Thursday, October 29, 2009

Trip Layaran Merchong

Salam, disertakan serba sedikit perjalanan trip layaran yang lepas. Aktiviti apollo kurang mendapat sambutan walaupun kelihatan kawanan ikan bermain disekitar bot. Berbekalkan lebih kurang 20 ekor ikan selar, itu pun selepas berhempas pula mengapollo 2 jam dan kami terus bergerak ke lokasi pertama kawasan permainan layaran selepas matahari mula naik meninggi.


Dari atas kiri : Black, Fadzil, Am, Fahiz dan Is Adnan berposing dengan ikan layaran yang diperolehi

Umpan selar yang masih cergas di cacap kemas dengan mata kail Circle Mustad bersaiz 5/0 dengan penggunaan perambut sepanjang 2 depa berkekuatan 60lb bagi persediaan pertarungan nanti. Disebabkan spesis target ini gemar bermain dipermukaan dan ditengah kedalaman air, teknik Floating atau apongan digunakan. Teknik menggunakan belon ini diaplikasi bagi memikat spesis ini untuk menjamah umpan yang dihidangkan.

Seawal 11.00am Fadzil menerima sambaran pertama dan larian beberapa saat berserta aksi akrobatiknya mampu membuatkan pemancing berputih mata. Dengan sekali lompatan ke udara mangsa dapat meloloskan diri. Sekitar jam 11.30am Fadzil menerima satu lagi sambaran, tetapi kes rabut terjadi lagi . Ikan berjaya meloloskan diri selepas memperlihatkan susuk tubuh sewaktu terbang diudara.

Jam Menunjukkan 12.00pm, semua pemancing kelihatan resah bila mana seekor ikan pun masih belum menampakkan hasil. Tekong yang melihat akan keadaan air yang semakin lenang mula mengarahkan kami mengarau pancing untuk berpindah lokasi. Selang beberapa minit tiba dilokasi kedua tepat dikawasan permainan layaran. Pada kali ini balon tidak digunakan. Hanya driftkan umpanan ke belakang bot sambil menunggu dengan debaran. Selepas melepaskan umpan drift, aku yang baru hendak meletakkan pancing ke dalam rod holder merasakan pergerakan kasar dihujung pancing.

Memang tepat sangkaan aku, ikan mula melarikan umpan. Aku bersiap sedia menegangkan saki baki "Main Line" yang telah terlebih dilepaskan. Apabila "main line" betul betul diyakini tegang aku cuba membuat satu hook up.

Risau tragedi yang terjadi pada padil berulang. Aku Hook Up berberapa kali. . Pergerakan yang sentimental pada mulanya menjadi larian padu dengan spool memuntahkan tali keluar walaupun drag telah diketatkan 70%. Ikan yang merasakan mata kail menembusi mulutnya mulai meronta dan melakukan aksi akrobatiknya berulang kali

Aku hanya mampu bertahan sewaktu ikan mula melakukan larian. Terima kasih kawan-kawan yang memberikan sokongan. Ikan layaran lebih gemar menggunakan kelajuaannya untuk memecut dipermukaan air daripada junaman. Ini memberi keselesaan pada pemancing kerana dapat melihat pergerakan dan hala tuju layaran dihujung tali. Berbekalkan set Stella sw8000 digandingkan dengan jigwrex pe5 dan main line Exoga PE4, aku melayan pertarungan layaran dengan penuh debaran. Risau dengan kelicikan dan kekuatannya yang mampu membuat pemancing berputih mata.

Aksi Akrobatik dengan larian demi larian. Memang mendebarkan.

Junaman kembali, selepas 15 minit perlawanan.

Ikan yang mulai lemah dapat ditarik menghampiri bot. Alhamdulillah, dapat juga ditewaskan selepas 20 minit pertarungan yang penuh dengan debaran.

Speksifikasi Tangkapan : Ikan Layaran
Anggaran Berat : 20kg-30kg
Reel : Stella SW8000HG
MainLine : Exoga PE4
Rod : Jigwrex PE5
Leader : Exoga 80lb
Hook : Mustad Circle Hook Saiz 5/0
Umpan : Umpan Hidup Selar

Apabila ikan dinaikkan oleh tekong keatas bot perasaan getar mulai berkurangan. Alhamdulillah lesen layaran pertama dialam hidup seorang pemancing. Anggaran dari tekong berat layaran pertama dianggarkan seberat 20kg-30kg. Selepas bergambar layaran dilepaskan semula kelautan. Terima kasih layaran untuk perlawanan yang sungguh mendebarkan. Selepas layaran pertama, rakan rakan lain pun mulai bersemangat untuk memburu spesis layaran seterusnya. Tekong pergi ke lubuk seterusnya.

Nasib tidak menyebelahi Fadzil bila sekali lagi ikan licik dan berjaya mencuri umpan yang dihidangkan. Selepas berapa lama keadaan kembali senyap. Black yang mengambil tempat dibelakang mula menghulurkan umpan untuk menduga nasib. Ternyata percaturannya berjaya memikat sang layaran. Layaran yang membaham umpan yang dihidangkan terus menerus melarikan dan memuntahkan main line dari spool.

Berbekalkan Set Daiwa exceler oceanor 4500 dan rod abu conolon Premier 1 pcs 5'6" dengan main line pro tech 40lb menahan asakan dari sang layaran. Black..ni baru betul asakan dengan set baru nih..he he. "main Line" ditarik terus menerus tanpa henti. Dikuatiri simpanan tali didalam spool kehabisan, Tekong terpaksa menghidupkan enjin dan menggerakkan bot kebelakang untuk memberi bantuan pada black meyimpan tali.

Rod Abu One pcs di asak ke maksimum sehingga minit ke 20, namum ikan masih tidak menunjukkan tanda-tanda keletihan. Larian dan aksi akrobatik masih berterusan, menandakan layaran berpeluang mengambil oksigen untuk perlawanan yang panjang.

Hampir minit ke 40 black mula menunjukkan tanda-tanda kepenatan yang amat sangat dan minta untuk digantikan. Aku yang tengok pun rasa terseksa inikan pula orang yang menanggung beban. Fadzil dari tadi memang mahu membalas dendam dengan keculasan layaran terus menggantikan black yang kepenatan. Habis 5 kali layaran mengelilingi bot, cemas dan begitu kelam kabut dibuatnya. Masuk minit ke 60 layaran mula menampakkan diri. Patutlah perlawanan yang hebat dan panjang, rupanya Circle hook mustad saiz 5/0 tercacap kemas diatas kepala layaran bukan dimulutnya.

Speksifikasi Tangkapan : Ikan Layaran
Anggaran Berat : 30kg-40kg
Reel : Exceller Oceano 4500
MainLine : Pro Tech 40lb
Rod : Abu Conolon premier 1 pcs 5"6'
Leader : Xzoga 80lb
Hook : Mustad Circle Hook Saiz 5/0
Umpan : Umpan Hidup Selar

Layaran dengan 2 org pemangsa yang ganaz. Anggaran berat yang diberikan dari tekong sekitar 30kg-40kg, wah..lagi besar dari layaran pertama. Selepas bergambar, layaran diberikan bantuan pernafasan dan dilepaskan kembali kelautan. Tersenyum lebar black dan Fadzil . Tahniah Bro. 2 lesen layaran diperolehi setakat ini.

Dengan keadaan gelombang seperti ditasik, amat mudah bagi tekong mengesan dan mencari kawanan layaran.Tekong terus ke lubuk rahsia keempatnya..sesampai disana bot dikelilingi dengan 2,3 ekor layaran. Tanpa berlengah, Am,Is Adnan dan Fadzil terus melontarkan umpan masing-masing. Semua menunggu dengan penuh debaran, "main Line" Fadzil dibawa melawan arus menandakan ada makhluk yang sedang menjamah umpan yang dihulurkan, tali perlahan ditegangkan. Selepas beberapa saat Fadzil terus membuat Hook Up dengan sepenuh hati. Ikan Layaran yang terkejut terus beraksi dan pada kali ini mata kail tercacap kemas, sayang leader 80lb padil tidak mampu menahan asakan liar dari layaran lalu "tusstt". Kali ke Empat Fadzil kehilangan layaran tanpa sebarang perlawanan. Namun selang beberapa saat terdengar jeritan dari Am, Layaran, layaran...

Kali ini Giliran Am meneruskan perlawanan dengan Mangsa. Senjata yang digunakan Reel Exceller oceano 4500 digandingkan dengan Rod Custom yang disedia khas oleh angah sememangnya bagai pinang dibelah dua. Minit minit awalan sememangnya menggemparkan, layaran dengan aksi akrobatik memang mengasyikkan, Tarian yang dipersembahkan bagai memukau pemancing. Selepas aksi tarik tali, perlawanan berlanjutan sehingga minit ke 45 dan layaran menunjukkan tanda mula kepenatan.

Layaran dinaikkan kedalam bot oleh tekong, sekali tengok, mak ai..besarnya..raspek dan saspek ngan Am. Tahniah Am, besar sungguh hasil mu itu.

Speksifikasi Tangkapan : Ikan Layaran
Anggaran Berat : 40kg-50kg
Reel : Exceller Oceano 4500
MainLine : Pro Tech 40lb
Rod : Custom By Angah
Leader : Otomo 60lb
Hook : Mustad Circle Hook Saiz 5/0
Umpan : Umpan Hidup Selar

Sekali lagi sessi bergambar dilakukan, selepas bergambar layaran dilepaskan selepas diberi bantuan pernafasan oleh tekong. Anggaran berat yang diberikan oleh tekong adalah sekitar 40kg-50kg.

Penghargaan kepada Tekong Zamri yang rajin melayan keranah kami, memberi panduan dan tunjuk ajar bagi menjerat spesis layaran ini. Tidak dilupakan juga kepada Saudara Joran Panjang(JP) dan Bandang yang sanggup turun dari Muazam Shah untuk bertemu kami dan aturan trip yang baik. Kepada rerakan komplot Am, Fadzil , Is Adnan dan Black ucapan ribuan terima kasih atas komitmen yang diberikan. InsyaAllah tahun depan kami akan kembali kesana..

Nantikan Sambungan Post selepas ini.. Explorasi Merchong - Tangkapan selain layaran dan perjalanan trip Merchong. Terima Kasih..


Monday, October 26, 2009

Pre-view Trip Layaran

Assalamualaikum, sedikit laporan berhubung trip layaran baru-baru ini. Alhamdulillah, trip berjalan seperti yang dirancang. Penghargaan kepada rakan pancingan Joran Panjang dan Bandang atas susunan trip yang baik dan tidak dilupakan juga kepada En Zamri, tekong yang rajin melayan kerenah kami.

Laporan Penuh akan menyusul selepas sessi yamca bagi mengumpulkan semua gambar-gambar dari ahli trip bagi penyediaan laporan penuh.

Ahli Komplot

Terima Kasih Layaran untuk perlawanan yang sungguh mencabar.

Terima kasih buat semua sahabat perjuangan, Am - Champaing Lah, Black - memang ganaz, Padil - Hardcore betul le, Is - Menjadi-jadi..Pa pun trip nih memberi seribu satu kenangan. Terima Kasih Semua. InsyaAllah laporan penuh akan menyusul selepas ini. Terima Kasih.

Wednesday, October 21, 2009

Ramalan Cuaca dan Pasang Surut

Lanjutan dari trip yang akan dilaksanakan pada 23hb okt ni. Maklumat diperolehi dari Malaysian Meteorological Deparment berhubung keadaan cuaca di Lokasi Pancingan..lokasi secara tepat tidak diperolehi jadi 2 lokasi paling hampir dijadikan pedoman dan panduan bagi persediaan baju hujan dan kelengkapan yang sepatutnya disediakan.


Lokasi dikuantan menunjukan cuaca baik diawal pagi dan thunderstorm dibelah petang

Manakala di lokasi pulau Tioman menunjukkan cuaca baik dibelah pagi dan petang

Pasang surut air tidak menunjukkan perbezaan pasang surut yang besar. Perbezaan hanya sekitar 0.4 meter dari jam 7.52 am mula pasang pada paras 1.30m dan mulai surut jam 11.57am pada paras 1.70m. Maka pergerakkan air adalah perlahan.

Friday, October 16, 2009

Trip Cobaan Layaran - No 1

Salam sejahtera kepada semua sahabat pemancing yang mengunjungi blog ni.. insyaAllah pada tanggal 23 Hb Okt ni aku dan 4 orang lagi komplot akan mencuba destinasi pancingan disebelah laut cina selatan di Daerah Rompin atau lebih tepat di Merchong bagi mencuba mendapatkan spesis target iaitu ikan layaran.

Selepas pencarian demi pencarian dan penetapan tarikh dengan tekong Zamri kami dapati layaran keluar bermusim di perairan tersebut dengan mula memasuki perairan rompin sekitar bulan jun hingga bulan okt. Keputusan bergantung sepenuhnya kepada nasib dan rezeki ahli komplot.

Ada juga beberapa trip sebelum ini yang dilaksanakan olah pemancing luar gagal memperolehi target seperti yang diidamkan. Ini kerana ia bergantung 80% keatas cuasa, ombak, pasang surut dan kumpulan ikan yang bermain diperairan tersebut. Oleh itu aku selaku organizer trip pada kali ini dengan percubaan kali pertama menamakan trip kali ini dengan "Trip Cobaan Layaran - No 1".. sekiranya tidak ada rezeki pada kali ini insyaAllah tahun depan kita repeat lg. No2, No 3 sehingga berjaya InsyaAllah..



Lokasi Merchong dan area pemburuan layaran

Dipetik dari MFN Layaran Rompin 2008/update2009 hasil nurkilan dan maklumat dari dan laporan mancing sebelum ini oleh saudara Joranpanjang di
http://9w2joranpanjang.blogspot.com/

Tips menduga layaran..

Set
Set sederhana dengan tali berkekuatan 40lb dengan rod berkekuatan PE 3-4 sudah memadai untuk keseronokan melayan..Namun tak berapa digalakkan sebab kebarangkalian layaran akan mati besar kerana terlalu lama bertarung.So kita boleh gunakan set yang agak medium heavy sikit supaya cepat di daratkan dan tidak mendera ikan.

Mata Pancing
Mata tunggal Circle Hook jenama Owner saiz 5/0,6/0,7/0 disyorkan kerana ia kuat dan mudah tercangkuk kemas di mulut layaran yang keras tu..selain tu J hook saiz 5/0,6/0,7/0 juga boleh digunakan.Tak perlu menggunakan dawai/kabel kerana mulutnya tak mampu memutuskan perambut kita kecuali tenggiri /barracuda yang baham..Perambut berkekuatan 40-70lb florocarbon digalakkan sepanjang 2-3 depa dari cili/snap.

Kaedah dan teknik
Belon pula tambah 1-2 depa dari cili/snap bergantung kepada keaadaan air.Biasanya layaran banyak bermain dipermukaan air bila laut lenang dan mudah dijinakkan waktu ini.Kalau laut kuncah/ berombak..
kebarangkalian untuk kita mendaratkannnya kurang.
1. sebab kita tak dapat tengok kelibat/layar dia bermain di permukaan air. so senang kita terus tuju je kearahnya.
2. Layaran akan bermain di bawah permukaan air...(kita tak tau sedalam mana dia berada ).
Ada ketikanya perambut sehalus 40 lb terpaksa digunakan sebab ikan culas ...tetapi semuanya adalah razeki...

Tentatif aturcara perjalanan..
23 okt 2009
12.00am - Jumpa di MPAJ loading barang ke 2 kenderaan
1.00am - Bertolak ke Merchong
3.30am - singgah minum di LPT
6.30am - sampai Ke merchong
7.30am - Menaiki Bot
7.30am-5.30pm - Appollo, jigging, driffting, flooting, bottom (ikut Keadaan)
5.30pm - Balik ke jeti
6.30pm - Unloading barang
7.30pm - bersiap balik KL
8.00pm - Makan Mlm
9.00pm - Bertolak Balik KL

Maklumat tambahan.
Acara Bottom akan dilaksanakan merujuk kepada keadaan arus, arus terlalu laju bot terpaksa menurunkan sauh. Dan bagi tujuan asal pemburuaan layaran, bot akan sentiasa berada diposisi berhanyut. Oleh itu acara sampingan seperti jigging dan popping masih boleh dilaksanakan pada kertika ini. Acara appollo akan dilaksanakan diawal pagi untuk mendapatkan umpan segar. Di cadangkan ahli perserta dapat menyediakan beberapa set appollo bersaiz 12-14 untuk mempercepatkan pencarian umpan. Udang sebanyak 50 ekor akan dipesan kepada saudara Am. Ini untuk acaran sampingan menbottom apabila tiba masanya nanti.

Ringkasan Trip
Date : 23 Okt 2009
Vanue : Merchong
Tekong : Zamri
Ahli : Fahiz
Is Adnan
Fadzil
Black
Am
Teknik : Hanyut Belon
Senjata : Pe 2-Pe4

2 Org Reserve diperlukan!
1.
2.




Karen dari geng Xtreme Angler..layan guna setting apollo je..ada berani?


Wednesday, October 14, 2009

Ikan Layaran

Istiophorus platypterus

Didalam pencarian lesen Ikan layaran (Istiophorus platypterus) aku membuat beberapa pencarian maklumat berhubung musim, kaedah, umpanan, teknik dan berbagai data diperlukan untuk menjerat spesis ini.

Melalui pencarian maklumat ini,
didapati Rompin merupakan destinasi pancingan yang kaya dengan spesis layaran ini. Saban tahun, Royal Pahang Billfish International Challenge diadakan disana menandakan Rompin sungguh kaya dengan spesis ikan berparuh ni.

Layaran @ Marlin?

Di luar perairan negara, layaran banyak terdapat di Indo Pasifik dan sebahagian lautan tropika.Selain layaran, mersuji dan marlin adalah antara spesies ikan berparuh (billfish), iaitu kategori ikan yang dianggap kuat dalam sukan memancing.

Spesies ikan berparuh ini mempunyai kekuatan luar biasa, termasuk mampu mempamerkan kebolehan menyelam dan bergerak laju, melompat di permukaan air serta berdiri dan meluncur secara tiba-tiba. Golongan pemancing menyifatkan layaran sebagai spesies ‘game fish’ yang ganas, mencabar, kuat bertarung serta diletakkan dalam kumpulan pelagik. Fizikal layaran yang berbentuk panjang dengan satu paruh runcing dan tajam di bahagian depan. Struktur isinya berdaging mampat dan pejal atau kenyal. Isinya tidak mempunyai nilai pasaran yang tinggi tetapi ikan ini terkenal kerana tentangan hebat yang diberikan ketika memakan umpan pada joran.



Sebaris sirip lebar yang di bahagian atas badannya seperti kain layar yang memungkinkan ikan ini dipanggil layaran. Ia mempunyai insang dan rahang di bahagian bawah yang pendek berbanding rahang di atas yang dijadikan senjata apabila menghadapi lawan. Layaran memiliki mata pada kedua-dua belah bahagian kepalanya. Memiliki sepasang sirip dorsal dengan sirip pertamanya tinggi dan lebar berbentuk seperti layar. Sirip keduanya agak kecil dan pendek pada bahagian ekor. Pemancing berpengalaman dapat mengesan pertukaran warna ikan layaran sebaik didaratkan. Perubahan ini mungkin berpunca daripada cahaya matahari yang menyinarinya sebaik dinaikkan dari laut. Warna layaran biru gelap bercampur keputih-putihan. Layaran mudah tergoda dengan sumber makanan seperti anak tuna, krustasia, cephalopods dan ikan terbang yang boleh didapati dengan banyak hampir di semua perairan.


Malah kumpulan bilis, selar, kembung, lolong, selar kuning, kerisi, tamban dan selar kunyit yang dijadikan umpan oleh pemancing. Layaran memburu mangsanya dengan bantuan pedang tajam di bahagian hadapan kepalanya. Kehebatan layaran menarik peminatnya yang tersendiri, dengan mengawetkan ia sebagai bahan seni yang sangat menarik. Dipamerkan di dinding atau pepenjuru rumah.


Aksi Akrobatik yang hendak kita lihat..

Untuk post yang akan datang aku cuba untuk mendapatkan maklumat berhubung perkara dibawah semasa memburu spesis berparuh ni.
1. Teknik memancing.
2. Set Pancingan yang sesuai.
3. Masa terbaik.

Dan bagi persediaan trip layaran ni, tentatif jadual dan logistik akan diberitahu seminggu lebih awal kepada semua ahli komplot terlibat..

Ahli Komplot :
1. Fahiz
2. Fadzil
3. Iskandar
4. Black
5. Am

Reserve
1.
2.
2 bangku reserve disediakan seperti biasa.


Sunday, October 4, 2009

Ikan Kerapu/Kertang

Epinephelus lanceolatus

Gambar File

Sumber rujukan dari http://en.wikipedia.org/wiki/Giant_grouper

The giant grouper (Epinephelus lanceolatus), also known as the brindle bass , brown spotted cod , bumblebee grouper and as the Queensland grouper in Australia, is the largest bony fish found in coral reefs, and the aquatic emblem of Queensland, Australia. It is found throughout the Indo-Pacific region, with the exception of the Persian Gulf. The species can grow as large as 2.7 meters (9 ft) long, weighing up to 600 kg (1320 lb); there are unconfirmed reports of it growing much bigger. They are fairly common in shallow waters and feed on a variety of marine life, including small sharks and juvenile sea turtles.

This giant fish is similar to an Estuary Cod and colour changes with age. The giant grouper has a large mouth and a rounded tail. Juveniles have irregular black and yellow markings, while adults are green-grey to grey-brown with faint mottling. There are numerous small black spots on the fins.

Taburan Kertang (Sumber dari http://www.fishbase.org/Summary/speciesSummary.php?ID=6468)

Kerapu@kertang Montel

Diatas disediakan sedikit maklumat secara scientific berhubung spesis nie. Maka pada coretan pada kali ni aku nak berkonsi sedikit maklumat yang dapat diperhatikan semasa trip memancing tahun lepas ni. Pada trip itu, ikan kertang ni dilihat tidak takut untuk membaham umpan. Selepas seekor-seekor kertang dibawa naik secara berterusan dari pagi hingga petang. Ia seolah-olah segerombolan ikan yang sedang lapar berbaris menunggu umpan dijatuhkan kedasar.

Dari apa yang dilihat, kelewatan dikenalpasti ketika perambut pemancing bersimpul antara satu sama lain ketika menaikan ikan ini keatas. Bagi kertang seberat 10kg keatas sudah tentu masa yang lebih diambil untuk menaikkan keatas. Ini kerana penggunaan Bangla masih tidak memadai bagi menaikan terus monters ni dari dasar. Dikuatiri main line putus atau mata terkangkang. Ada juga kejadian ikan langsung tidak dapat ditarik oleh bangla yang dibawa. Lihat umpan dilarikan begitu sahaja...

Double Strike

Penggunaan perambut apollo bermata 2 bersaiz 7/0 @ 8/0 keatas , dengan saiz perambut diatara 150lb dan 200lb disarankan oleh tekong untuk menjerat ikan ini. Ini kerana permukaan bibirnya ibarat kertas pasir mudah memutuskan perambut bersaiz kecil. Berumpankan isi YFT yang ditrolling dan dijingging pada subuh hari mememangnya berkesan memburu spesis ni.

Menguruskan double strike
Lubuk berkedalaman diantara 100m hingga 300m menjadi kediaman yang subur bagi spesis ni. Adakalanya kejadian double strike memang tidak dapat dielak sekiranya umpan dilabuhkan betul-betul dilubang persembunyian kertang ini.

Em..kenapa tak cukup montel nie..




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.