Saturday, May 31, 2008

Jenis-jenis mesin memancing

Salam. Rasanya lepas penulisan nie baru la aku ni faham sedikit perbezaan dan jenis-jenis reels yang ada dipasaran. Dari dulu memancing tak pernah terpikir nak survey maklumat mengenainya. Jadi digabungkan pemahaman aku dan sedikit rujukan yang ada, aku cuba terangkan perbezaan diantara spinning reels yang ada. Masa mula berjinak dengan spinning nie gelaran seperti mesin pancing dan kekili selalu menjadi sebutan. Tak kirala menegak ke, mendatar ke, drum ke, semua dipanggil mesin pancing.

Rupanya dipasaran terdapat lebih dari itu. Dan mesin-mesin pancing ni boleh diklasifikasi sebagai 4 jenis yang utama iaitu Spinning reesl atau kekili mendatar, Baitcasting Reels atau kekili menegak, Fly Fishing untuk pancingan layang(tak dapat diterang lanjut) dan trolling berbentuk drum untuk aktiviti trolling. Disebabkan majoriti reels aku terdiri dari shimano, adalah mudah aku nak terangkannya merujuk kepada model-model dan saiz yang terdapat dipasaran.

1. Spinning Reels atau kekili mendatar.

Parts of a spinning reel: 1: Pick up or bail 2: Reel seat 3: Reel foot 4: Handle 5: Support arm 6: Anti-reverse lever 7: Skirted spool 8: Fishing line 9: Drag adjustment knob

Terdapat pelbagai model dan jenis dipasaran, dari sekecil-kecil size 500 sehingga sebesar-besar saiz 20000. Saiz-saiz ini disediakan oleh pengeluar untuk memenuhi keperluan kaki mancing untuk semua keadaan pancingan, sama ada di kolam, tasik atau lautan. Dari sedikit pemahaman ini juga di dapati pinning reels ini terbahagi kepada 3 jenis yang utama.

a. Spinning Reels Aksi ringan

b. Spinning Reels Aksi berat

Yang membezakan spinning reels untuk aksi ringan dan berat tentunya kekutan drag yang ditawarkan pengeluar, dan lazimnya model 5000 keatas dilengkapkan dengan drag sehingga berkekuatan 7kg dan sesuai untuk digunakan untuk pancingan aksi kasar. Selain ciri-ciri lain seperti kapasiti simpanan main line, power knop & Handle dan bahan biaannya sendiri.

c. Spinning reels baitrunner

Spinning reels baitrunner ini pula di lengkapkan dengan sistem baitrunner yang membenarkan pemangsa melarikan umpan sebelum ditelan. Ikan-ikan yang diburu seperti tenggiri dan layaran selalunya melarikan umpan sebelum ditelan. Oleh itu reels jenis ini dilengkapkan dengan 2 system drag iaitu main spool drag dan baitrunner drag.

2. Baitcaster Atau kekili menegak.

a. Low Profile Bait cating reels

Bagi penggemar kaki casting, low profile bait casting reels selalunya menjadi pilihan. Ini kerana sistem balingannya yang mudah mempercepatkan balingan lure kesasaran. Bukan mudah nak mendapatkan rentak balingannya kecuali dengan latihan demi latihan.

b. Round Baitcasting reels

Ada juga round baicasting reels digunakan oleh kaki casting didalam penyediaan setup set casting mereka. Ini kerana fungsinya sama seperti low profile baitcasting reels diatas. Cuma klau yang bersaiz besar, ia lebuh sesuai untuk pancingan bottom atau penyediaan setup bagi peminat surfcasting.

3. Conventional Reels

Lazimnya conventinal reels ni juga dikenali dengan drum, multipliyer dengan fungsi trolling atau digunakan untuk pancingan bottom.

4. Electric Fishing Reels
Didalam memudahkan pemancing memeriksa umpan dan menarik mangsa dari dasar, EFR ni adalah jawapannya. Kedalaman dengan batu ladung bersaiz 32 amat mendera pemancing. Sekurang-kurangnya EFR ini memberi pilihan kepada kaki pancing untuk mengurangkan penderitaan mengayuh reels walaupun ketika memeriksa umpan didasar.

Monday, May 19, 2008

Rod Holder


Terdapat pelbagai model rod holder dipasaran, dari semurahnya sehingga mencecah ribuan ringgit. Bagi penggemar teknik bottom, adalah baik sekiranya menggunakan rod holder semasa menunggu strike. Ini kerana banyak kes joran menjadi tukun gara-gara ikan melarikan umpan didasar.


Rod holder yang lazimnya kita lihat dikedai-kedai pancing dimalaysia. Dari kiri paling simple dan semakin sofistikated kekanan.semakin cangih semakin banyak celah-celah yang perlu di minyakkan selepas memancing. Dikuatiri berlaku oksidasi walaupun bahan pembinaannya terdiri dari stainless steel atau disadur crome.

Dicelah-celah yang selalu mahukan perhatian..oksidasi tetap berlaku walaupun ia diperbuat dari stainless steel @ disadur Crome


Rod holder yang simple tetapi perlu birai bot diperbuat dari kayu untuk di skrukan dibirai bot. Tidak sesuai bagi bot sewaan. Mau menjeling tokey bot kita duk main tebuk je bot dia..

Rod holder ni agak praktikal, menggunakan bolt & nut untuk clamping dibirai bot.tetapi dijangkakan kurang lasak kerana hanya disokong oleh 2 batang stainless steel sahaja. sesuai untuk pancingan pantai dan muara.

Rekabentuk yang semakin canggih dengan penggunaan bahan komposit atau plastik tahan lasak. Maka tiada masalah karat atau terhakis. Jarang dijumpai di kedai pancingan dimalaysia.

Rekabentuk mudah, tetapi perlu diskru kukuh diatas bot. Tidak sesuai untuk bot pancingan sewaan.

Lagi Model rod Holder yang canggih

Lubang ni pun boleh diklasifikasikan sebagai rod holder, lazimnya ia digunakan untuk aktiviti trolling di belakang bot.

Lazimnya untuk keselesaan memancing, aku cadangkan agar sekurang-kurangnya kita mempunyai satu rod holder dan tidak mengharapkan tekong menyediakannya. Kadang kala mungkin bot yang disediakan telah dilengkapi dengan kemudahan ni.

Tetapi klau pertama kali kita ingin menggunakan khidmat bot yang baru, adalah baiknya kita stanby sahaja rod holder ni. Mungkin kelemahannya dari segi makan ruang bagasi atau lebih berat muatan, tetapi adalah berbaloi kita menggunakan rod holder ni untuk keselesaan dan keyakinan ketika memancing.

Sunday, May 18, 2008

Set Mancing - Multipurpose

Salam, kat sini sedikit penjelasan yang aku cuba berikan kepada rakan-rakan yang berminat untuk membeli atau menambahkan koleksi set memancing sedia ada. Penulisan ni sekadar pendapat sahaja. Ada yang baik bolehlah diikuti dan sebaliknya, jika didapati tidak sesuai.

Didalam kita berkira-kira untuk membelanjakan wang bagi membeli set memancing ni adakalanya dipengaruhi oleh beberapa perkara, diantaranya :
a. Strategi pengiklanan pengeluar - Di iklankan dimajalah-majalah pancing terkemuka, menjemput pemancing-pemancing pro menggunakannya didalam pemburuaan monters, dimomokkan dengan tangkapan puluhan KG!..
b. Diyakinkan dan diperkenalkan dari rakan - Selalu juga didengar "Best reels nie, member aku naik ikan 2okg takde masalah"
c. Membaca review dari pemancing lain - Ada rakan lain dah guna dan diterangkan baik dan buruknya produk tersebut.
d. Bentuk dan design yang cantik dan berkilau - Bentuk power knop, spool yang berkilat dll
e. Jenama - Terlalu banyak dipasaran
f. Kadang kala bilangan bearing pun menjadi perbandingan - Selalunya yang banyak jadi pilihan la ye.
g. Lokasi pembuatan - made in Malaysia, Japan, Thailand, USA dll..

Apa yang penting sebenarnya ya? Maka soalan ni terlalu subjektif untuk dijawap. Adalah lebih baik kita mengetahui dan dipengaruhi oleh perkara ini pula ketika untuk membeli set pancingan ni, diantaranya :
a. Lokasi memancing yang kerap dikunjungi - Kolam cukup sekadar kapasiti set 10lb - 20lb dan lebih berani boleh guna 10lb kebawah, laut sudah tentu memerlukan setup 20lb ke 40lb, laut dalam untuk heavy jigging & popping pula memerlukan setup 40lb keatas.
b. Kaedah memancing yang digemari - untuk kaedah bottom selalunya multipliyer@ Bangla menjadi pilihan, Jigging dan popping pula 2 set yang bertentangan.
c. Target ikan sasaran - Game fish @ Grade A, Game fish selalunya diburu dengan set-set casting, jigging dan popping manakala ikan grade A lebih kepada bottoming.
d. Kemampuan dan budget yang ada - Dipasaran terdapat berbagai-bagai brand, saiz dan jenis setup dari puluhan hingga ribuan ringgit. Tepuk dada tanya selera.

Dari segi pencarian dan pembelian set baru ni, mungkin banyak perbezaannya bagi pemancing yang baru dengan pemancing lama . Lazimnya bila dah lama tu mulalah aspek seperti berikut mula diberi perhatian, diantaranya :-
a. Keupayaan Rod- Keupayaan tanggungan berat lure dan keupayaan lifting sehingga ke "U" band
b. Berat Rod & Reels - Selalunya setup ringan menjadi pilihan bagi active jigger dan popping
c. Material pembuatan Rod- Lazimnya HMG atau grafit ringan tapi sensitif manakala Carbon fiber berat dan tahan lasak..
d. Keselesaan dan kesedapan- Subjektif ni, ada yang selesa dengan design dan brand tertentu sahaja.

Oleh itu untuk rakan-rakan yang baru berminat untuk mencari set memancing dan untuk playsafe , aku cadangkan set serbaguna@"multipurpose". Sebagai contoh set multipurpose aku terdiri dari setup berikut :-
Reel : Penn 4500s
Rod : Uglystick 20lb - 40lb panjangnya 7ft
Main Line : Spiderwire braided 30lb kapasiti 200m

Apa itu set multipurpose?
Set yang boleh aku bawa kemana sahaja lokasi, jenis pancingan dan jenis ikan yang hendak dipancing. Laut, tasik, kolam, muara, pantai, ikan game fish, bottom, light jigging, popping..

Bagaimana nak memilih set Multipurpose ni?
Setup yang sederhana, tidak terlalu heavy atau light atau berkadaran 20lb-40lb, reel yang tahan lasak dan rod yang tidak sensitif dengan panjang 7" ke 8". Saiz reel 2000-4000 dan dimasukkan dengan main line 30lb kapasiti 150m ke 200m sesuai bagi pemilihan set serbaguna ni.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

There was an error in this gadget

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.