Tuesday, November 25, 2008

Hari Kedua di Burma Bank...18 Nov 2008

Setelah puas melayan ikan ruby sniper pada malam pertama tekong Engkarat cuba mencari lubuk untuk melayan kaki jigging disiang hari..Lubuk berkedalaman 20m-50m menjadi pilihan tekong untuk aktiviti jigging ni..

Bot beredar dari lubuk ruby ke lubuk menjigging..


Ikan tuna yang diperolehi hasil daripada tundaan helikopter semasa perjalanan ke lubuk jigging

Nasir bersama GT pertama hasil jigging


Shafiee dengan kakap merah juga hasil pancingan menggunakan jig
Nasir dengan ruby hasil pancingan bottom berumpankan hirisan tongkol
Aya kuning mengganas diwaktu subuh, semua hasil dengan pancingan jig.
Lg aya kuning hasil pancingan Jig

Aya kuning yang bakal dijadikan umpan untuk menjerat kertang keesokkan harinya..

Fakta menarik :-
  1. Ikan tuna berminat dengan jig seawal 5 pagi dan menghilangkan diri apabila matahari terbit.
  2. Jig luminus panjang 20cm menarik perhatian ikan didasar untuk terkam jig..
  3. Jig 200g-260g sesuai digunakan ketika trip ni bagi kedalaman lebih 50m.
  4. Jig 100g-200g digunakan untuk memburu kerapu bara pada kedalaman 20m-30m


Hari Pertama Di Burma Bank..17 Nov 2008

Satu-satunya kapal dagang yang terserempak dengan kami ketika memancing dihari pertama..
Barisan senjata yang bakal digunakan untuk pertarungan 4 hari 4 malam di burma bank...


Laporan hari pertama memancing..
Setelah mengharungi 10 jam perjalanan didarat dan 10 jam lagi perjalanan diair, baru la sampai ke lokasi memancing pertama.. Pada jam 10 malam, Di lubuk pertama ni kami dihidangkan oleh ikan landok dan ikan guntur. berumpankan ikan selayang yang disangkut sekor-sekor di terima dengan baik olek penghuni dibawah.

Nasir dengan landuk pertama yang diperolehiAbg Lan juga dengan landok di lubuk pertama.Aku dengan ikan guntur berumpankan ikan selayang.Aku dan cikgu shamweem bersama tangkapan



Ikan yang mengacau pemancing, habis tali digigitnya. banyak kejadian tali putus ketika kehadiran ikan baracotta ni.

Aksi tarik menarik dengan penghuni didasar...
Rubi sniper tangkapan malam pertama, Spot rubi yang baik..labuh je dimakan terus oleh ikan didasar, aksi berterusan sehingga kepagi.

Diantara hasil yang diperolehi pada hari pertama..

Seawal 6 pagi dikejutkan oleh ikan aya atau tongkol...

Sunday, November 23, 2008

Perjalanan Ke Ranong 15 & 16 Nov 2008

Pengalaman memancing ke Burma Bank dari 15 Dis 2008 Sehingga 21 Dis 2008


Kerja kerja menyusun barang dibuat di hadapan kedai pancing Sam pada jam 7.00 am di Padang SeraiHilux kenderaan yang mengangkut barang keperluan pemancing..Dari kiri Safie Banting, Penulis,Cikgu Shamweem, Nasir, Rostam dan tak ketinggalan yang ambil gambar En Roslan.Setelah meredah perjalanan hampir 10 Jam, sampai juga di pekan Ranong. 1 Van Toyota dan 1 Toyota Hilux yang membawa 12 pemancing dan barang keperluan.Setelah berehat kami dibawa makan malam di salah sebuah kedai Sea Food yang terdapat disanaBerehat setelah mengharungi perjalanan 10 jam dari Padang serai ke ranong Kerja-kerja memunggah barang masuk kedalam Polaris One.
Barisan para pemancing
Perjalanan lebih kurang 1 jam melalui air ke imegresen Myammar di Kawthaung

Pandangan hadapan bot Polaris OneKemudahan TV dan VCD di Ruang makan..
Kemudahan Bilik air yang selesa..

Koridor menuju ke bilik bawah deck.
Bilik Tidur bawah deck
Bilik tidur atas deck

Ruang Pertarungan diantara pemancing dan ikan..
Ruang berjalan ditepi bot, nasib ada penghalang besi ni, boleh juga jigging dengan selesa.
Ruang hadapan bot.
Sempat juga bergambar di Kuwthaung Myammar
Sempat melelapkan mata sekejap, perjalanan lebih kurang 10 jam ke port pertama memancing.

Benda baru yang dipelajari dari perjalanan memancing yang jauh :-
  1. Rod disimpan didalam Bazoka
  2. Kelengkapan diri diletakkan didalam beg yang berasingan
  3. Bawa VCD untuk hiburan didalam Van
  4. Bawak Makanan ringan dari malaysia..tak tau baca siam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

There was an error in this gadget

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.