Monday, June 29, 2009

Reel Review - Stella SW8000HG

Salam, disini di sertakan spesifikasi yang dikeluarkan oleh pengeluarnya..



Stella Specification
  • Paladin Gear Durability Enhancement with Low Wear Rate Pinion Gear
  • Propulsion Line Management System: Propulsion Spool Lip, SR One-Piece Bail Wire, Power Roller IV Oversized Roller with Overflange for the Ultimate in Line Protection, Redesigned Bail Trip, S-Arm Cam
  • Aero Wrap II Oscillation
  • Cold Forged Aluminum Spool: Proprietary Coating on Spool Lip is harder than a Ti coated Stainless Steel Spool Lip, Ceramic Coating on entire spool for extreme corrosion resistance
  • Diamond-Like Carbon (DLC) Coating on Line Roller
  • SW Concept: Sw-Water Resistant Body, SW-Assist Stopper (except 5000 size), SW-Water Proof Drag, SW-Lightweight Ergonomic Handle Grips prevent premature bail trip
  • SR Concept: SR-Balanced Body, SR-Slider, SR-3BB Oscillation, SR-Handle, SR-3-D Gear Design, SR-Floating Shaft, SR-Rigid Support System
  • S Concept: S-Rotor, S-Guard, S-Shield Roller Clutch, S-Arm Cam
  • S A-RB Bearings (Shielded A-RB)
  • Twin Bearing Drag
  • Super Stopper II
  • Stopperless Design (No Anti-Reverse Switch)

Carbon Grip
  • Septon Handle Grip
  • Direct Drive Mechanism (Thread-In Handle Attachment)
  • Fluidrive II
  • Maintenance Port
  • Aluminum Frame, Sideplate & Rotor
  • Dyna-Balance
Specification



Awal tahun 2009, pancing aku yang sedia ada, menerima ahli barunya dari keluarga shimano nie. Ini pun setelah ternanti-nanti model terkini dipasaran dan setelah survey di pasaran dengan kekuatan dragnya 25kg (sama dengan saiz 20k PG) dan dengan saiz yang kecil serta beratnya 605g membuatkan aku ingin untuk memilikinya. Dipadankan dengan Jigwrex menjadikan set ni set kegemaran aku untuk pancingan bulu..

Karauan dengan ratio 5.7 sudah cukup laju untuk karauan bulu di padang pancing. Bearing 14+1 benar-benar memberikan kelancaran yang diperlukan terutamanya ketika karauan laju. Knop dengan bentuk parabolik dan diperbuat daripada Carbon sememangnya memberikan keselesaan ketika mengarau. Boleh diklasifikasikan sebagai rekabentuk knop yang egronimik kerana ia seolah-olah bersatu ketika kayuhan dibuat lebih-lebih lagi ketika sedang bertarung.

8000 HG, 8000PG kenapa ada beza ye? HG atau highgear reels direkabentuk dengan gear ratio 5.7 dan PG dengan gear ratio yang lebih rendah iaitu 4.6. Kenapa shimano mengeluarkan pelbagai jenis gear bagi saiz model yang sama? Aku cuba rungkaikan walaupun tidak sedetail dan selengkap "explaination" dari pengeluar.

Dengan gear ratio yang tinggi 5.7, agak memenatkan untuk aktiviti jigging berterusan. Ia seolah-olah memandu kereta menaiki bukit dengan gear 4. Disyorkan bagi rakan-rakan yang berminat mencari reels untuk jigging agar mencari model PG dengan ratio sekitar4.6 sahaja. Kenapa?

Bagi aktif jigger, tenaga yang ada sewajarnya disalurkan semaksimum agar pemancing sentiasa berasa ringan semasa mengarau. Ini kerana Jig seberat 100g lebih berat ketika beraksi terutamanya dengan keadaan arus deras, ini tidak termasuk lagi dengan rintangan tali, leader dan jig keatas rintangan air.

Sekurang-kurangnya dengan penggunaan gear ratio yang rendah, ia dapat mengurangkan sedikit beban pemancing mengarau ketika sedang aktif jigging. Ini seterusnya dapat melanjutkan aktiviti jigging dari beberapa minit sehingga ke beberapa jam.

Manakala model 8000 HG yang bergear ratio tinggi ini dirasakan sesuai untuk aktiviti popping dan bulu. Ini kerana penggunaan lure jenis ini dengan rintangan air yang kurang serta ringan, ia hanya memerlukan karauan laju semasa menggunakannya. Selain itu, reel bersaiz 8000HG ini juga telah dipenuhkan dengan braided exoga PE4 dengan kapasiti sepanjang 350m dan dipadankan dengan joran JigWrex.

Lure bulu sememangnya memerlukan karauan laju sebagai penarik dan menarik perhatian pemangsa membahamnya.

Sehingga kini dengan penggunaan lure bulu rapia dengan ujian lapangan di bekok C, Stella SW8000HG, ni hanya diasak dengan kawanan Cupak sekitar 4-6 kilo sahaja, belum cukup untuk membuktikan kekuatan sebenarnya.

Monday, June 22, 2009

Review Rod Popping- Caranx Kaibutsu

Caranx kaibutsu long cast Model LC S8208

Salam dan selamat sejahtera, tak kenal maka tak cinta. Mari kita mengenali asal usul namanya dahulu,Rod Popping keluaran Shimano ni diberi nama Caranx kaibutsu:

Caranx merujuk kepada wiki bermaksud genus of tropical to subtropical marine fish in the jack family Carangidae, commonly known as jacks, trevallies and kingfishes, Manakala..
Kaibutsu yang disebut didalam bahasa jepunya pula dikenali sebagai Monster...

Oleh itu apabila kedua-dua patah perkataan ni dipertemukan "Caranx Kaibutsu" maka, boleh disimpulkan didalam bahasa melayunya disebut GTBagak!!.. Tp klau namakan GT Bagak..rasanya tak laku plak rod popping nie.

Disertakan sedikit penerangan yang diambil dari laman web shimano.
Caranx Kaibutsu Popping rods are designed for popping Monster GT, be it Boat or shore based Popping. These rods have extremely durable blanks that emphasizes on durability, power & castability. With the harsh nature of this sport, GT anglers appreciated how the rod is able to outcast other rods & yet have the power to stop GTs dead on their tracks. Choose from the different actions from the Caranx Kaibutsu range to suit your fishing styles.

Caranx Kaibutsu specsifikasi
Model NumberLengthNo. of PcsGimbalTop GuidesGuidesLure Weight (g)Line Wt (PE No.)Type
LP S7604 7ft 6 2 N CMNST CMNSG&CNSG 120 2-4 Spinning
PI S8406 8ft 4 2 Y CMNST CMNSG 150 4-6 Spinning
LC S8208 8ft 2 2 Y CMNST CMNSG 200 6-8 Spinning
DM S8012 8ft 2 Y CMNST CMNSG 300 8-12 Spinning
SM S7812 7ft 8 2 Y CMNST CMNSG 300 8-12 Spinning

Features yang ditawarkan
  • Fuji SIC Guides
  • Blank Direct to Reelseat Bonding
  • High Density Carbon fibre
  • Friction Groove
  • Butt Joint
  • Aluminium Gimbal
  • High Density Velvet EVA Grip
Klau kita lihat katalog atau specsifikasinya sahaja mungkin kita tidak dapat gambaran secara keseluruhan keupayaan dan keselesaanya pada pemancing. Oleh itu disini adalah serba sedikit review yang aku buat berdasarkan pengalaman penggunaan dan asakan yang telah dibuat.

Sedikit Review,
Kelebihannya..
1. Merupakan rod keluaran Shimano untuk tujuan teknik Popper, teknik yang memerlukan balingan sebagai senjata memancing. Dengan panjangnya 8" adalah mudah pemancing mencapai sasaran yang diidamkan.

2. Puas dengan balingan sekuat hati kesasaran. Selain itu juga, agak sukar bagi aku membuat pembandingan dengan mana-mana rod popping yang lain memandangkan ia satu-satunya rod popping yang dimiliki.

3. Ia juga dilengkapkan dengan fuji SIC guide sepenuhnya, sesuai untuk aksi tarik tali tanpa mencederakan main line ini kerana guide yang disediakan ini mampu menyerap daya geseran yang terhasil antara main line dan gegelang guide.

4. Dilengkapkan dengan aluminium gimbal dan ini memudahkan pemancing merehatkan rod ke fighting belt dan seterusnya dapat menahan asakan dengan baik.

5. Ia juga dilengkapkan dengan High Density Velvet EVA Grip, ini seterusnya dapat memberikan gengaman dan luas sentuh yang berkesan keatas handle rod ini. Selain itu ia juga dapat mengurangkan defect apabila handle ini diasak ketika rod berada didalam rod holder.

6. Pembuatanya yang terdiri dari bahan High Density Carbon fibre dan di joint kan dari Blank Direct to Reelseat Bonding dan ini seterusnya dapat memberi keyakinan sepenuhnya pada pemancing terutamanya semasa aksi "U" dihasilkan semasa perlawanan.

Kelemahannya.
1. Memandangkan rod ini bertujuan mengasak monster, penggunaan Lure sehingga seberat 200g dan keupayaan game 6-8PE kurang praktikal, maka boleh la disimpulkan disini Nisbah Berat rod dengan keupayaannya (Weight : Perfomance) diketegorikan sebagai sederhana sahaja.

Tetapi sekiranyanya kita lihat aspek ni dari segi kelebihanya pula, rekabentuk ni boleh diklasifikasikan sebagai satu rekabetuk yang "Overdesign" dengan kelebihan "safety factor" yang tinggi!!. Ini kerana penggunaan Lure popper sehingga 260g masih boleh ditanggung dengan lontaran yang baik ketengah lautan.

Dan kemungkinan ia boleh menanggung beban yang lebih sekiranya dipaksa..Ini tidak dapat dipastikan secara datanya kerana sehingga kini GT terberat yang telah didaratkannya seberat beberapa kg sahaja. Insyaalah pada trip akan datang rod ini akan berkerja lebih keras bagi memburu GT Monster yang sebenar.

Kesimpulannya.
Dengan beberapa kombinasi kelebihan dari spesifikasi yang utama diatas, ternyata berbaloi memiliki Shimano Caranx KAIBUTSU PE 6-8 long cast popping rod nie walaupun terdapat kelemahan yang harus diperbaiki oleh pengeluarnya. Adatlah tu, tiada yang sempurna dibuat oleh manusia.

Thursday, June 11, 2009

Kelong Pulau Sibu : Sotong Pengubat Duka

Salam..sedikit laporan di Kelong..

Lokasi : kelong Pulau Sibu- Kelong Ah Yu
Naik : Jeti Tanjung Leman 30 Minit Menaiki Bot
Jarak Perjalanan : 350km dari KL
Masa Perjalanan : 5 Jam dari KL
Bayaran : RM 150.00 sekepala
Kemudahan : Katil, Makan 4 Kali (Pagi, Tengah Hari, Petang Dan malam), Masa mandi bermula jam 5 Petang sehingga 11.00 Malam.
Kebersihan Kelong : B+
Layanan : B- (Umpan tidak disediakan)


Sotong Mengambang yang terbesar yang diperolehi..layan juga tarikannya menggunakan reals aksi ringan dan dapat dipikat dengan jig candatnya. Nasib ada sotong, tak boring menunggu ikan menggetu umpan. Menurut makluman yang diberikan olek tokey kelong musim sotong bermula dari bulan 4 lagi dan dijangkakan berakhir pada bulan 8..

Hanya seekor ikan todak sahaja yang diperolehi..dengan mengunakan kaedah drif berumpankan ikan hidup. Ikan mati tak dilayan langsung walaupun lalu didepannya..Ikan disini dah pandai memilih umpan agaknya.

Ikan-ikan karang, He he, bleh makan ke ikan nie? umpan roti je.

Black dengan hasilnya, Apollo hanya dapat menjerat ikan kunyit dan anak landok sahaja..mana perginya ikan selar dan tamban nie..Apollo yang diumpankan dengan isi sotong barulah dapat menaikkan ikan kunyit nie..
Am dengan apollo kunyitnya..jadila ye melayan ikan kecik..

Sotong 1st pada pukul 8.00pm..Sotong mula bermain apabila matahari mula terbenam dan kelong memasang lampunya. mula bermain pada pukul 8.00pm dan semakin berkurang pada pukul 2.30am.

Nasib le ada gerombolan sotong yang sudi melayan kedatangan kami. Pesta mencandat sotong di kelong Ah Yu. Boleh la menghilangkan boring menunggu ikan.
Black dengan sotong mata hijaunya..Diantara sotong mengambang dan sotong mata hijau yang diperolehi..Hasil sehingga pukul 11 pm..Candat dan sotong mata hijau.
Diantara jig candat sotong yang digunakan..dari kiri yang paling laris mendapat sambutan dan semakin kurang efectif kearah kanan..Jig paling kiri ni paling menyerlah pada waktu malam didalam air kerana warnanya yang paling cerah dibandingkan dengan jig-jig lain.mungkin kerana itu ia mudah untuk memikat sotong.
Sayang..ikan-ikan bottom yang selalu diasak dan semakin pandai memilih umpan..
Selamat tinggal kelong pulau sibu.

Postmortem trip memancing kelong pulau sibu :-
1. Ketiadaan ikan umpan seperti selar dan tamban merencatkan sedikit untuk memburu ikan pilihan.
2. Lain kali boleh la disediakan barang sekilo dua, umpan ikan dan jangan terlalu yakin umpanan ikan mudah diperolehi dikelong.
3. Black menerima beberapakali henjutan tetapi ikan pandai meluahkan mata kali..mungkin pengunaan leader yang tebal dan mata yang besar memberi kesan pada pemangsa untuk menelan umpan yang dihidangkan.
4. Pergerakan arus juga memainkan peranan yang penting didalam pancingan kelong. pergerakan air yang perlahan menyukarkan umpan floating dan drifting dilaksanakan.

Saturday, June 6, 2009

Penyediaan Mata Jig - Teknik Jigging

Assalamualaikum..masa persediaan aku untuk pergi memancing, sempat juga aku ambil gambar-gambar ni untuk mengingatkan aku kembali didalam persediaan mata jig dikemudian hari kelak..Sebenarnya teknik ni aku dapat cilok dari Cikgu Shamweem semasa trip bersama ke Burma Bank tahun lepas..Persediaannya begitu rapi sekali, pada masa tu aku hanya duk perhatikan dari jauh je..

Persediaan aksesori yang perlu dan akan digunakan, Mata kail no 30, Bearing Swivel, Solid Ring dan Hiper Wire

Selain Tu, Epoxy untuk kemasan, shrink tube Rubber , Braided 15ld(lebihan) Kevlar 50g.
Tools yang diperlukan, gunting, Player muncung tirus, Cutter dan player bermuncung "L" (Digunakan Untuk Buka Hiper Wire)

Mula-mula, Ikatkan mata dengan kevlar dengan ikatan pengukuhan Improved-trilene-knot & improved clinch knot


Ikat Lebihan Kevlar dengan simpulan Braided 15lb disekeliling Hook

Semak Kembali panjang kevlar dan masukkan shrink tube rubber sebelum Solid ring diikat dan dimatikan.


Sapukan Epoxy kebahagian ikatan agar ia lebih kukuh dan kuat.

Keringkan Epoxy selama satu hari, agar ia benar-benar kuat.
Susurkan shrink tube Rubber dibahagian ikatan dan bakar shrink tube rubber agar ia mengecut dan melindungi ikatan dengan lebih kemas dan kuat. Mata Jig sudah siap untuk digunakan.

Masukkan Solid ring kedalam Hiper wire yang telah di sediakan bersama-sama bearing swivel.

Jig yang telah siap untuk digunakan

Fakta Menarik Penyediaan Assist Hook untuk jigging.
1. Selain kaedah diatas, penggunaan "splicing needle" didalam penyediaan assist hook dapat menghasilkan hasil yang lebih kemas dan cantik.
2. Berhati-hati dengan penggunaan lighter didalam mengecutkan shrink tube rubber, sekiranya terlebih menyebabkan ia cair dan pengurangan kekuatan kevlar, dan klau tak cukup, ia mudah terlucut pula.
3. Selain lighter, hairdryer atau wap air panas juga boleh digunakan untuk mengecutkan shrink tube rubber tu.

Monday, June 1, 2009

Memancing Haruan

Salam..dah lama juga aku tak memancing haruan ni..perbezaan memancing ikan berkepala ular ni(snakehead) berbanding memancing pacu dan patin semestinya terletak pada kaedah pancingannya.. haruan yang sifat semula jadinya memburu lebih mudah dipikat dengan pengunaan umpan semula jadi seperti katak, cicak dan anak ikan. Pada kali ini katak bersaiz seperti dibawah digunakan untuk memancing haruan ni.

Katak yang dibeli dengan harga RM0.50 seekor. Em.. dah naik rupanya harga katak ni..
Tengok macam lubuk yang berpotensi tapi sayang..kosong disini..

Penggunaan mata haruan bersaiz 3/0 dengan safety pinnya..dah siap disediakan..Swivel bersaiz 7 keatas..tujuannya menjarakkan main line dari mata pancing dan juga menjadi pemberat untuk casting..

Cara Pemasangan umpan katak dengan penggunaan swivel dan mata pancing ditusukkan kedalam badan atau kaki katak supaya tersembunyi. Ini penting untuk memastikan mata pancing tidak tersangkut reba ketika aktiviti casting.
Adik aku dengan haruan. Dapat la seekor haruan penawar duka..selepas sejam penat casting..

Fakta menarik memancing haruan.
1. Lazimnya ikan haruan bermain direba-reba kayu dan semak-semak dipinggir kolam dan kawasan berpaya.
2. Mudah untuk mengenalpastinya dengan bunyi kocakan.
3. Kadang-kadang dilihat bersembunyi dan bermain-main dipermukaan air.
4. Casting beberapa kali ketempat dan lokasi yang dirasakan berpotensi..ulang beberapa kali sekiranya tiada sambutan ubah ketempat lain.
5. Bagi tempat yang telah biasa diasak pemancing, lazimnya haruan disana kurang membaham umpan walaupun lalu didepan mata..

p.s..Klau nak tahu cara pemburuan sebenarnya lihat-lihat lah blog member ni..pakar memancing snakehead..saudara mizlan.. http://darkartcaster.blogspot.com/


Makluman tambahan yang baru diperolehi..

Soalan:
assalamualaikum ustaz..

Untuk pengetahuan ustaz, katak dan anak ikan ini dijual sebagai umpan di kedai. Jadi, apakah hukum menggunakan katak atau anak ikan hidup sebagai umpan untuk memancing ikan?adakah ianya dikira sebagai membunuh haiwan tersebut.

sekian, terima kasih

w.salam

***
Jawapan:
Hukum menjadikan umpan katak untuk memancing adalah harus dengan syarat tidak disakitkan katak tersebut semasa dilekatkan kepada mata kali iaitu dengan cara dikitat dengan benang kepada mata kail.

Ini adalah kerana katak termasuk haiwan muhtaram yg haram dibunuh. Dalam masalah jadikan umpan kita tidak dikira membunuh katak kerana ikan yang memakannya dan sememangnya katak adalah makanan ikan.

Begitu juga anak ikan hendaklah tidak dengan cara menyiksanya dengan disakitkan dahulu sebelum dimakan oleh ikan yang besar.

wallahua'lam

***
Sumber:http://ustazazhar.com/v1/fiqh/hukum-menggunakan-umpan-katak-dan-anak-ikan.html

Selepas mengetahui perkara ni isyaallah teman tidak menggunakan umpan katak ni untuk pancingan. terima kasih kepada rakan-rakan yang memberikan makluman nie. Sangat berguna didalam kelansungan hobi seperti ni..

Aku akan uasahan altenatif lure killer yang acapkali diuar-uarkan di forum-forum memancing..

Blog Diedit semula pada 2/6/09 12.30pm

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

There was an error in this gadget

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.