Monday, July 27, 2009

Pasang Surut Air Laut - Bahagian 4

Air Mati
Bila dan bagaimana kita nak klasifikasikan air mati? Air mati berlaku pada umumnya bukan merujuk kepada air statik, ada juga berlaku pasang surutnya. Tetapi sekiranya kita memancing dimuara perbezaan pasang dan surutnya terlalu minimum sehingga kita seharian tidak perasan bila air dah penuh dan bila air surut sepenuhnya.

Untuk memudahkan penerangan kita boleh merujuk kepada carta fasa bulan bagi bulan mei 2009. Lazimnya air mati akan berlaku pada 5,6,7,8,9 hb hijrah dan 19,20,21,22,23 hb hijrah dan sekiranya merujuk kepada calender diatas tarikh-tarikhnya jatuh pada 30,31,1,2, 3 hb mei serta 13,14,15,16,17hb Mei 2009 dan keadaan air yang paling surut dikenali sebagai air Timpas pada 1 mei dan 15 mei.

Dan memancing pada ketika ni tidak disyorkan kerana air terlalu perlahan dan ikan dipercayai pasif pada ketika ni. Ini sedikit sebanyak memberi kesan pada persembahan umpan yang pasif oleh pemancing dan seterusnya ikan tidak berminat membahamnya.

Pada ketika ini, air tenang dengan pergerakan arus yang perlahan. Ada disetengah tempat pada ketika ini ikan kurang bermain. Ini kerana ketiadaan arus menyebabkan ikan kecil berada dimerata tempat. Jadi lokasi spesifik tidak dapat di tentukan. Manakala disetengah tempat ikan galak bermain memandangkan pemangsa mudah mencari makanan.

Selalunya bagi pancingan muara ikan akan mula keluar ke kuala dan muka sungai untuk mencari makanan. Dan bagi pancingan ketengah laut, air yang mati juga kurang diminati kerana dengan keadaan arus yang perlahan dan dibantu dengan sedikit cahaya bulan, ikan dan pemangsa bertaburan dilautan mencari makanan.

Spot yang terbaik untuk memancing adalah dirumah-rumah dan sarang-sarang ikan yang dihuni oleh ikan mangsa dan pemangsa yang malas keluar untuk mencari makan.

Kelebihan memancing pada ketika ini air laut akan kelihatan tenang setenang air di tasik. Sesuai untuk kaki-kaki pancing yang baru berjinak-jinak untuk mencuba pancingan laut dalam.

Rumusan.
Dengan 4 penulisan mengenai air pasang surut ni hanya datang dari pengalaman aku yang tak seberapa ni maka sudah tentu ia akan berbeza dengan keadaan -keadaan diharungi pemancing. Keadaan musim monsun, angin ribut dan sewaktu dengannya langsung tidak diambil kira didalam penulisan ni.

Dan yang ketara adalah lokasi memancing, pergerakan pasang surut ni lebih terasa di Selat-selat berbanding di lautan terbuka. Oleh itu penerangan ni bukan la untuk dirujuk untuk semua lokasi pancingan.

Dengan sedikit ilmu pengetahuan pasang surut, tidak membolehkan atau menjanjikan hasil yang terbaik tetapi cukup sekadar aku mengagak beberapa perkara sebelum turun memancing terutamanya dilautan.

Diantara beberapa perkara tersebut adalah :
1. Saiz pemberat(batu ladung) yang bakal digunakan. Ini untuk mengelakkan kita terpaksa memikul beban yang berlebihan dan ada kalanya terkurang bawa pemberat pula.
2. Saiz dan panjang perambut.
3. Jenis-jenis umpan.
4. Lokasi yang dituju atau perancangan memancing yang boleh dibuat.
5. Saiz dan berat Jig, terutamanya untuk trip jigging.
6. Kaedah dan teknik pancingan

Adakalanya, semua telah dirancang, baik dari segi masa memancing, musim memancing, cuaca yang baik, umpan dan kaedah memancing yang baik, malah tekong dan lokasi yang baik. Tetapi tu semua aspek-aspek yang hanya boleh dirancang tetapi selebihnya bergantung pada rezeki pemberian dari Nya.

Monday, July 20, 2009

Pasang Surut Air Laut - Bahagian 3

Air Pasang Besar pada ketika Bulan Terang


Untuk memudahkan penerangan ni aku akan gunakan carta kalender diatas untuk bulan september 2005 yang disertakan dengan perkembangan pergerakan bulan bagi tarikh berikut.

Fasa air pasang besar ketika bulan penuh adalah merujuk kepada 13,14,15,16,17 hb didalam kelender hijrah dan ia merujuk kepada 16,17,18,19,20hb Sept 2005 pada tarikh berikut. Pada ketika ini, bulan disifatkan paling hampir dengan bumi dan tarikan graviti bulan menyebabkan fenomena air pasang besar bulan terang pada tarikh-tarikh berikut. Dan keadaan air bani berlaku pada ketika 18 september 2005.

Kebiasaannya ketika bulan terang ni, taburan ikan-ikan pemangsa juga bertaburan disekitar lautan kerana pada ketika ini anak-anak ikan dan udang boleh mencari makanan dengan mudah. Pada ketika ini juga tahap penglihatan ikan pada waktu malam lebih baik berbanding pada bulan gelap.

Ikan-ikan pemangsa lebih berhati-hati dan begitu aktif memburu mangsanya. Walaupun cahaya bulan dapat menyumbangkan kepada tahap penglihatan yang lebih baik. kejadian air besar atau dikenali sebagai pasang besar juga boleh membantutkan usaha anak-anak ikan ni keluar untuk mencari makan diluar ketika air menyunsong pasang dan menyunsong surut.

Ini kerana, perbezaan air pasang dan air surut mencecah sehingga 5,6 meter akan menyebabkan arus laut menjadi lebih deras. Bagi pemancing dilautan yang memilih tarikh ni untuk turun memancing, lokasi seperti karang, unjam, curaman dan kapal karam sering kali menjadi lokasi terbaik untuk pemancing menduga pada ketika ini. Ini kerana struktur ini dapat memberi perlindungan kepada ikan-ikan kecil untuk berlindung dari arus deras diluar.


Memancing dan kaedahnya..
Dan bagi memancing dimuara, ikan pemangsa gemar memburu dengan menyembunyikan diri ketika ini. Ini kerana pemangsa yang menonjol tidak mudah untuk mencari makanan, melainkan ia memburu secara berkumpulan. Pada tahap penglihatan yang baik ni, penggunaan gewang-gewangan, softplatic dan umpan-umpan tiruan mudah menjerat ikan-ikan pemangsa yang menunggu untuk mencari makan. Dilautan juga panggunaan jig luminus dan popper boleh digunakan dengan bantuan cahaya bulan untuk menjerat ikan didasar.

Tetapi bagi pancingan Bottom, pada tahap penglihatan yang baik ni, penggunaan leader yang camo atau florocarbon sepanjang lebih satu depa dapat membantu pemancing untuk mengelirukan pemangsa menjamah umpan. Penggunaan leader melebihi 1 depa lazimnya disertakan dengan penggunaan tanduk bagi mengelakkan leader bersimpul dengan main line apabila umpan diturunkan kedasar.

Selain itu penggunaan umpan hidup dan cergas juga dapat membantu untuk menaikkan mangsa didasar. Oleh itu pemancing dinasihatkan untuk menyediakan perambut dengan kemas dan penggunaan perambut berdiameter kasar amatlah tidak digalakkan.


Wednesday, July 15, 2009

Artikel Majalah - Sirip Bil 94

Terima kasih kepada Cip organizer merangkap penulis artikel dan wartawan serta merangkap sifu teman kerana buat pertama kalinya teman dapat mengabadikan gambar didalam majalah mancing no 1 di Malaysia..Majalah Sirip Bil 94 bagi bulan Julai 2009 - Merompak Burma Bank.

Post artikel di Burma bank untuk trip yang lepas..



Terima Kasih Cikgu Shamwem...

Monday, July 13, 2009

Pasang Surut Air Laut - Bahagian 2

Air Pasang Besar ketika Bulan Gelap


Air pasang besar ketika bulan Gelap- 27,28,29,30hb&1,2,3,4hb Bulan Hijrah

Pengenalan air pasang besar(Air Bani).
Lazimnya setiap hari akan berlaku pasang surut air. Tetapi air pasang besar paling maksimum(air bani) lazimnya berlaku sebulan 2 kali pada tarikh 15hb atau 1 hb setiap bulan Islam.

Dan air pasang besar pada bulan gelap berlaku tepat pada setiap 1hb setiap bulan Islam. Maka tarikh-tarikh seperti 27,28,29,30hb&1,2,3,4hb (dikira berdasarkan 3 hari awal dan 3 hari hujung) bulan Islam boleh juga diklasifikasikan sebagai berlakunya air pasang besar ketika bulan gelap.

Apa ada pada pasang dan surutnya?

1.0 Pancingan Muara dan pancingan Selat.
-Pada ketika air pasang besar perbezaan diantara air surut dan air pasangnya adakala boleh mencecah 5,6 meter. Keadaan ni akan menyebabkan air dimuara-muara sungai dan selat-selat berarus deras. Semakin besar beza pasang surutnya semakin deras arusnya. Keadaan arus yang deras akan menyebabkan air menjadi keruh.

- Selain air yang keruh ia juga membawa bersama segala sampah sarap, dari hulunya dan ini boleh membantutkan usaha untuk memancing muara. Pemancing terpaksa menggunakan batu sehingga saiz 10,12!!, besar tu untuk pancingan muara terutamanya pemancing yang memancing dari atas tebing. Kejadian arus deras juga boleh mengakibatkan pemancing terbelit sesama sendiri terutamanya untuk pancingan menggunakan bot.

- Ini turut memberi kesan kepada pemancing-pemancing yang memancing diselat-selat disekitar perairan malaysia. Ada kalanya batu 32 juga boleh dibawa arus dengan mudah. disini penggunaan bangla boleh memudahkan pemancing.

- Bagi pancingan muara dan pemancing yang menaiki bot fiber berenjin kecil, janganlah turun ke hilir sangat dan dikuatiri susah untuk meredah arus ketika air mula surut nanti. situasi ni juga dikenali sebagai menyunsong surut Dan pada ketika ini keadaan air yang berarus dan berombak kecil sudah memadai untuk memberi kesusahan kepada pemancing.

- Tetapi ini semua bukan alasan bagi pemancing memancing pada ketika ini, ada cara dan kaedah yang sesuai untuk memancing pada ketika ini. Dipercayai juga pada ketika inilah ikan-ikan kasar galak bermain. Dengan situasi diatas, ikan kasar dapat mengambil kesempatan untuk memburu anak-anak ikan pada ketika ini.

- Bagi pancingan Muara, dengan keadaan air pasang besar, tahap kemasinan air sungai juga turut bertambah terutama semasa air mula naik. Dan situasi ini dikenali sebagai fenomena menyunsong pasang dan didalam keadaan ini membolehkan pemangsa akan naik jauh sedikit ke hilir sungai untuk mencari anak-anak ikan dan udang. Oleh itu pemancing haruslah mencari lokasi yang sedikit jauh dari muka sungai atau muara untuk memancing. Dikatakan juga ikan-ikan muara juga begitu aktif memburu semasa keadaan air pasang besar ni.

- Selain itu, ikan akan mula rancak menjamah umpan pada ketika air mula tenang seketika dari penuh nak ke surut. Adakah ia dikenali sebagai pasang bunga? Pada ketika ini air kurang deras dan memberi peluang ikan untuk mencari makan. Kadang-kadang ia berlaku pada jam2,3 pagi..dan amat rugi klau pemancing sedang tidur pada waktu ni. Dan lazimnya keadaan ni berlangsung secepat 30 minit hingga ke beberapa jam sahaja sebelum ikan mulai kurang menjamah umpan.

- Dan dari segi persembahan umpan dan teknik pancingan juga dirasakan ada sedikit berbeza. Pada ketika air pasang besar, air sedikit keruh dan bulan gelap. Pendek kata penglihatan pandangan berkurangan. Oleh itu pemilihan umpan yang berbau, bersaiz besar atau berwarna amatlah digalakkan. Isi ikan, udang dengan mata merahnya atau umpun-umpun sesuai digunakan..tetapi sekiranya menggunakan umpan hidup pastikan umpan sentiasa berada didalam keadaan sihat dan aktif, rajin-rajin la tukar umpan untuk pastikan persembahan umpan yang terbaik untuk santapan ikan didasar.

- Manakala, dari segi persediaan perambut pula, lazimnya pada jarak penglihatan yang kurang ni, pemancing bernasib baik kerana tidak perlu pening memikirkan saiz leader dan aksesori yang harus digunakan. Cukuplah sekadar ikatan dan teknik yang betul digunakan. Dengan perambut kasar dan panjangnya yang kurang 1 meter masih sesuai untuk memancing pada ketika ini.


2.0 Pemancing pantai dan lautan
- Lazimnya pada pemancing pinggiran pantai, ikan-ikan pemangsa mula merapati pantai. Kawasan berbatu dan berteluk menjadi pilihan ikan pemangsa mencari mangsa.

- Pada pemancing yang memancing ke tengah laut pula, dengan keadaan bulan gelap, lampu bot yang terang benderang akan dapat menarik perhatian sotong dan ikan-ikan kecil untuk bermain berhampiran bot. Ini secara tidak langsung menarik perhatian ikan besar untuk turut serta didalam pesta lampu ni. Dari segi keadaan arus, pemancing ketengah laut jarang sekali merasai kesan pasang surut ni.

-Selain itu, ikan pemangsa juga gemar bermain dikawasan lubuk atau curaman-curaman yang terdapat didasar ketika air menyunsong pasang dan surut. Ini kerana arus yang laju menyebabkan anak-anak ikan pasif untuk bermain diluar kawasan permainannya. Ini memberi peluang pemangsa mencari makan disekitar kawasan tersebut. Oleh itu mencari lubuk dan curaman didasar memberi peluang kepada pemancing untuk memerangkap pemangsa yang bermain disitu.

- Dulu masa kecik-kecil selalu aku terdengar perbualan dipasar seperti ni, "skang ini ketam isi kurang sebab bulan gelap, klau nak puas mkn, beli masa bulan terang". Ada juga kebenarannya klau diikutkan dari segi logiknya. Ini kerana pada bulan terang mudah untuk ketam-ketam ni mencari makan. Allahualam..inilah bagaimana air pasang surut dapat memberi kesan keatas kehidupan akuatik didalamnya.

Monday, July 6, 2009

Pasang Surut Air Laut - Bahagian 1

Salam..tulisan ni dibuat adalah berdasarkan kepada pembacaan, pemerhatian dan soalan-soalan yang dilontarkan sama ada kepada tekong dan sahabat-sahabat pancingan. Maka ada kemungkinan fakta-fakta disini tidak tepat terutamanya merujuk kepada musim, cuaca dan lokasi-lokasi yang berbeza.Selain itu, aku hanya menggunakan terma-terma dari pemahaman aku sahaja.

Air pasang surut dijadikan oleh Allah bertujuan untuk mengimbangi hukum alam yang terjadi melalui rantaian makan hidupan akuatik didalamnya. Klau disebut pasang surut air laut, melalui pemerhatian, lazimnya ia berlaku 2 kali dalam sehari dan ada juga berlalu sehari sekali mengikut kepada hari-hari tertentu.

Mari belajar membaca jadual air..
Jadual 1, Bacaan Graf pasang surut air pada tarikh dinyatakan.
Menunjukkan paras air surut pada kedalaman 4 meter pada jam 6.00am, 18.00pm, 1.00am dan 12.00pm dan mencapai tahap pasang penuhnya pada ketinggian 10 meter. Pada jam 1.00am, 12.00pm, 6.00am, dan 18.00pm. Perbezaan hampir 6 meter.

Jadual 2, Jadual pasang surut dengan bacaan air. Lebih mudah dibaca.

Jadual menunjukkan pasang surut dalam sehari, ada dua kali ada sekali pasang surut menurut pada tarikh-tarikh tertentu.Contoh diatas pada 2 jun hanya ada sekali air surut.

Terlebih dahulu, Mengapa pasang surut ini boleh mempengaruhi dunia memancing. Bagaimana keadaan arus , Keadaan Ombak, dan kejernihan air lazimnya dapat diagak dan dianggarkan dengan hanya melihat kepada kelender Islam. Keadaan-keadaan seperti ini lah yang boleh membezakan hasil tangkapan pemancing.

Bagaimana ini boleh berlaku?


Gambarajah menunjukkan fasa-fasa bulan yang berlaku setiap hari.
Anak Bulan(1 hb Islam), Bulan Penuh(15 hb Islam) dan Bulan gelap(30hb islam)..ada misteri disebaliknya..
Dan didalam rutinnya, pasang dan surut berlaku setiap hari. Dan didalam sebulan ada kejadian yang turut dikenali sebagai air pasang besar yang turut dikenali sebagai Air Bani dan air mati iaitu surut paling minimum yang turut dikenali sebagai air timpas . Selain tu, ada juga term-term yang tidak dapat aku nak terangkan, mungkin akan dirungkai di kemudian hari.

Secara teori air pasang surut ni berlaku akibat daripada tarikan graviti bulan yang berlaku keatas bumi. Oleh itu, lebih mudah bagi kita untuk merujuk kejadian air pasang surut melalui tarikh-tarikh didalam kelender Islam kerana kaitannya yang merujuk kepada fasa-fasa bulan.
Gambarajah diatas menunjukkan bagaimana graviti bulan boleh mempengaruhi pasang surut air laut. Jelas gambarah diatas menunjukkan air pasang besar (air Bani) berlaku pada kejadian bulan penuh dan tiada bayangan bulan(tiada Bulan).

Maka didalam cubaan penerangan yang akan aku buat, aku cuba terangkan mengenai:
1. Air pasang besar pada ketika bulan gelap- Bahagian 2
2. Air pasang besar pada ketika bulan terang - Bahagian 3
3. Air mati dan pasang keling - Bahagian 4

Bagaimana keadaan dan situasi diatas dapat mempengaruhi dunia memancing?
lazimnya ia akan mempengaruhi situasi dan teknik memancing di 4 lokasi memancing dibawah..
1. Memancing muara
2. memancing Pantai
3. Memancing laut diselat-selat
4. Memancing lautan terbuka

2 link dibawah yang selalu digunakan untuk menyemak pasang dan surut air.
1. http://www.mobilegeographics.com:81/zones/:Asia/Kuala_Lumpur
2. http://www.kjc.gov.my/htdocs2/data/IDM26004.html

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

There was an error in this gadget

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.