mungkin setengah pemancing merasakan kami tidak melayan kekuatan ikan sehingga ke anzalnya. Tapi bagi aku, kepuasan sebenar ketika kita bertarung semasa ikan benar-benar sedang kuat, lazimnya 1st larian atau 2nd larian...larian2 seterusnya sudah dapat dibaca oleh pemancing. Hook up, Hold, Push, Pump dan Naikkan..5 Step bagi aku.

Seawal 5 pagi, Jig Butterfly shimano 80g diturunkan seperti biasa, karauan laju dan perlahan diaplikasikan..dirasakan jig menghampiri strike zone aku karau dan bersedia. Memang benar jangkaan, sesampai di strike zone ikan membaham jig..bezanya larian kali ini berbeza dengan larian sebelum ini. Tali Exoga PE 4 mencurah keluar, JM Power spell menahan asakan..dirasakan ikan didasar sedikit kasar, permainan di perkemas. Membiarkan ikan membuat larian agar sesampai menghampiri bot ikan dapat digancu dengan mudah.

Penantian Dogthooth akhirnya terjawap, Amir denga dogthoothnya bermata triple hook 3x..tapi mana mama dan papanya ya..

Selepas menaikkan ikan bersaiz kecil, barulah YFT bersaiz abang dan kakak memunculkan diri. Anggaran 7-10kg..Setting leader exoga 150lb dengan FG knot.

YFT yang terkasar diperolehi aku pada trip kali ni. Masih mengidam saiz papa dan mama..pencarian akan diteruskan insyaAllah..

Jam 6.00am waktu tempatan- Bila cahaya ufuk timur menampak diri ikan pun dah mulai kurang..Pabila ikan semakin kurang, Tekong yang sepatutnya berpindah jam 4.00am tadi menunda untuk bergerak ke lubuk kertang dah mula menghidupkan enjin.

Perjalanan menghala ke Timur ke Lubuk Kertang, 8 jam perjalanan untuk diharungi...nantikan aksi seterusnya Di Lubuk Kerapu Hitam..

Friday, January 8, 2010

Burma Bank - 21 Dis 2009

Hari ni masuk hari kedua di Burma Bank, lawak juga bila terkenangkan ada rerakan yang mengomel malam tadi dengan ketiadaan ikan di Burma Bank, ye la.."Kata ikan bertonne-tonne diBurma nih"..hehe dah masuk hari kedua seekor ikan pun tak naik-naik lagi. Malam tadi memang takde seorangpun berani keluar dari bot. Dengan angin dan ombak yang kuat, semua pemancing lebih senang mundar mandir didalam bot kemudian semua tidur. Mungkin kepenatan dengan perjalanan yang jauh sejauh 600km dari Pak Barra.

Rajin Engkarat melayan kami mengikat perambut, perambut utama 200lb dengan sub perambut 150 lb. Mata pancing rata-rata bersaiz 9/0,10/0 sahaja.

Jam 11.00am waktu tempatan - Tekong sudah berhenti dilubuk kedua. Aku dah masak dengan lubuk kedua ni. Musti dipenuhi dengan Ruby Snapper sahaja. Dengan kedalaman Souna 200m umpan diturunkan oleh rerakan.

Pak Su Perda memilih lokasi dihadapan bot. Melarikan diri dari sangkut menyangkut di belakang bot..hehe 1 pilihan yang baik.

Mai kita bottom dulu, satlagi baru kita main jigging lak. 2 mata kail berumpankan hirisan ikan tongkol diturunkan kedasar, MT750 menunjukkan bacaan 200m. Belum sempat 10 saat tanda-rtanda ikan membaham umpan kelihatan. Speed Mode digunakan untuk hook up..

Hehe...diantara orang terawal menaikkan ikan..Bagi geram kat member-member lain skit..hehe..Boleh tahan juga ombak pada hari kedua nih..tengok aksi ombak dibelakang tu..kekadang sama rata je ngan birai bot..

Turun lagi, tak sampai beberapa minit naik lagi seekor ruby.. Lesen Bottom telah dinaikkan, Reel bottom diserahkan kepada sahabat Shafie untuk teruskan..Apalagi, terus cekau set jigging untuk merasakan tarikan ruby melalui kaedah pancingan jig..cuba-cuba mana tau ruby sudi menjamah..

Cubaan kali pertama jig, set Jigging heavy digunakan dikuatiri main line tidak mencukupi sekiranya set medium digunakan. Habis separuh spool main line keluar. Jig diturunkan sampai kedasar, karau 10 kali kemudian jig dilepaskan kembali, kaedah jig ini diulang-ulang beberapakali.

Beban jig 500g + Panjang main line 200m + main line PE8 = *@%&*#@**!#...hehe...puas bila naik ruby menggunakan jig..

Jig Cap ayam ja..rabitt apadah lupa nama...hehe 500g.. 3 ekor strike..masuk 4 ekor putus bila spesis ikan tak dikenalpasti hook up masuk ke tempat persembunyian..

Pastu terpaksa la tukar kepada jig 250g plak waktu petang, nasib la air beransur tenang..kena juga walaupun main line dilepaskan jauh kedasar dihanyutkan air..Kali ni try sw8000hg digandingkan dengan JM Power Spell PE3-7. Lagi terasa kepuasan sebab aksi bend PE3-7 yang lebih cantik..

Double strike ruby, Galak juga ikan ni makan diwaktu petang..seharian hasil jig dapatla 6ekor..selepas tu aku pun dah kepenatan. Mana bleh lawan dengan bangla yang dapat menaikkan berbelas ekor dan ada yang berpuluh ekor..tapi jigging still terasa kepuasan maksimunya..

Selepas sessi jig, disemak jig Assist..huh..memang teruk diasak nampaknya..maka jig assist ni pun ditukar untuk mengelak berputih mata nanti..Solig ring owner saiz 9, Keflar 50, dan jig hook saiz 28.

Sessi malam beberapa ekor YFT bersaiz 3-5 kg dapat dinaikkan. Renangan yang laju mampu memuntahkan main line walaupun baru bersaiz budak tadika..mana la mama dia ni..tak sudi ke membaham jig yang dihidangkan..hari pertama aku lebih gemar menggunakan jig luminus bersaiz 100g. Cast jig dan berjaga-jaga bila jig menghampiri bot..peratusan dibaham tinggi bila 10-20m jarak jig dari bot.

Tongkol ni pun sudi membaham jig..tak padan kecik..larian boleh tahan juga..sesuai dilayan denga reels aksi ringan atau sederhana.

Sememangnya kepenatan jigging hari kedua ni begitu terasa, lenguh habis lengan dan bahu ni gara-gara mengayuh beban set berkilo ni..tapi kepuasan lebih terbayang, puas ketika kita terasa jig dilarikan ikan dan kepuasan terasa semasa karauan sedang dilaksanakan.

Aksi hari ketiga dirasakan lebih meriah..aksi jigging tanpa henti dari 2.00am - 6.00am...hehe..

Thursday, January 7, 2010

Burma Bank - 20 dis 2009

Muara Ranong.

Seawal 7.30 am aku menerima panggilan dari cikgu Shamweem, Rombongan dari Pak Barra telah sampai ke Ranong dan sedang bersarapan pagi. Aku yang sudah cukup rehat terus berkemas dan check out.

Huh..ingatkan bot nih..hehe..bila la tuan dia nak bagi sewa bot ni lak..

Pengangkutan utama di Ranong, Bot ekor biawak, tp guna enjin lori..

Bertemu lagi Polaris One
Trip kali ini disertai oleh - Dalam gambar dari kiri Cikgu Shamweem, Abang Lan, Aku, Mr Yeoh, Paksu Perda, Mr Gee, Amir, Nasir, Cikgu Isa, Tiada dalam gambar Sahfie Banting, Wan, Mizi, Meri

Pandangan belakang bot, luas dan selesa.

Pandangan hadapan bot..juga luas, tp kurang selesa..hanya handrail penyelamat..hehe

Captain merangkap tekong - Mr Engkarat

Sessi Gotong Royong up load barang sebelum berlepas ke lubuk pertama

Polaris meninggalkan jeti dengan 13 pemancing.

Barisan senjata yang dibawa, Command X4,X6,X9, MT750, Sw20000FA, Saltiga6500Z, Accurate SR60, SW8000HG, Sw8000PG,SW10000XG, SW18000PG

Sekali lokasi tempat tidur yang sama dengan trip lepas. Dibawah.

Cuaca yang baik dan cerah mengiringi ke Burma Bank.

Sessi persediaan memancing, setup kelengkapan dan penyediaan perambut & leader.

Chef yang bertugas kali ni. Berbeza dengan trip yang lepas. Memuaskan : 5 Star

Perjalanan ke lubuk pertama mengambil masa 12 jam, tapi kami tidak dapat menurunkan umpan kerana keadaan oleng dan ombak yang kuat, anggaran setinggi 3,4 meter. Maka malam pertama dihabiskan dengan tidur. Selepas jam 5.00 pagi keesokkan hari Bot Polaris meredah lagi 8 jam untuk ke lubuk kedua, Secara matematiknya 20 jam perjalanan dengan kelajuan 10knot, jumlah jarak perjalanan lebih kurang 200batu nautika telah diharungi.. Tunggu aksi-aksi hari kedua di Burma Bank.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

There was an error in this gadget

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.