Wednesday, July 9, 2008

Kaedah Penyediaan Perambut Konvensional

Sebenarnya diagram ni aku copy dari blog rakan-rakan yang lain..ni diantara perambut-perambut yang aku biasa gunakan untuk kaedah memancing di laut ni.Dan ada juga aku gunakan perambut ni dimana juga dirasakan sesuai. al maklumla aku ni pun main try and error je penggunaan perambut ni.maka kat sini cuma cadangan bagi penggunaan perambut bagi situasi-situasi yang selalu aku laksanakan..



Klau perambut ni, aku panggil perambut batu hidup. selalunya aku gunakan untuk pancingan dikawasan berarus atau casting umpan..klau kita main peram dikawasan yang berarus perambut ini sesuai digunakan..panjang swivel ke mata juga mengikut kesesuian padang pancing.jikalau air sedikit keruh bolehla kita gunakan kurang dari 50cm dan sekiranya air jernih bolehla kita gunakan panjang perambut melebihi 2 meter..ada kalanya aku balun sampai 5 atau 6 depa dengan penggunakan tali florocarbon.dan sekiranya dikuatiri ikan dapat memutuskan perambut elokla sejengkal dua leader dihadapan disambung menggunakan wire@steel leader untuk elak dikecewakan. Dan penggunakan batu ladung mengikut kesesuaian arus.jikalau arus deras bolehla kita gunakan ladung bersaiz 8 keatas dan begitu la jika sebaliknya. Kadangkala aku gunakan kaedah ni untuk pancingan sungai juga. Disana aku gunakan perambut yang kurang 30cm untuk memudahkan balingan ketengah sungai..


Ni pulak perambut drifting (main di pertengahan kedalaman air) atau bottom(tenggelam sepenuhnya) dengan penggunaan batu mati..penerangan panjang perambut juga seperti diatas. kadangkala aku gunakan tanduk untuk memisahkan main line dengan leader untuk mengelakkan leader bersimpul ketika umpan diturunkan secara laju dari atas bot.


Dan dua perambut diatas ni pula aku panggil perambut apollo dengan batu ladung mati dihujung perambut.Kaedah pancingan Bottom. Biasanya klau pancingan dilaut aku modified sikit sambungan bahagian main leader ke hook leader dengan penggunaan manik dan sambungan hanya menggunakan swivel.ini bagi memudahkan hook leader mudah berpusing mengikut arah arus laut.manik tu berfungsi lebih kurang macam bearing la.Gambar seperti dibawah.
selain itu hook leader juga mudah dibuka dan diganti ketika ikan sedang frenzy dibawah.Klau kita dapati lubuk tu dipenuhi dengan ikan yang kasar-kasar adalah lebih baik jarak antara 2 leader hook tu dijauhkan lebih 50cm untuk mengelakkan tali bersimpul bila 2 strike berlaku serentak.


Untuk pancingan ikan sesaiz kecil atau sederhana memadai kita menyediakan perambut ni dengan main leader dan hook leader menggunakan drooper loop sahaja. mudah, cepat dan kuat. sekadar 2 ikatan drooper loop ditengah main leader perambut apollo ni telah siap dilaksanakan.

Mungkin ada teknik-teknik mudah dari rakan-rakan lain, tapi cuma teknik-teknik ni yang selalu dipraktikkan oleh aku apabila turun ke laut..

Thursday, July 3, 2008

Komitmen vs Hobi Mancing

Adakah memancing merupakan hobi yang memerlukan pengorbanan dari segi wang dan masa? Selain itu apakah pengorbanan lain yang dituntut dari seseorang yang bergelar pemancing...mungkin klau nak diterangkan secara panjang lebar satu hari pun tak habis.

Memancing boleh diketegorikan sebagai salah satu hobi yang baik, ia menerapkan sifat kesabaran yang tinggi, menyayangi alam sekitar, bergaul secara sihat dengan rakan pancing, berjumpa dengan kenalan baru dan ada kalanya kita boleh membawa keluarga untuk memancing dan beriadah bersama.

Tetapi bagaimana jika ada komitmen atau tanggungjawap lain yang lebih penting dari urusan memancing? kebetulan kita telah menempah bot 2, 3 bulan lebih awal. Pernah berlaku pada aku beberapa tahun lepas, bot telah ditempah, perancangan telah dibuat, tetapi kebetulan anak pula demam sehari sebelum tarikh trip memancing..apa nak dibuat walaupun berat hati tapi ini realiti yang patut dihadapai, rakan pancing lain terpaksa meneruskan perjalanan. ini mungkin keputusan yang terbaik.

Mendahulukan tanggungjawab dan komitmen kemudian baru pikirkan pasal memancing. Takkan kita sanggup melihat anak bini seperti keadaan terpaksa takkala kita berseronokan pergi memancing..Alangkah indahnya jika pemergian kita diiringi dengan senyuman isteri dan pelukan anak-anak.Lebih-lebih lagi mereka mendoakan keselamatan dan pulang dengan hasil yang baik.

Beruntung bagi pemancing yang mendapat isteri atau keluarga yang memahami hobi kaki pancing..ialah mungkin mereka pun dah tak kuasa menahan laki atau anak-anak pergi memancing. Lebih baik memancing dari membuang duit tak bertempat. Memancing ini ibarat ketagihan.

Keseronokan mungkin terasa semakan perancangan dibuat lagi, menempuh perjalanan ke lokasi, memegang joran, melihat joran melentur, bertarung dengan ikan, menaikkan ikan sehinggalah kepada pembahagian harta sepencarian..begitulah ragam pemancing, dapat ikan gembira tak dapat ikan pun kena gembira.

Oleh itu aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada emak, abah, isteri tercinta Noorashikin, serta dua orang putera ku, Danial Haziq dan Airell Hazmi kerana memahami dan memberi sepenuh sokongan kepada aku untuk terus berkecimpung didalam dunia hanyir nie. Lebih-lebih lagi kepada isteri ku yang sanggup menjaga dan mengambil tugas ketika aku sedang bertarung dilautan. Terima kasih sayang.

Fishing Rod & Specifikasinya

Rod memancing merupakan satu aspek yang penting didalam melengkapkan setup pancingan itu sendiri. Ini kerana, kuasa dan daya tarikan ikan akan diserap oleh rod dan diagihkan ke pemancing. Di pasaran terdapat puluhan brand dengan ratusan model dari sependek sehingga sepanjang melebihi 14".
Diantara jenis-jenis rod yang ada dipasaran merujuk kepada setup memancing itu sendiri sebagai contoh spinning rod (pemasangan Spinning Reels dibawah rod), baitcasting rod (Pemasangan Multipilyer@BC diatas rod), Suftcasting rod (Rod yang panjang melebihi 10"), fly rod (Aksi bend yang terbaik) dan telescopic rod (Pancingan puyu, sepat).

Selain jenis-jenis rod yang berbeza, material pembuatannya juga memberi perbezaan yang besar didalam penghasilannya. Diantara material yang selalu digunakan didalam pembuatan rod ini adalah seperti, Carbon Fibre, Composites Carbon Fibre, Graphite, High Modulus Graphite, Boron Composites dan sebagainya. Bahan-bahan pembinaan rod ini akan memberi kesan keatas sifat fizikal sesuatu rod.

Lazimnya bahan pembinaan rod yang terdiri dari fibre sedikit berat tetapi tahan lasak manakala graphite lebih ringan dan sedikit sensitif. Selain material pembuatan rod itu sendiri, material pembuatan cork atau pemegang juga dilihat ada pelbagai pilihan dipasaran diantaranya Eva foam, Aluminium, Kayu, Gabus dan plastik sentetik. Cork yang ringan & tahan lasak lazimnya menjadi pilihan.

Pembuatan rod ni tidak lengkap tanpa pemasangan guidesnya. Dan diantara jenis material guides yang tersedia dipasaran terdiri daripada titanium, steel, reinforced Aluminum Oxide , Silicon Carbide (Sic) dll.

Selain dari pembuatan dan jenis-jenis rod dipasaran, tahukah kita ia juga mempunyai had dan limitnya bergantung pada keupayaannya. Sebagai contoh Ultra-light, Light, Medium-Light, Medium, Medium Heavy, Heavy, Ultra- Heavy.

Indikatif ni agak subjektif kerana nilai kekuatan ni merujuk kepada pengeluar sendiri tanpa satu standart yang tetap. Cuma kita menggunakan ultra-ligth rod untuk mensasarkan ikan-ikan kecil dan Ultra-heavy untuk ikan puluhan Kg yang ada dilautan.

Manakala sesetengah rod juga dilengkapkan dengan recomendation Action yang dibekalkan kepada pemancing. "Action" pula merujuk kepada kebolehupayaan dan tindakbalas rod terhadap force bending dan kelajuannya untuk kembali ke bentuk asal. Contoh action yang ada dipasaran adalah seperti Slow, Medium, Fast. Atau bahasa kampungnya adalah kekerasan sesuatu rod. Dengan Fast Action, pengeluar menawarkan tindakbalas rod paling cepat kembali kebentuk asal semasa aktiviti membaling umpan dilaksanakan. Ini kerana Rod Fast Action menawarkan rod yang keras dan sensitif untuk aktiviti casting dan lontaran lure yang jauh kesasaran.

Manakala kelebihan slow Action pula boleh membentuk "U" Bend sehingga ke Cork atau Butt rod kerana slow action menawarkan rod yang lembut dan lebih flexsible. Ini memberikan kesan dramatik ketika menarik ikan. Oleh itu lazimnya action ini akan dipengaruhi 100% oleh material pembuatan rod itu sendiri. Ini kerana Fast Action rod disediakan dari material HMG (High Modulus Graphite) manakala Slow Action rod disediakan dari material fibre@ Carbon fibre.

Adalah penting untuk kita gandingkan reels dengan keupayaan kekuatan satu-satu rod. Ini kerana pembekal telah menyediakan kekuatan dan keupayaan rod merujuk kepada "Line Weight" yang di cetak diatas rod. Ada sesetengah merujuk kepada nilai PE dan ada yang merujuk kepada nilai Poundage (lb). Setelah ujian demi ujian dilakukan keatas rod, pengeluar akan memberi nilai kekuatan keatas rod yang hendak dipasarkan. Jangan sesekali kita menggunakan kekuatan main line yang melebihi kekuatan rod itu sendiri. Nanti main line tak putus, rod pula patah.

Manakala bagi penggemar casting atau penggunaan lure tiruan seperti jig dan popper adalah penting merujuk kepada nilai "Lure Weight" yang dicadangkan agar lure dapat dilontarkan semaksima mungkin kesasaran. Ini kerana penggunaan lure yang ringan atau terlebih berat dari nilai yang dicadangkan akan menyebabkan lure tidak dapat dilontarkan dengan jarak yang maksimum. Selain itu untuk pancingan jig pula aktiviti jig lebih efectif dengan penggunaan berat jig yang di cadangkan oleh pengeluar. Sebagai contoh nilai yang ditunjukan adalah seperti 100g atau 3oz dengan unit g (gram) dan oz (ounces)

Dan diakhir pemilihan pastinya kita lihat kepada bilangan pieces rod tersebut. Sudah semestinya Rod One Piece menawarkan kekuatan dan konfiden level yang tinggi tetapi kesukaran untuk dibawa dan diangkut kesana kesini menjadi permasalah pula kepada pemancing.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

There was an error in this gadget

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.