Saturday, December 27, 2008

Ikan Guntur

Aprion virescens

Other common names:

Jobfish.

Identification:
Upper body dark-green to olive.
Sides green to blue-grey and light green belly.
Large scales on the entire body.
Horizontal groove in front of the eyes.
Long and very sharp teeth.

Temperature range:
18 - 25 Celsius (65 - 77 Fahrenheit).

Typical location:
Patrolling along deep channels and reefs.

Fishing methods:
Baitfishing near or on the bottom with fish, squid, prawn or crab.
Trolling deep swimming minnow lures over shallow reefs.

Fighting characteristics:
Aggressive strike followed by a powerful pull
for nearby obstructions on the sea bed.

Ikan guntur @ green jobfish ni diperolehi pada hari pertama tri memancing ke Burma Bank. Berumpan ikan selayang dengan leader sepanjang sedepa dapat memerangkap ikan ini. Hanya 2 ekor ikan ini diperolehi disepanjang trip 4 hari ini.

Tangkapan pertama pada jam 9 mlam dan tangkapan kedua selang hanya beberapa minit kemudian menunjukkan ikan ini bermain secara berkumpulan, mungkin kumpulan yang kecil dan bersaiz sama didalam kumpulan tersebut.

Diketahui juga ikan ini amat licik dan melarikan diri apabila ada diantara rakan mereka dipancing. Ini sedikit dari maklumat yang diperolehi dari Laman mancing UAT

Guntur aka Jobfish

Sumber dari Dr. Barra » Tue Apr 22, 2008 11:14 am

Guntur adalah ikan cantik dan unik berwarna hijau/biru, berbentuk torpedo dan berekor besar. Fizikal ini menjadikan ia sebagai pejang yg perkasa. Mulutnya dipenuhi gigi bersiung yang digunakan untuk mengekah mangsa dgn berkesan.

Mangsa utama guntur ialah ikan karang, tetapi kadangkala ia memakan sotong dan ketam. Giginya merupakan salah satu ciri yang meletakkan guntur dlm kategori ikan Lutjanidae. Ini bermakna mereka sebangsa dgn ikan siakap merah, jenahak dan ikan merah.

Guntur cukup sinonim dengan struktur karang, dan ia mungkin spesies lutjanid yang paling pelagik. Guntur juga gemar menyerang gewang dan umpan yg berada di permukaan, terutama semasa subuh dan senja. Spt lutjanid yg lain, ia lambat membesar dan berumur panjang. Para saintis mendapati guntur boleh membesar sehingga 110 cm. Specimen yang besar berskala 87 cm dijangka berumur 19-20 tahun, manakala 1 meter berumur 27 tahun!

Sebagai pemangsa yg agresif, dengan kadar tumbesaran yg perlahan, maka species ini cukup sensitif walaupun akibat sedikit tekanan penangkapan ikan drp manusia. Oleh itu status stok ikan guntur digunakan sebagai petunjuk utk mengukur tekanan penagkapan ikan secara keseluruhannya di beberapa negara Pasifik.

Faktor kecenderungan peningkatan bilangan guntur mengikut kawasan perlindungan marin menunjukkan populasi mereka boleh merosot dengan cepat akibat tekanan drp nelayan. Seperti latjunid lain, species ini enak dimakan. Bagaimanapun, ada sesetengah tempat guntur besar dilaporkan boleh menyebabkan keracunan ciguatera.

(Rencana oleh Dr. Ben Diggles (Fishing World) dan dipetik drp SIRIP September 2005)

Friday, December 19, 2008

Sambungan Seaborg - Megatwin


Sambungan kepada penilaian prestasi dan ketahanan mesin ni di padang pancing sebenar.. sebelum ni aku ada buat penulisan berhubung specifikasi mesin ni tapi kali ni aku cuba untuk memberi sedikit gambaran sebenar selepas Electric Fishing Reel melalui trip 4 hari 3 malam ke burma bank sememangnya menguji ketahanan sebenar Electric Fishing Reel(EFR) ni.

Seaborg Megatwin™ SB750MT Features:
Jadi aku akan pergi satu persatu features yang telah disediakan oleh pihak pengeluar ni..

1. Megatwin dual speed range power assist winding. Automatic downshift from speed to power mode.
- Sememangnya memenuhi keperluan memancing, speed mode digunakan untuk memeriksa umpan di mata pancing manakala power mode digunakan ketika berlawan dengan monster didasar.
2. Programmable Auto Stop feature stops winding when lure reaches the surface & Automated jigging function
- Auto stop ni amat berguna ketika kita sebuk menaikan ikan. ini boleh mengelakkan Rod daripada rosak. Swivel yang selalu memberi tekanan pada 1st ring akan menyebabkan kekuatan 1st ring merosot atau defect. Dengan adanya fungsi ni bolehlah mengelakan perkara ini berlaku. Dan Automated Jigging Function masih belum diuji sepenuhnya dipadang pancing.
3. Line Counter and Depth Memory
- Berguna untuk mementukan strike zone ikan didasar, daripada pemerhatian sekumpulan ikan gemar bermain didalam lingkungan strike zone yang tertentu didasar. Dengan adanya fungsi ni kita dapat bersedia dengan lebih awal dengan kemungkinan ikan melarikan umpan apabila memasuki strike zonenya.
4. 22 ball bearings, including 10 CRBB anti-corrosion bearings plus roller bearings.
- Ada 22 bearing tapi pihak pengeluar menggunakan 10 CRBB anti corrosion bearing je. kan lebih baik buh 22 CRBB anti corrosion bearing sekali. Berkira-kira juga Daiwa ni...
5. Convenient 12-volt DC Operation (12-16.8V)
- Dalam trip ni rata-rata kaki pancing menggunakan EFR Daiwa ni kehabisan bateri pada hari ke 3, sememangnya ikan tidak berhenti makan tp pemancing lain yang menggunakan EFR selain daiwa ni masih boleh bertahan walaupun dengan bateri yang telah nyawa-nyawa ikan. mungkin daripada pemerhatian kaki pancing EFR daiwa ni kerap menggunakan Speed Mode ketika memeriksa umpan. Ini memenyebabkan bateri cepat kehabisan.
6. LCD Readout
- Boleh dipuji dimalam hari tapi bila dah tengah hari, matahari diatas kepala agak sukar sedikir pemancing melihat LCD readout ni..

7. Maximum winding power 29 lbs. continuous/momentary 165 lbs. 656 Feet per minute (200m/min) winding speed in "speed" mode .
- Setakat ni boleh menaikan monster didasar. agak belasan kilo tiada menjadi masalah kepada EFR ni.

8. Shift electronically from low gear, high-power range to high gear, high-speed range with the simple press of a button.
-Manual yang mudah dengan button-button yang simple dan tidak memeningkan. mesra pemancing dengan power shift yang mudah dicapai.
9. Convenient Sized Battery Packs Keep you fishing all day long.
- Untuk trip yang akan datang isyaallah saya akan cari bateri yang boleh dicharge diatas bot. mudah dan lebuh ringan. memabawa bateri kereta sungguh memenatkan.


Thursday, December 11, 2008

Jigging

Jigging ni merupakan satu teknik pancingan yang semakin dikenali ramai, Kaedah pancingan secara vertical Jerk ni mula menjadi pilihan pemancing bila ia mula membuktikan bahawa kaedah ni mendapat sambutan baik oleh predator didasar.

Tetapi tahukan kita jigging ni mempunyai jenis kelengkapan yang terdiri dari kelasnya sahaja..Bukan tidak boleh kita menggunakan peralatan mancing sedia ada untuk aktiviti jigging ni, tetapi kelengkapan dan peralatan yang akan diterangkan ni mempunyai fungsi dan keupayaannya dari segi mengadaptasikan kaeadah pancingan jig ni.

Rod.
Selalunya rod yang mempunyi panjang 4.5" ke 6" menjadi pilihan kaki jigging ni. Joran yang pendek ini memberi kelebihan dari segi hayunan vertical secara konstan dari atas kebawah untuk menarik perhatian ikan dibawah untuk menerkam jig, selain itu rod yang pendek juga memberikan bebanan rod yang ringan dan seterusnya memberi kelebihan kepada kaki jigging untuk beraksi lebih lama dengan pelbagai gaya persembahan Jig.

Selain itu rod yang mempunyai Aksi parabolik iaitu kebolehan melengkung sehingga "u" shape tanpa masalah merupakan pilihan kaki jigging ni, ini kerana ia dapat menahan asakan sehingga ketahap maksimum tanpa kerahan tenaga sepenuhnya dari kaki jig. Biar rod yang mengawal keadaan apabila jig dilarikan monster.

Keselesaan dari segi bahan pembuatan handel dan ring juga diberi perhatian yang sebaiknya agar ia dapat menahan asakan ikan yang berjaya melarikan jig. selain itu penyediaan gambel di handel rod juga harus diberi perhatian yang sewajarnya..gambel ini merupakan satunya point yang kukuh terus ke badan pemancing apabila ikan membaham jig, dapatla pemancing merehatkan sekejap lengan yang lenguh mengarau dan menghayun joran ketika jigging dibuat sebelum berlawan semula dengan mangsa yang sudah terlekat dimata jig..

Jig..
Ada pelbagai bentuk, warna, saiz dan berat dipasaran.. dari semurahnya sehingga semahalnya. lazimnya bentuk jig ni memanjang dan membujur dan ada yang menyerupai ikan dan yang penting ia berbentuk aerodinamic agar renangannya cantik dan boleh membelah air dengan mudah.

Selain itu, jig juga mempunyai pelbagai warna, ini kerana di padang mancing dan disetengah-tengah tempat ikan memilih warna tertentu berdasar mangsa yang terdapat disitu. Ada juga jig yang dilengkapi dengan warna luminus agar ia kelihatan pada waktu malam, dengan adanya teknoligi ni para jigging tidak lagi melaksanakan aktiviti ni diwaktu siang sahaja malah boleh dilakukan pada waktu malam juga.

Dan akhir sekali sudah tentu kedalaman dan kederasan air memainkan peranan penting didalam menetukan saiz dan berat yang akan digunakan disatu-satu padang mancing. Pada kedalaman yang melebihi 50m dan berarus maka jig berat 150g keatas harus digunakan, ini kerana jig yang ringan akan dibawa arus dan tidak sampai kesasaran didasar launtan. Ada kedalaman sehingga 150m dan lebih dengan arus yang kuat ada ketikanya para jigging terpaksa mengunakan jig seberat 300g ke 500g, bayangkan!




Contoh Jig yang digunakan..


Hasil jig, ikan YFT dengan jig 250g bersaiz 200mm Panjang dengan warna luminus kekuningan

Jigging Reels,
Selalunya Reels jenis high gear digunakan oleh active jigger, ini kerana reels jenis ini mempunyai keupayaan menarik yang baik sebab ia hanya menggunakan kuadrat yang minimum dari pemancing untuk mengarau jig, speed gear hanya meleguhkan terutama menggunakan jig yang berat sehingga 250g keatas.

Reel yang mempunyai drag sehingga 8kg dan keatas mampu mengekang larian pertama ikan ketempat persembunyian..ini penting terutama kita memancing dikawasan tukun, pelantar dan karang..larian pertama mangsa sudah tentu ketempat persembunyian asalnya..

selain itu aksesori dibawah hanya diberi penerangan secara ringkas sahaja..

Tali : selalu menggunakan tali breaded dan disambung dengan shock leader sepanjang 1 atau 2 depa mengikut kesesuaian padang pancing, tali dengan line marking setai 25 kaki juga menjadi pilihan jigger kini, ini kerana memudahkan jigger mengetahui strike zone semasa jigging.

Jigging Gloves : penting juga bagi pemancing yang aktif dan serius dengan aksi jigging ni. ini kerana keupayaan grip yang baik boleh meminimakan tenaga yang digunakan ketika aksi jig dilaksanakan, selain itu ia juga dapat memberikan kesinambungan yang kemas semasa ikan melarikan jig.

Assist Hook, Hook & Swivel : Memilih berdasarkan saiz dan kekuatan yang diperlukan dipadang pancing..pilih yang berkualiti sedikit agar kejadian swivel terkangkang tidak terjadi, gaya ikatan yang kemas juga memainkan peranan penting didalam aktiviti jigging ni.

Aksesori sampingan, player dan cutter: Penting ketika penyediaan jig dan penukaran jig dilakukan, ini boleh memudahkan dan mempercepatkan penyediaan jid dilakukan dipadang pancing terutamanya ikan sedang frenzy menghentam jig...

Tuesday, December 9, 2008

Bottom @ Pancingan Dasar

Pancingan dasar merupakan salah satu dari pelbagai jenis kaedah pancingan yang selalu dipraktikan bagi pemancing. Ini kerana ia tidak memerlukan kerahan tenaga yang banyak dari pemancing berbanding jigging dan popping..Kita hanya menunggu cagutan ikan didasar.Ikan karangan seperti ikan kerapu, jenahak, merah, bayan, kaci selalu menjadi menjadi target pemancing yang mengunakan kaedah ini.

Ikan kertang yang terjerat dengan kaedah bottom berumpankan isi ikan tuna.

Sebelum ini, koyan atau Multipiler @Drum menjadi pilihan kaki bottom ni, tetapi dengan peralihan masa kini mesin Electrik (Bangla) menjadi pilihan kaki bottom kini. selain memudahkan pemancing memeriksa umpan tanpa karauan manual, kini mesin bangla ni juga dilengkapi dengan jigging setting dan remote control. Hanya menekan satu butang karauan selaju 200m per minit dapat dilakukan dengan mudah.

Tidak menjadi masalah lagi bagi penggunaan pelbagai saiz batu mengikut kesesuaian arus. Dari sekecilnya sehingga saiz 32 yang menjadi igauan ngeri pemancing.

Pancing di"Clam" kemas di tepi bot bagi mengelakkan set terjatuh kelaut, banyak kejadian set pancing menjadi tukun akibat ia tidak ditambat dengan kemas pada bot. Rod holder menjadi satu keperluan yang penting sekiranya pemancing menggunakan kaedah ini.

Kaedah ni amat berkesan ketika ikan sedang Frenzy makan didasar.

Pemancing hanya perlu mengawal kelajuan dan kekuatan drag sekiranya ikan mengenai mata pancing, selebihnya diuruskan oleh Bangla tadi. Bagi keberkesanan kaeadah memancing ni, penggunaan umpan yang baik seperti sotong hidup dan ikan segar amatlah digalakkan. ini dapat menjerat ikan keluar dari tempan persembunyian bagi membaham umpan yang dihidangkan.


Asik melihat rod yang melengkung ketika ikan mengenai mata pancing

Kelebihan Kaedah pancingan dasar menggunakan "Bangla" ni.
  • Tidak memenatkan terutama memeriksa umpan didasar.
  • Amat praktikan memancing di perairan kedalaman yang melebihi 100m.
  • Dapat memberi respon yang cepat terutama ikan sedang frenzy didasar.
  • Tidak berkira-kira menggunakan batu ladung bersaiz 32 dan keatas jika diperlukan
Kekurangan Kaedah pancingan dasar menggunakan "Bangla" ni.
  • Hilang feel menaikan ikan menggunakan kutrat 4 kerat.
  • Terpaksa memikul bateri kereta. ui penat tu.
  • Kos membeli yang melebihi ribuan ringgit.
  • Kerosakan sistem mekanikal ketika dilaut, nasib badan.
Link yang berkaitan perambut yang digunakan..
1. Perambut Casting Tenggiri
2. Kaedah Penyediaan Perambut Konvensional
3. Penyediaan Perambut Udang
4. Perambut Kolam - Ikan Pacu
5. Ikatan-ikatan Asas Memancing

Friday, December 5, 2008

Hari Keempat Di Burma Bank..20 & 21 Nov 2008

Dengan kesibukan masa bekerja akhirnya siap juga laporan yang tak seberapa ni..kat sini aku nak mengucapkan ribuan terima kasih pada Abg Shafie Banting yang bersama-sama mengharungi perjalanan dari Cyberjaya ke Padang Serai dan pulang semula dengan selamatnya..Alhamdulillah..selain tu Ribuan Terima Kasih juga kepada Organizer Cikgu Shamweem Rakan-rakan lain Abg Lan, Nasir, Rostam, Tokey kedai pancing Mr Sam dan lain lagi..Sememangnya trip kali ni memberi kepuasan memancing sebenar bagi aku.. insyaalah jiga ada rezeki dan masa ditahun hadapan atau akan datang boleh la kita ulang balik trip ke Burma bank ni..



Sempat juga bergambar dengan tekong Polaris One ni Mr Engkarat..Pak lawak jugak dia ni walaupun kitaorang cakap macam ayam dan itik..
Minum kopi di salah sebuah kedai kopi disana..Sedap juga cakoinya, rangup oo..
Aku, Abg Lan dan Nasir
Barang dan keperluan 12 pemancing

Bergambar di Kokpit Kapten
Sesi Bergambar dengan Rakan dan tekong, Thank You for your Co-Operation Capten..


Tong Pertama

Tong Kedua
Tong Ketiga
Diantara ikan kasar yang diperolehi
Tong Keempat


Tong KelimaTong Keenam dan terakhir
Lebih kurang 70 ekor Ruby SnaperSesi Bergambar bersama tangkapanBersama kerapu dan kertang yang ditawan..

Sesi Pembahagian harta sepencarian..dan dihantar ke pasar borong Bukit Mertajam Penang..

Fakta Menarik Hari Keempat..
  1. Semua alatan mancing dibersihkan diatas bot semasa perjalanan pulang ke darat.
  2. WD40 amat berguna semasa kerja-kerja pembersihan alatan mancing dilaksanakan.
  3. Kain bersih dan kering digunakan untuk mengelap peralatan mancing sebelum di Packing.
  4. Semua mata pancing, Swivel, slip ring,Jig dan benda kecil hendaklah direndam didalam air tawar sebelum dikeringkan dan disimpan didalam Box.Untung-untung boleh guna 2,3 trip lagi..
  5. Mandi dan berkemas diatas bot..sebab bila dah sampai daratan semua sibuk nak balik cepat kerumah..

Tuesday, December 2, 2008

Hari Ke Tiga di Burma Bank...19 Nov 2008


Subuh Hari ketiga, seperti biasa bila jam 5 pagi je mula la aktiviti menjigging tuna ni, seronok dengan aksi junaman demi junaman ikan tuna ni. mungkin bentuk badan seakan peluru ni menambahkan aksi junaman nya..

Tapi sayang disebabkan umpan berkurangan hampir semua ikan tuna sirip kuning ni dijadikan umpan oleh Engkarat..








Pagi-pagi telah diserang oleh baracotta ni, ingatkan malam je, rupanya siang pun banyak..hari ketiga ni semua pemancing dah cekap kendalikan predator ni, uruskan dari tepi bot tanpa mengelupur diatas lantai bot..bahaya gigi ibarat pisau..














Aku dengan ikan kerapu diantara yang terbesar, berumpankan hirisan ikan tuna kuning..











Kertang belasan kilo..klau la kat senang dapat kat sini, tak payah susah-susah pergi ke 2 sempadan..


















Cantik lenturan joran ni, aksi yang hendak kita lihat..

















Kerapu lagi..Keadaan kecoh bila bot diserang sekumpulan ikan kertang..










Mangsa bersama pemangsanya..Sam dan Abg Lan..

























Aksi seorang juara..menjadi sungguh dia kali ni..tak pa taun depan jumpa lagi..

























Berat lebig kurang 25kg ke 30 kg..berat sebenar tak tau sebab tak bawak penimbang..Kat belakang tu joran melentur lagi, banyak sungguh geng garupa dibawah ni..










Fakta menarik Hari ke 3
  1. Ahli komplot mula kekurangan Peluru, mata saiz 9/0,10/0, batu saiz 24,32, perambut 150lb,200lb..Tu belum dikira manik, swivel, bearing Dll..
  2. Majoriti kehabisan bateri..nasib boleh tumpang-tumpang lg..
  3. Umpan segar pun dah kehabisan..
  4. Main line aku, dari 500m dah tinggal lebih kurang 200m..
  5. Kejadian tali bersimpul dengan pemancing lain dah jadi lumrah, agak payah sangat nak satle, jd tali dipotong dan sambung balik..
  6. Bila lewat petang tekong je melayan kertang, pemancing dah mula beransur kurang.."Peluru Kehabisan Sepenuhnya"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

There was an error in this gadget

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.