Sunday, September 27, 2009

Ikan Tuna@Yellow Fin Tuna

Thunnus albacares

Sumber dari http://en.wikipedia.org/wiki/Thunnus_albacares
The yellowfin tuna (Thunnus albacares) is a type of tuna found in open waters of tropical and subtropical seas worldwide. It is also known as ahi tuna, from its Hawaiian name ʻahiʻ. The name ahi in Hawaiian also refers to bigeye tuna[2]. It is an epipelagic fish ranging in the top 100 m (330 feet) of the water column. Reported sizes have ranged as high as 239 cm (94 inches) in length and 200 kg (440 lb) in weight. Yellowfin is becoming a popular replacement for the severely depleted supplies of Southern bluefin tuna.

The second dorsal fin and the anal fin are both bright yellow, thus the common name, and can be very long in mature specimens, as are the pectoral fins. The main body is very dark metallic blue, changing to silver on the belly, which has about 20 vertical lines.

Yellowfins tend to school with fishes of the same size, including other species of tuna, and larger fish. They are often seen with dolphins, porpoises, whales and whale sharks. Yellowfins eat other fish, crustaceans, and squid.


YFT hasil tundaan helicopter

Melihat pemancing menaikkan puluhan KG YFT memang mengiurkan. Tp trip yang lepas tidak menemukan kami dengan mak bapaknya, hanya anak-anak dan cucu cicit YFT yang sudi membaham umpanan kami.

Rekabentuk badan tuna ni direka untuk mencabar kekuatan pemancing dan peralatan mancingnya. walaupun bersaiz 4,5 kg, ia tetap memberikan tentangan yang baik. Larian permulaan yang laju dan kemudian mengekori karauan pemancing memang memperlihatkan kecerdikan ikan ini.

Maka sudah tentu ikan ada sedikit kelebihan kerana mengajak pemancing bermain di birai bot dengan junaman-junaman akhir yang mendebarkan.

YFT hasil jig di waktu subuh
Hampir semua YFT yang diperolehi pada trip yang lepas, dijerat menggunakan jig seberat 200g keatas dan beberapat ekor di jerat dengan tundaan helikopter oleh bot. Ini memperlihatkan spesis ikan ini terdiri daripada spesis Game Fish yang mempunyai minat denga lure-lure tiruan yang dihidangkan dan ia juga mempunyai daya juang yang tinggi.

Takde yang bersaiz kasar, semua comel-comel belaka.

Seekor lagi YFT, cantik warna badannya..isi pun sedap.




Sunday, September 20, 2009

...SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...



JINGGING SUDAH,POPPING PUN SUDAH,
AWAL-AWAL BOTTOM MENGENA,
GENAP SEBULAN BERPUASA SUDAH,
KINI SYAWAL MUNCUL MENJELMA.


MEMANCING GT DIPULAU LIMA,
DISANGKAKAN GT RUPANYA KELI,
TANGAN DIHULUR MAAF DIPINTA,
BERSAMA KITA MAAF MEMAAFI.


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIRDILFITRI DARI

http://fahizhussin.blogspot.com/




Tuesday, September 15, 2009

Teknik Memancing Udang

Salam, setelah mengharungi satu trip memancing udang yang lepas bersama is dan Fadzil, dapat di catitkan beberapa pengalaman berharga yang dapat ditimba dari mereka. Ada beberapa aspek yang perlu diberi penekanan ketika hendak memburu spesis sepit biru ini. Oleh itu boleh disimpulkan bahawa Udang galah ni amat sukar dipancing sekiranya perkara-perkara dibawah ini tidak dipraktikkan semasa mencarinya.

Diantara perkara yang diberi perhatian adalah seperti berikut :-

a. Set Pancingan Udang Yang Disyorkan
Lazimnya set rancingan ringan berkekuatan 10lb kebawah dengan "Slow Action" sememangnya sesuai untuk pancingan udang. Ini kerana pergerakan udang semasa menjamu umpan amat sentimental. Main line berkekuatan 10lb kebawah juga memberikan kepuasan semasa aksi tarik menarik berlaku, lebih-lebih lagi yang mengena mata pancing adalah ikan. Bagi aku 3 set pancingan ringan sudah memadai digunakan untuk menjejaki jenggo, ini kerana ketika udang aktif memakan kadangkala tidak cukup tangan dibuatnya sekiranya menggunakan lebih dari 3 set pancingan.

Contoh set pancingan yang disyorkan
Reel : Bersaiz kecil 1000 kebawah
Rod : "Slow Action" 10lb kebawah dengan panjang tidak melebihi 6" agar mudah dikendalikan didalam bot.
Main Line : 10lb kebawah
Hook : bersaiz 5,4,3

b. Umpan yang digunakan
Penggunaan umpan yang segar dengan bauan diet udang yang kuat dapat menarik perhatian udang untuk menjamah umpan. Diantara umpan yang selalu digunakan untuk menjejaki udang adalah seperti berikut :-
Cacing Tanah, dikerat mengikut saiz mata pancing.
Umpun-umpun, penggunaan umpun yang telah dipotong-potong kecil

Anak udang@udang beras, udang beras yang dibuang kulitnya.

Selain dari 3 umpan universal diatas, ada juga pemancing menggunakan isi ikan sebagai pemikat dan umpan udang galah ini.

c. Kaedah penyediaan perambut

Matakail udang yang ada dipasaran (Gambar cetak dari KPN), aku gemar matakail jenis "e" kerana bukaan yang lebih pada hujung matakail. Selain itu, mata pancing jenis ini juga dapat di upload dengan umpan yang lebih.


Lazimnya perambut dengan mata hidup bersaiz 3,4,5 digunakan untuk menjerat udang galah. perambut ini dilihat praktikal kerana ia mudah digunakan didalam keadaan air yang berarus dan getuan kecil mudah dirasai di hujung pancing.

Penggunaan perambut mata hidup diatas juga telah dimodified dengan penggunaan matakail udang bersaiz 4 dengan ikatan 2 bentuk mata kedalam satu ikatan. Maka 4 bentuk matakail diperlukan untuk setiap satu set perambut batu hidup. Secara logiknya penggunaan set perambut pancing ini dapat memberikan persembahan umpan yang lebih meriah berbanding penggunaan mata tunggal sahaja.


d. Lokasi-lokasi yang berpotensi menjejaki udang galah
Udang-udang galah gemar bermain didasar sungai yang berstruktur untuk dijadikan tempat perlindungannya dari pemangsa yang ada disitu. Lokasi seperti dibawah pohon berembang dan pokok nipah dapat memberikan perlindungan yang baik. Selain itu lokasinya juga bergantung kepada bentuk geografi sungai yang bengkang bengkok, keadaan arus dan kedalaman dasar sungai.

e. Cara memancing
Lazimnya sekiranya sesuatu tempat didiami oleh sang udang, peratus udang menjamah umpan adalah tinggi, udang juga kurang sensitif dengan bunyi bising atau deruman bot. Apabila umpan dilabuhkan dan dibiarkan seketika, tunggu sehingga Rod Tip bergetar atau digetu udang. Aksi hujung rod yang dilihat seperti ditarik-tarik secara perlahan menandakan udang sedang menjamah umpan, biarkan seketika dan pegang rod dan rasakan bebanan kecil pada hujung rod. diyakini udang, sentap sedikit agar mata pancing tersusuk kemas dimulutnya. Udang akan beriaksi dengan jentikan-jentikan kebelakang, ini kerana udang yang meronta melepaskan diri akan melentikkan badan dan menghenjut kebelakang beberapa kali. Layan permainan udang dengan perlahan sehingga menampakkan sepit birunya kepermukaan dan terus jerk ketas bot.

e. Fakta-fakta menarik yang berkaitan.
1. Mulut udang terlalu lembut dan sensitif, layan dengan "slow and steady" untuk elak terlucut.
2. Pindah-pindah lokasi sekiranya kita tidak menerima cagutan disesuatu kawasan dalam anggaran masa setiap 15-30 minit.
3. Sebaik-baiknya memancing pada ketika air tidak deras terutama ketika air pasang besar.
4. Selain itu aku juga dimaklumkan oleh tekong bahawa suhu, kejernihan dan pasang surut air juga dapat memberi kesan keatas hasil keseluruhan tangkapan.




Monday, September 7, 2009

Trip Mengudang

Salam..di dalam kesibukkan seharian yang tidak dapat dibendung, rakan pancingan aku is dan Fadzil sempat juga meracun aku untuk turut serta didalam trip mengudang. Lokasi Sg Ulu Selangor berdekatan Kg Kuantan yang terkenal dengan lokasi kelip-kelip menjadi destinasi pancingan udang pada kali ini.


Tersenyum lebar apabila dapat menaikkan jenggo sebesar ni..Memang Karen, sepit birunya yang telah berlumut..


Keadaan air semasa kami sampai jam 930am..air surut dan sedikit deras.

Tekong kita En Fadzil dengan owner bot..sewaan pun murah dengan enjin 40HP.

Gaya seorang tekong@otai jenggo, Memang rajin tekong Fadzil ni, agak 10minit takde cagutan kita pindah!!,
Sepit biru yang disangka ikan pada mulanya..kuat jega melawan klau besar-besar begini..
Pelik tapi benar..keli di lokasi memancing udang..mungkin air dikawasan ni tak cukup masin lagi..sememangnya best melayan ikan dengan set udang lebih-lebih lagi dengan penggunaan mata kail udang, kena la layan sampai ikan lembik baru bleh naik. Sebelum ini tekong Fadzil juga terima ragutan ganas, mungkin penggunaan mata kail udang menjadi kelebihan ikan untuk melepaskan diri..tak pe lain kali kita repeat lagi la.

Is dengan seekor jenggo yang menjadi mangsanya..Terima kasih Is jadi "Anchor Man", lepas ni aku ganti tempat ko plak.
Udang lagi..letak makan-letak makan. memang best layan udang disini..

Sakit juga kena kepit dengan sepit birunya tu..

Tapi sememangnya trip mengudang kali ni memberi kepuasa, walaupun masa menyemburui aku tapi tetap puas tersenyum dengan hasil yang 5 Star. Sekalung terima kasih kepada 2 sahabat pancingan yang rajin melayan kerenah aku semasa trip ni. Terima Kasih daun keladi ada masa bleh pergi lagi..Insyaalah sekiranya ada sedikit kelapangan aku cuba terangkan serba sedikit teknik dan kaedah yang digunakan didalam trip ini untuk menjerat udang..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

There was an error in this gadget

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.