Monday, June 16, 2008

Fighting Belt

Salam. Masa mula-mula berkecimpung didalam dunia hanyir nie, pernah juga aku beri kenyataan-kenyataan seperti ni : Alahai, mancing pun nak beria guna tali pinggang, mana best, tak rasa feel, macam belagak je pakai fighting belt nie. Tu pendapat aku dulu le, tp bila sekarang baru tahu kegunaanya.

Setelah usia pun meningkat, sakit-sakit pinggang bila mengangkat beban yang berlebihan membuatkan pemancing cukup berhati-hati ketika sedang lifting ikan didasar. Pinggang nak guna lama. Memang best layan ikan nie, tp klau tak kena gaya sakitnya 3,4 hari pun tak hilang. Memancing ni nak melayan tarikan ikan.Maka dengan itulah terciptanya fighting belt ni.

Secara umumnya fighting belt direka bentuk untuk membantu pemancing mengurangkan beban yang ditanggung tangan dan pinggang. Kedua anggota ni menanggung beban terus dari rod terutama sekali ketika bertarung dengan ikan didasar. Dengan penggunaan fighting belt ni, beban pertarungan ini dapat diagihkan dengan baik ke anggota badan lain seperti badan , peha dan kaki.

Ini seterusnya memberi kelebihan kepada kaki pancing untuk bertarung didalam keadaan selesa dan berpanjangan. Selain itu pemancing juga dapat merehatkan seketika otot-otot tangan setelah gambel dari rod ditusuk kemas kedalam fighting belt.

Ini amat penting terutamanya semasa kita sedang aktif menjalankan aktiviti Jigging dan popping yang berterusan. Ialah, sudahlah penat mengarau reel, tiba-tiba ikan strike dari dasar pula. Untung juga dengan adanya fighting ni dapat merehatkan seketika otot-otot tangan yang mengembang tu.



Fighting belt teman yang ditukar beltnya dari material jenis linen ke kulit..saja gatal tangan tukar.

Belt sebelah kanan ditempah sekali dengan poket kecil, untuk barang-barang loose kecik-kecil
Belt sebelah kiri dibuat sekali dengan tempat parking Lip grip dan player.
Lg contoh fighting belt yang berada dipasaranfighting belt dari jenama seven sea

Fighting bealt dari jenama jigging Master

Fighting Belt dari jenama shimano

Fakta menarik berhubung fighting belt ni.
1. Pilih fighting belt yang ringan dan mudah untuk di packing, maklumlah pemancing ni klau boleh semua nak dibawa.
2. Sebaik-baiknya pilih material dari bahan komposit atau plastik, ini untuk memastikan benda ni tahan dari hakisan.
3. Pilih belt yang mudah dibuka dan dipasang, klau susah kelam kabut jadinya terutama ketika ikan dah strike.
4. Bagi kaki Jigging dan popping, adalah lebih baik kemaskan dulu fighting belt sebelum memulakan aksi untuk elak kelam kabut nanti.
5. Bagi trip-trip memancing yang memburu predator-predator yang telah dikenalpasti tahap juangnya, jangan segan mengenakan fighting belt ketika itu, kita yang tanggung akibatnya kelak. Pemancing seharusnya sentiasa berada didalam keadaan sedia dan selesa.


Friday, June 13, 2008

Lapisan Epoxy untuk pemegang Gabus..

Kelemahan dan kelebihan menyediakan lapisan Epoxy untuk pemegang Rod Jenis Gabus.

Sedikit penerangan mengenai Epoxy ni.
1. Epoxy lazimnya ialah campuran 2 jenis cecair ( Resin dan Hardener) mengikut sukatan yang di tetapkan agar kedua-dua campuran ini bertindakbalas dan menghasilkan bahan seolah-olah resin yang stabil.
2. Sejenih resin yang juga bertindak seperti gam dan selalu digunakan sebagai kemasan terakhir semasa pembuatan rod memancing.
3. Selalunya berwarna clear dan menjadi bahan stabil apabila ia sudah mengeras dan kering.
4. Epoxy akan disapukan sebagai kemasan dan seterusnya bertindak sebagai sambungan yang solid terutamanya dibahagian sambungan ring dan rod.
Lazimnya pengeluar rod-rod dipasaran hanya menyaluti epoxy ni kebahagian yang penting sahaja. Contohnya gambar diatas dimana ia disalut dibahagian sulaman diantara ring dan blank. Adakah menyaluti epoxy kebahagian pemegang gabus tidak penting?Persoalan ni diutarakan lantaran tiada satu pun rod yang dikeluarkan oleh pengeluar dilengkapkan dengan kemasan epoxy dipemegang gabusnya? Persoalan ni cuba dirungkai dengan pemerhatian yang tak seberapa ni.Mungkin faktor kos dan penggunaan khusus menyebabkan pengeluar tidak mengepoxy pemegang gabusnya.

Kelemahan Pemegang rod gabus yang disalut epoxy..
1. Lapisan epoxy akan menyebabkan handle rod daripada gabus menjadi licin.
2. Bagi peminta kaki casting tentunya bersetuju bahawa pemegang rod merupakan satu komponen yang penting didalam aksi casting yang berterusan. Keselesaan dgn cengkaman yang baik dapat menyumbangkan kepada kelangsungan casting secara berterusan sepanjang hari.
3. Keadaan panas dengan tangan berpeluh atau keadaan hari hujan dengan tangan yang basah secara langsung memberi kelemahan agar pemancing mengengam kuat pemegang rod semasa aktiviti casting ni. Mungkin dengan pemakaian glove perkara ni dapat diselesaikan, tp still kurang selesa.
4. Selain itu kemasan epoxy yang terlalu tebal dibahagian pemegang juga sedikit sebanyak mengganggu aksi "U" bend rod. Bayangkan pemegang rod yang telah direkabentuk agar melengkung sehingga "U" telah diganggu dengan kemasan rigit dibahagian pemegangnya.
5. Pernah sekali rod MH ugly stick yang telah disapu dengan epoxy dipemegangnya telah mengeluarkan bunyi "pop" semasa sedang beraksi. Ingatkan rod patah, rupanya epoxy dan disapu tebal telah crack dan semasa proses crack tu ia telah mengeluarkan bunyi seolah-olah rod patah!!


Kelebihan Pemegang rod gabus yang disalut epoxy..
1. Pada pandangan aku,rod yang dilengkapi dengan pemegang gabus selalunya terdiri dari rod aksi ringan dan sederhana tak dilupakan juga rod fly fishing. Rod-rod ni lah yang gemar digunakan untuk pancingan casting, pancingan kolam, pancingan tasik dan muara. Senang cerita Rod Pancingan serbaguna. Rod yang selalu digunakan ni selalunya cepat juga defect dan cacatnya.
2. Pemengang yang telah disaluti epoxy ni dapat mengurangkan kecacatan yang bakal dialami oleh rod tersebut.
3. Pemegang gabus yang sentiasa lembab akan mempercepatkan pembiakan fungus dan seterusnya mengurangkan prestasinya.
4. Gabus yang mengalami panas dan lembab secara berterusan dan tiba-tiba selalunya akan mudah mereput dan terkopek.
5. Selain itu pemegang gabus juga cantik dilihat dan mudah untuk dicuci. Salutan resin clear yang menyaluti pemegang rod gabus ni dapat menahan asakan penggunaan dari kaki pancing.
6. Selain itu Rod Vintage@Collection lebih nampak menarik dengan salutan epoxy yang dibuat kebahagian pemegang gabusnya.

Rod-rod yang masih belum diepoxy- Kemasan Gabus kasar dan pudar

Rod-rod yang telah di Epoxy- pemegang gabus licin dan bersinar

Sekadar pendapat..
1. Pemilihan Rod dari pemegang jenis Eva atau Foam akan digunakan untuk aksi casting berterusan. lebih grip dan selesa semasa genggaman.( Jenis-jenis seperti Gambar Dibawah)

2. Selalunya rod dari pemegang jenis gabus yang telah diepoxy ni digunakan untuk pancingan kolam dan serbaguna kerana ia mudah dibersihkan. Ini kerana pemegang jenis eva @ foam ni hanya mendatangkan comot dan kesan kotoran adakalanya menyerap bau masam.

Jadi sama ada pilihan anda untuk membeli rod berpemegang eva atau berpemegang gabus atau berpemegang gabus ber epoxy adalah terletak ditangan anda sendiri. tepuk dada tanya selera...Bagi rakan-rakan yang nak membuat epoxy dengan harga yang berpatutan ni boleh la telepon member ni ( Angah 013-3865806) lokasi disemenyih.

Monday, June 2, 2008

Memancing di Perairan Terangganu- Pelantar Minyak

Perancangan telah dibuat 3 bulan dahulu, segala kelengkapan disediakan dan perancangan perjalanan telah dirancang dengan teliti.Ikan sasaran terdiri daripada ikan "Game Fish" dan bersisik. Pada 23 mei 2008 jam 12 malam perjalanan ke Kuala Besut mengambil masa kira-kira 6 jam dan saya dan Abang Ali memandu secara bergilir-gilir dan sampai di Kuala Besut Jam 7 Pagi..

24 Mei 2008.(Sabtu)
Sampai di Kuala Besut Jam 7 Pagi. pekena nasi Dagang ngan ikan tongkol kari. Menunggu rombongan 4 kereta dari Negeri Sembilan..
Trip ini disertai oleh :
1. Fahiz
2. Abang Ali Klang
3. Abang Ali N9
4. Abang Zainal
5. Azhar
6. Nizam
7. Atan
8. Din SS
9. Cikgu Sahir
10. Amat( sepupu awak-awak)
Setelah hampir 8 jam menunggu, rakan-rakan lain pun sampai. kami terus tampa berlengah masa memunggah barang masuk ke dalam bot. jam 3.30pm kami pun mula berangkat ke lokasi yang dituju iaitu pelantar Pulai. perjalanan hari pertama begitu membosankan. lokasi memancing pertama kami di pelantar dulang. kami berhenti makan dan sambil-sambil menghulurkan joran. Ikan alu-alu atau kekacang begitu rakus membaham umpan yang dilabuhkan. belum sampai kedasar ikan telah membaham umpan. memandangkan perjalanan masih jauh, tekong meneruskan perjalanan ke tempat yang dituju..

25 Mei 2008 (Ahad)
Perjalanan menuju ke Pulai diteruskan, kelajuan 7.5 knot dirasakan sangat perlahan. bila la nak sampai ke lokasi ni. makan tido makan tido tetapi masih belum sampai lg. tiada banyak aktiviti pada hari ni. Lewat petang setelah 24 jam perjalanan dari jeti tiba-tiba terdengar bunyi bingit didalam ruang enjin...alamak tak kan pengalaman di kok adang berulang lagi...Tidak!.setelah tekong Pak Engku Ibrahim dan Awak-awak membuat pemeriksaan didapati batang sharft propeler telah bengkok..mungkin bot telah mengharungi perjalanan yang jauh tanpa rehat.. bermula la episod kecewa. Rakan-rakan pancing yang tadinya ceria kini bertukar menjadi sedikit kecewa. perjalanan ke pulai terpaksa dibatalkan. manakan tidak bot hanya boleh bergerak selaju 1 knot sahaja. Yang penting keselamatan pemancing harus diberi keutamaan. kami semua terpaksa menerima didalam terpaksa ketika tekong menyatakan untuk berpatah balik ke daratan..tetapi mengharungi malam dengan kedaan enjin yang tidak baik bukan la satu cadangan yang baik. ketika kami sedang berpusing-pusing di sekeliling pelantar untuk meminta bantuan, tangan saya begitu gatal untuk melontarkan popper kearah ikan yang sedang frenzy mengejar anak ikan.. dengan sekali lontaran ikan begitu rakus mengejar popper yang dilontarkan..streeet....strike..ui..ni dah cukup baik.ikan menjunam beberapa kali untuk melarikan diri.tiada masalah bagi matakail 4x gamakatsu dengan leader 120lb untuk menaikan ikan cupak 5kg..Jadila lepaskan gian.ikan 1st bagi saya untuk trip kali ni..Kami terpaksa bermalam di Pelantar Minyak Bekok C.


Cupak Penawar Duka
Disebabkan tekong parking bot berjauhan dengan pelantar minyak, rakan-rakan lain mengambil kesempatan untuk tidur..tiada aksi menarik pada malam tu..Aku yang dah boring tidur meneruskan aktiviti memancing tapi tiada aksi menarik sepanjang malam sehingga ke pagi..


Pelantar Minyak Bekok C

26 Mei 2008 Isnin
Kebetulan selepas tekong bangun dari tidur, terdapat sebuah bot berhampiran pelantar yang sedang berehat. kesempatan ini tekong ambil untuk meminta bantuan agar ditunda ke darat. persetujuan telah dibuat, bot pemancing tadi akan menunda pada hari keesokkannya kerana mereka hendak meneruskan aktiviti memancing di Pelantar Pulai. apa nak dibuat terpaksala kami duk lepak seharian di Bekok C sementara menunggu keesokan hari..selepas besarapan pagi tekong mula merapati pelantar..diharapkan ada la ikan yang sudi memakan umpan..lebih kurang pukul 11 pagi terdapat lagi sebuah bot yang lalu berhampiran untuk memohon bantuan,bot siam plak..dah cakap macam itik dan ayam..dah En Amat dan Din SS mengelarkan siam tu "Ping Pong"..sampai kedarat lekat nama ping pong tu..ui letih gelak je..Aku dan Abg Ali masih meneruskan pancingan, apa nak dibuat lagi tiada aktiviti lain...cubaan menggunakan kepala sotong dan dihanyutkan terus ke bawah pelantar disambut baik oleh keluarga pisang...jadila buat layan..strike pertama ikan pisang seberat 7 kg..




Beberapa ekor Pisang yang didaratkan..

Sedang melayang pisan tiba-tiba riuh disisi bot, Pen Multiplier Nizam telah diragut ganaz..berumpankan kepala sotong..kami tertanya-tanya..ni takkan ikan pisang kut..semacam je henjut ni. pertarungan mengambil masa 15 min.. akhirnya GT seberat 10kg menyerah diri juga akhirnya..Naik juga ikan sasaran akhirnya. tahniah Nizam..



Azhar bersama satu-satunya GT yang diperolehi

Malam menjelang, tapi kami tetap dilokasi yang sama"Bekok C"...bagi peminat Popping, ni la masa yang ditunggu, ikan dah mula frenzy mengejar anak ikan sekitar jam 9.00pm. tapi semuanya berjauhan dari bot..mentang-mentang la bot rosak ikan ni main jauh-jauh plak..tetapi lewat malam jam 11.00pm. ikan mula bermain berhampiran bot..ni peluang baik. beberapa ekor ikan cupak dinaikan oleh tekong menggunakan jig, abg Ali menggunakan jig dan Nizam mengunanakan popper dan mengkin beberapa ekor lagi oleh sahabat yang lain..beberapa kejadian rabut dan putus perambut juga terjadi..lumrah pemancing.

27 Mei 2008 Selasa..
Bangun pagi, gosok gigi, terus mancing, macam biasa ikan pisang juga mendominasikan hari terakhir memancing..apa nak buat dari takde hasil.ikan pisang pun ikan pisang le..dapatla 11 ekor, selepas sasaran umpan tidak lagi sampai ketempat dituju ikan pisang pun mula berkurang.Seperti yang dijanjikan tepat jam 1.00 pm bot pemancing dari Kuala terengganu pun sampai untuk operasi menunda bot.

Lebih kurang jam 2.30 petang bot tunda memberhentikan bot untuk singgah di unjam..berumpankan ikan tongkol yang diapolo oleh Azhar, dapatla ikan aruan tasik 10kg ni dinaikkan, kemudian ikan belitung 8kg ni..dapatla mengurangkan sikit rasa karen kat tangan ni.. Yang herannya hanya En Azhar je yang dapat mengapollo tongkol ni, ikan kat unjam ni memilih plak umpan lain tak dijamahnya. heran betul la..

Ikan Aruan Tasik atau cobia memang best melayannya, junaman demi junaman sangat mengasyekkan




Ikan Belitung, aksi ekrobatik dan mempunyai semangat juang yang tinggi...Lesen belitung di perairan terengganu.

28 Mei 2008 Rabu..

Perjalanan ditunda selama 24 jam memang memboringkan, nasib la ada rakan-rakan lain yang sekepala, perjalanan 24 jam dirasakan sekejap je..walaupun kami tidak dapat pergi kelokasi yang dituju tetapi pengalaman memancing bersama member dari negeri sembilan ni tidak dapat dilupakan..dengan kepala yang gila-gila..Tak pe kira akan repeat lg taun depan.

Gelagat rakan pancing

Amat dapat sepupu baru (Awak-awak merangkap Chef), Azhar panggilan Jig Beg, Din Panggilan Sesirat, Abang Ali kelang orang lama, Abg ali dan Abg zainal member kamcing,Cikgu Sahir memang Kool, Atan dan nizam memang pemancing tegar..

Beberapa lagi gambar kenangan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

There was an error in this gadget

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.