Tuesday, March 31, 2009

Boreng @ Pelantar @ Oil rig...

Pelantar Oh Pelantar..

Assalamualaikum.. sedikit perancangan telah dibuat..insyaalah jikalau tiada aral melintang 25 april ni aku akan ke palantar Pulai sekali lagi.. Menurut Organiser Zul GT Bangi..Dijangkakan pelantar Pulai, Pelantar Tinggi, Pelantar Seligi, Pelantar Bekok C diantara pelantar-pelantar yang akan dicuba..

Keadaan siang dipelantar..lazimnya pemancing akan menggunakan kaedah bottom untuk menjerat spesis bersisik seperti merah, kerapu dan kakap disiang hari..Selain kaedah bottom, teknik hanyut dan Drifting juga gemar digunakan untuk menjerat spesis ikan yang main di pertengahan kedalaman air.
Pelantar sebagai Tembok terakhir spesis-spesis ikan untuk membiak dan membesar jauh dari pukat tunda nalayan asing..disinilah kemahiran diuji sepenuhnya..ikan-ikan monster akan melarikan umpan dan gewang kedalam kubu(pelantar) sebagai iktiar terakhir menyelamatkan diri. Tarikan GT belasan malah puluhan Kilo menjadi igauan dan kegilaan..

Keadaan malam yang gelap dan hanya disinari keterangan pelantar mengundang ikan pemangsa rapat ke pelantar untuk mencari makanan. Waktu inilah yang ditunggu-tunggu oleh peminat casting popper dan jigging. Pantang aja apa yang melintas dihadapannya pasti akan disambut oleh pemangsa yang sedang aktif memburu mangsa.

Monday, March 23, 2009

Reels aksi berat 50lb-100lb

Daiwa Magatwin MT750 seaborg
Tahun Beli : 2007
Arena : Bottom
Komen : Prestasi setakat ni memuaskan..Kualiti pembuatan yang kemas. material yang berkualiti, setakat nie tiada komponen yang berkarat atau terhakis. Sesuia untuk pancingan bottom dan Specifikasinya pernah dibincangkan sebelum nie..

Shimano Stella 20000FA
Tahun Beli: 2008
Arena : Popper
Komen : Prestasi setakat ni memuaskan..Kualiti pembuatan yang kemas. Sesuai untuk aktiviti popper yang berterusan, kekuatan drag yang boleh diharapkan, material yang berkualiti, setakat nie tiada komponen yang berkarat atau terhakis. cuma tulisan pada spool ada yang hilang..Cuma sampai sekarang aku masih belum dapat mencapai ikan sasaran untuk diulas..

Tuesday, March 17, 2009

Reels aksi sederhana (25lb- 50lb)

abu ambassadeur TGC4000C
Tahun Beli : 2002
Arena : Surf Casting, pantai, casting tasik..
Komen : Multiplyer Reels aksi sederhana ringan boleh juga di kelaskan sebagai aksi ringan , Tidak pernah dibuka dan diservis, masih beroperasi dengan baik. . Material yang berkualiti. Ringan dan operasi yang mudah. Tiada part yang berkarat setakat ni.Seronok memancing dengan menggunakan line braided 25lb kebawah..dan balingan sekuat hati..

abu ambassadeur Rocket 6500S
Tahun Beli : 2003
Arena : Surf Casting, pantai, casting tasik, kelong, kadang-kadang guna untuk light trolling
Komen : Multiplyer Reels aksi sederhana yang baik dan memuaskan , Tidak pernah dibuka dan diservis, masih beroperasi dengan baik seperti dulu. . Material yang berkualiti masih berkilau-kilau. Operasi yang mudah. Alarm yang nyaring,Tiada part yang berkarat setakat ni.Seronok memancing dengan menggunakan line braided 35lb kebawah..dan puas dengan balingan sekuat hati. Kelancaran seperti namanya Rocket.

Twin Power 8000HG
Tahun Beli : 2006
Arena : Jigging, Popping, Bottom
Komen : Rekabentuk, berat dan drag sgt sesuai untuk aktiviti jigging yang berterusan..setakat ni terdapat sedikit hakisan pada spool..apabila menggunakan jig 150g keatas ada sedikit bunyi berdesir..dapat diatasi dengan meminyakan kelokasi yang dirasakan perlu..lapisan kemasan yang baik. Tiada calaran yang major dan tudak mudah terguris.

Abu Cardinall 755
Tahun Beli : 1996
Arena : Bottom, Drifting kelong
Komen : Tidak pernah dibuka dan diservis, masih beroperasi dengan baik. . Material yang berkualiti. Tiada part yang berkarat setakat ni. Biasanya Spinning keluaran abu cardinal ni agak kasar tapi tahan dengan material gear dan sharp yang baik. Bunyi drag yang merdu..Kemasan cat sedikit mengecewakan kerana mudah tercalar. secara keseluruhan seronok memiliki abu ni sebab ada sifat-sifat klasik.

Penn 4500SS
Tahun Beli : 1997
Arena : Bottom, Drifting kelong
Komen : Sepanjang 12 tahun ni walaupun ada reels yang baru dan mahal darinya tetapi aku rasa yakin klau pergi mancing dengannya..Tidak mudah mengecewakan ketika ikan telah strike..tidak pernah dibuka dan diservis, masih beroperasi dengan baik. . Material yang berkualiti. Tiada part yang berkarat setakat ni. Biasanya Spinning keluaran Penn made in USA ni agak kasar tapi tahan dengan material gear dan sharp yang baik. Bunyi drag yang merdu..Secara keseluruhan seronok memiliki Penn ni sebab ada sifat-sifat klasik dan kekuatannya.

Monday, March 16, 2009

Reels Aksi Ringan (5 lb-25 lb)

Diantara set pancingan Aksi ringan yang berada didalam simpanan..

Sure Catch TS 200
Tahun Beli : 1997
Arena : Air Tawar, Pancingan udang, jeram kecil, kolam bayar bersaiz kecil
Komen : Diantara reels yang terkecil dimiliki..bersaiz 200.Kirauan dengan bunyian, pusingan agak sedikit kasar.Reels aksi ringan yang lasak, tidak pernah dibuka dan diservis, masih beroperasi dengan baik, drag yang nyaring, lapisan kemasan cat yang mudah tercalar atau terguris, material Spool yang berkualiti. tiada part yang berkarat setakat ni.Seronok memancing dengan menggunakan line 5lb kebawah..


Cetus Tica SB500
Tahun Beli : 1999
Arena : Air Tawar, Pancingan udang, jeram kecil, kolam bayar
Komen : Kirauan sangat lembut dengan anti reverse, Reels aksi ringan yang lasak, baru sekali dibuka dan diservis, masih beroperasi dengan baik, Kemasan cat luaran yang tidak mudah tercalar , material Spool yang berkualiti. Tetapi saduran logam pada handel dan cap agak mengecewakan, parts dibahagian luaran agak mudah teroksidasi dan tidak dibahagian dalam..Seronok memancing dengan menggunakan line 10lb kebawah.ikan kolam 2,3 kg tiada masalah..


Stella 1000FD
Tahun Beli : 2009
Arena : Air Tawar, jeram , kolam bayar, casting
Komen : Masih baru untuk dikomen

Ryobi Applause XS1000i
Tahun Beli : 1998
Arena : Air Tawar, jeram, sungai , kolam bayar , casting
Komen : Diantara reels kegemaran masa tu, 5 tahun pertama prestasi memang bagus, mungkin banyak kena henyak, berbaloi memilikinya, jadi reels ni agar longgar disana-sini( bahagian spool & handle).Reels aksi sederhana ringan tapi tidak boleh selasak seperti diharapkan, reels ni selalu dibuka dan diservis kerana ia mudah dipasang semula kerana roller bearingnya tidak perlu disetting semula semasa pemasangan, masih boleh beroperasi. tetapi tidak smooth seperti dulu. Mudah sangat tercalar atau terguris, material Spool yang berkualiti. tiada part yang berkarat setakat ni.Seronok memancing dengan menggunakan line 15lb kebawah..Haruan atau toman 3kg tiada masalah..Reel yang paling puas digunakan..lepas prestasinya berkurang, c3000 twin power jadi pengganti..adakah c3000 boleh menandingi prestasinya??

Twin Power c3000
Tahun Beli : 2007
Arena : Air Tawar, kolam bayar, Tasik, Lombong, Pantai, kadang-kadang laut..
Komen : rasanya masih terlalu awal untuk dikomen..setakat ni okay la..kadang-kadang bawak juga kelaut guna untuk aktiviti apollo..


Cadangan dan pemerhatian setelah menggunakan Reels aksi ringan ni :

1. Selalunya reels aksi ringan tidak sesuai digunakan untuk pancingan laut.Tp kadang-kadang aku guna juga untuk pancingan ikan karangan atau apollo. seronok tengok aksi lenturan rod aksi ringan..Jadi selepas menggunakannya di air masin kena la cuci dan bersihkannya.

2. Kemasan yang menyelaputi komponen reels kecil nie selaunya tidak kebal dengan penangan air masin oleh itu tali braided bagus untuk dapatkan kapasiti simpanan tali yang maksimum, tetapi ia selalu mengumpul air laut dan apabila kering menjadi garam dan seterusnya mudah merosakkan dan menghakis spool.

3. Dengan reels aksi ringan ni kepuasan apabila dapat mendaratkan ikan yang kasar-kasar.


Friday, March 13, 2009

Reels Review

Didalam kegairahan kita membeli peralatan memancing, lazimnya kita dirambangkan dengan design, kilauan logam, jenama, kecantikan , harga dipasaran, saiz kecil saiz besar..dan sebagainya..dipasaran ada juga reels yang berharga murah, tapi klau diteliti ia juga mempunyai kualiti, ada juga yang mahal tapi klau kita tidak jaga, penggunaan yang kasar, kadang kala usia pun tak panjang..

Klau dulu ilmu membeli dan memiliki set pancingan sendiri mungkin datang dari kenalan yang rapat sahaja atau menyembang di kedai dengan tokey pancing..ada kalanya tokey kedai hanya nak melakukan barangannya sahaja tidak memikirkan kepuasan pemancing..tp tak dinafikan ada juga tokey yang berhati mulia dan menerangkan sedaya upaya yang mungkin..

Kat sini aku tidak dapat menerangkan specifikasi yang dikeluarkan pengeluar kerana ada manual atau kotak bungkusanya yang dah hilang, selain itu, aku juga tak bleh nak komen dari segi rekebentuk atau secara fizikalnya sahaja, ini kerana lain orang lain minatnya..ada yang meminati rekabentuk klasik dan ada juga yang meminati rekabentuk yang futureristic..

Oleh itu disini aku nak berkongsi benda-benda yang subjektif seperti maintanace, kelasakan dan ketahanan, kepuasan, kelemahan rekabentuk atau material sememangnya tiada dikeluarkan oleh pengeluar kecuali kita telah merasai dan menggunakannya dalam jangka masa tertentu..

Jadi untuk memudahkan penulisan ni aku cuba komen reels yang ada didalam simpanan dan yang biasa aku gunakan..mudah-mudahan boleh juga jadi pedoman kepada rakan yang sedang tercari-cari reels yang sesuai. Diantara brand yang telah aku gunakan seperti berikut :-a. Sure catch
b. Tica Cetus
c. Shimano
d. Penn
e. Abu ambassadeur
f. Daiwa
g. Ryobi

Jadi aku akan kelaskan review ni kepada 3 kelas utama iaitu :
1. Reels aksi ringan (5lb-25lb)
2. reels aksi sederhana ( 25lb - 50lb)
3. Reels aksi Berat (50lb-100lb)

Pengalaman review kat sini mungkin berbeza dengan rakan lain diluarsana..aku agak kasar dan kerajinan mengemas dan servis mengikut musim..he he..Musim rajin memang rajin tapi bila kemalasan tahap melampau lepas mancing dibiarkan saja..selain itu berkemungkinan model baru bagi setiap brand tu dah di up grade atau dinaik taraf oleh pengeluar apabila menerima komen-komen seperti ni dari pemancing..

Tuesday, March 3, 2009

Mari Memancing Patin...

Assalamualaikum...selepas berjaya mendaratkan beberapa ekor pacu pada bulan lepas. Aku dan black sekali lagi merepeatkan diri untuk memburu spesis lain plak.. seperti biasa kolam sri bayu tekala menjadi pilihan..pada kali ni spesis patin menjadi pilihan untuk diburu.

3 jam memancing 8 ekor patin berat sekitar sekilo ke dua kilo dapat dinaikkan. Berumpankan roti dan dicampakkan ke lokasi patin bermain ternyata tidak menghampakan.



Black dengan hasil tangkapan

Diantara hasil tangkapan 4 ekor pacu dan 8 ekor patin.

Diantara kaeadah yang digunakan adalah seperti dibawah. Sebaik-baiknya leader menggunakan mono atau braided 20lb kebawah agar ikan tidak culas makan.

Roti dicangkukkan kepada mata bersaiz 17, dan dibaling secara perlahan ke tempat permainan patin. Tidak seperti memancing pacu yang memerlukan balingan jauh ketengah. Lagimnya ikan patin dikolam ni bermain sekitar jam 6pm ke 7pm atau selepas hari hujan.

Fakta menarik Memancing Patin...
1. Hanya berumpankan roti..sangat mudah dan tidak mencomotkan diri.
2. Tidak makan secara mengejut dan mudah untuk mengenalpasti ketika mula mahu menyentap ikan.
3. Tidak perlu balingan sekuat hati ketengah kolam..
4. Tidak memerlukan perambut steel wire.
5. Tidak mudah terlucut atau terlepas selepas ikan di meragut umpan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

There was an error in this gadget

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.