Sunday, August 30, 2009

Ikan Ruby Snapper

Sudah lama benar rasanya aku tak turun ke laut ni..jadi penulisan mengenai hasil-hasil yang terdahulu sekurang-kurangnya boleh mengurangkan sedikit ketagihan memancing ni. Maka gambar-gambar lama mula diselongkar semula..Buat beberapa species yang diperolehi pada masa trip-trip sebelum ni boleh la aku mendapat 3,4 pos yang baru didalam blog nie sementara menunggu ke trip seterusnya dijangka pada awal bulan Disember nanti.

Etelis carbunculus


Gambar File

Sumber data dari (http://fishdb.sinica.edu.tw/2001new/english/efishpic_LR.asp?gen=Etelis&spe=carbunculus&science=&id=)
Character: Body relatively elongate. Head small, eye large; interorbital space flat; lower jaw slightly projecting; a single row of conical teeth in jaws, usually 1 or 2 pair of enlarged canines anteriorly; maxilla scaled, extending to below middle of eye; vomerine tooth patch narrowly V-shaped; gill rakers on lower limb of first gill arch (including rudiments) 11 to 14. Dorsal fin with X spines and 11 soft rays; anal fin with III spines and 8 soft rays; pectoral fins with 15 to 17 rays; dorsal and anal fin bases scaleless; caudal fin forked. Scale rows on-back parallel with line. Colour: mainly pink to red, becoming white on lower sides and belly.


Habitat: Inhabits rocky bottoms at depths between about 90m and 300 m Feeds on fishes and larger invertebrates such as squids, shrimps and crabs; also takes planktonic organisms, including pelagic urochordates.


Distribution: Widely distributed in the tropical Indo-Pacific Ocean from the Hawaiian Islands to East Africa, and from Australia northward to southern Japan. It is found in eastern and southern Taiwanese waters.

Taburan ( Sumber dari http://www.fishbase.org/summary/speciessummary.php?id=87)

Diatas diterangkan secara scientific berkenaan jenis ikan ni. Tetapi aku cuba buat sedikit penerangan berhubung keadaan dan situasi semasa aktiviti pancingan Ruby ini dibuat. Lokasi pancingan terletak lebih kurang 10 jam perjalanan dari Bandar Ranong. Dilihat didalam sonar, permukaan laut di kenalpasti berbukit dan berjurang dengan kedalaman diantara 100m dan tiba-tiba ke kedalaman 300m.

Kaedah perambut apollo bermata 2 saiz 4/0 keatas dengan leader berkapasiti 150lb-200lb dan berumpankan ikan sardin seekor digunakan untuk menjerat spesis ini. Rasional penggunaan mata dan perambut kasar digunakan bukanlah kerana kekuatan ikan ini melawan ketika strike.

Tetapi ketika ikan sedang frenzy makan, luka dileader akan memberikan kesan pada leader yang halus dan selalu perlu ditukar. Ini lebih-lebih lagi ikan disana tidak memilih bulu untuk membaham umpan walaupun dengan penggunaan leader dan mata kail yang besar.

Selera dan cara meragut umpan dilihat menghampiri ikan kerapu atau kertang yang gemar membenamkan diri pada peringkat awal sahaja. Selepas pemancing berjaya menarik keluar mangsa dari tempat persembunyian, ikan mulai lemah dan rata-rata gelembung udara keluar dari mulutnya.


Ikan Ruby ini juga dilihat berkumpulan dan tidak takut membaham umpan walaupun ada yang terlepas atau terlucut dari mata pancing. Ada kala pemancing dapat menaikkan 2 ekor sekali gus.

Friday, August 21, 2009

Resepi Pemancing - Stim Kerapu Bara

Salam..Ni percubaan pertama aku untuk beralih ke bidang masakan. Selepas seharian memancing sudah tentu pemancing kepenatan dan kelaparan. Menu yang dirasakan mudah dan cepat untuk dihidangkan diatas bot adalah stim kerapu bara ni.

Diantara bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut :
1. Aluminium Foil
2. Kuali bersama-sama penutup periuk untuk tujuan kukusan
3. Kicap ikan
4. Bawang besar
5. Halia
6. Bawang Putih
7. Cili Api
8. Garam
9. Gula

Cara Menyediakannya:-
Siang ikan, buang sisik, isi perut dan insangnya. Letakkan ikan yang telah dibersihkan diatas aluminium foil. Ikan dilumur dengan garam dan sedikit gula. Potong bawang, cili, halia, bawang putih dan cili api kemudian taburkan diatas ikan dan lebihan disumbat kedalam bahagian perut ikan. Kemudian tuangkan sos ikan tadi secukup rasa.



Bungkuskan ikan bersama-sama bahan tadi dengan alumium foil dan letakkan didalam kuali yang disediakan. Didalam kuali tadi, tuangkan segelas atau 2 gelas air untuk tujuan kukusan dan tutup dengan penutup periuk untuk mendapatkan stim kukusan yang diperlukan. Biarkan ia terkukus selama 20 minit dan memu yang disediakan telah siap untuk dihidangkan.

Sekian. Selamat mencuba








Wednesday, August 12, 2009

Review Rod Jigging - Jigwrex


Jigwrex ( Dipetik dari http://www.shimanofish.com.au/publish/content/global_fish/en/au/index/products/rods/Jigging/jigwrex.html)

Description
If you've half a mind to pull the heads off some big Kings, Amberjack, Samsom fish, Cobia, Giant Trevally or Dogtooth Tuna on jigs this coming season, check out the Shimano Jigwrex range at your local tackle store. There are eight rods in this formidable deep jigging lineup, five spin and three overhead, andeach is guaranteed to fish their designed line classes to the max.


The JigWrex blanks have a dual stage design, enabling the jigger to really work that heavy metal hard and get full value for his their efforts, but without epending huge amounts of energy in the process. Once hooked-up though, they have incredible power in reserve to stop big fish blasting their way back to the bottom.

The reel seats on JigWrex rods are all Fujis, and on the heavier models feature their Long Lock Nutts and seat rings that prevent the reel working loose while fighting fish. The guides are Fuji Silicon Carbides, with Fuji CMNST Tips, which are designed to minimise line wear and handle the strain that big fish hooked in deep water impose on fishing rod componentry. Along with eight coats of Chameleon finish and black bindings with gold and silver trim, these are both stylish, functional and powerful rods.
Construction
  • Fuji SIC guides and CMNST tips
  • Chameleon finish
Warranty
  • One Year Warranty (see Warranty Terms for more details)

Kenapa agaknya rod jigwrex ni menjadi pilihan?
Selain terdiri dari bahan pembuatan yang diyakini kekuatannya, harganya yang tidak terlalu mahal menyebabkan aku selesa gandingkan rod ini dengan reels SW8000HG. Set yang sesuai untuk teknik mengarau lure bulu dan jigging.

Dari segi keseluruhannya, aku berpuas hati memiliki rod ni ,selepas sekian lama aku survey di kedai-kedai pancing dan review-review yang dibaca dari rakan-rakan pancing yang pernah menggunakannya. Pemegang Eva bersama lurah-lurah grip yang disediakan selesa untuk gengaman dan aktiviti jig yang berterusan.

Sehingga kini digandingkan dengan reel SW8000HG dan hanya berjaya menaikkan ikan cupak berat diantara 4-6kg dengan menggunakan rod ni. Oleh itu review rod tidak dapat dibuat dengan tepat memandangkan kapasiti kekuatannya yang boleh menarik beban sehingga 27kg!

Cuma model yang dibeli ni tidak dilengkapi dengan Gamble, oleh itu aku dan menjalankan sedikit modifikasi bagi pertambahan gambel ini. Bermodalkan RM30.00,Gambel dapat dipasang kebahagian hujung butt rod dengan kemas. Ini penting didalam menyediakan tapak ke fighting belt dikemudian hari.

Sedikit review selepas penggunaan di lapangan.

Rod nie mudah dilentur, dirasakan ikan "Caranx sexfasciatus" sekitar 4-6kg tiada masalah untuk dikekang lariannya walaupun menuru ke tiang pelantar, larian strike ikan dapat diserap dengan baik oleh rod. Ini dapat meminimakan tenaga untuk "lifting" dan dalam masa yang sama bertahan untuk menunggu masa pemancing mula mengarau reels pula.

Tetapi ada sedikit kelemahannya ketika memasang dan selesai memancing, Butt join dengan "Long Lock Nutts" agak sukar dimasukkan kemas dan agak sukar dicabut selepas selesai memancing. Kilasan keatas rod akan menyebabkan defect pada ring-ring SICnya sahaja. Buat masa ni sapuan nipis oil@greese dapat mengatasi masalah nie.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.