Wednesday, April 23, 2008

Peralatan dan kelengkapan memancing

Boleh diketegorikan ada 3 perkara yang diperlukan untuk syarat asas seseorang bergelar pemancing:
1. Set memancing
2. Kaedah ikatan
3. Umpan bersesuaian

Hobi ini kadang-kadang berjangkit melalui rakan-rakan yang selalu mengajak dan "meracun" untuk memancing. Mungkin untuk kali pertamanya semua perkara yang diperlukan diatas disediakan oleh rakan yang mengajak. Tetapi sekiranya hobi ni melekat didalam jiwa, maka bermula la episod "window shoping" dikedai-kedai pancing.

Oleh itu pemancing yang baru berjinak-jinak dengan hobi ini selalu tercari-cari dimanakah aspek-aspek yang perlu diberi perhatian. Tersilap percaturan ia mungkin melibakan perbelanjaan diluar jangka. Maka perkara asas perlu diberi perhatian. Dipasaran terdapat pelbagai jenis set memancing dari semurah sehingga semahal-mahalnya. Oleh itu adalah sebaiknya memahirkan diri dengan kaedah memancing, ikatan yang bersesuiaan dan ikan sasaran. Ini kerana memancing laut, tasik, pantai dan sungai mempunyai set memancing yang tertentu.

Diantara contoh kaedah yang biasa digunakan untuk memancing laut.
  • Bottom
  • Jigging
  • Popping
  • Trolling
  • Drifting
  • Floating

Mungkin bagi yang baru berjinak-jinak didalam hobi hanyir tidak terlalu memikirkan kaedah yang pelik-pelik seperti diatas, cukuplah mengetahui sekurang-kurangnya ikatan dan kegunaannya. Ikatan yang baik dan kemas boleh mengurangkan risiko ikan terlepas atau terlucut.

Sunday, April 20, 2008

Ikatan-ikatan Asas Memancing

Didalam hobi ni, diantara perkara asas yang perlu dan wajib diketahui adalah mengenai ikatan-ikatan asas memancing. Disini aku dapatkan beberapa contoh ikatan-ikatan yang lazimnya digunakan.


Dropper_Loop
Ikatan wajip aku gunakan ketika memancing, ini kerana drooper loop ni dapat menyediakan ikatan yang boleh menjarakkan hook dengan main line pada setiap masa. Ini terjadi kerana buku ikatan yang diwujudkan di kiri kanan ikatan ni. selain itu aku juga gunakan ikan ni untuk kaedah flooting kerana ia juga boleh menjarakkan pelampung dan mata pancing. Kelemahannya pula, ada juga jenis tali yang boleh dan tidak boleh untuk ikatan ni disedikan. Pada ketika line yang tidak sesuai digunakan ia akan sedikit menggerinting disekitar ikatan atau line yang terlalu licin akan menyebabkan ikatan tergelincir atau terlucut.

Droper loop Ilustration




Blood_Bight_Knot1
Ikatan ini selalunya digunakan untuk menyediakan loop untuk sambungan swivel atau Hook berlubang. ini kerana ia mudah, cepat dan swivel yang disambung boleh dibuka semula dengan mudah. Kadang kala aku juga gunakan untuk sambungan batu ladung ke perambut. Tetapi kelemahannya sedikit kurang kemas untuk pancingan ikan yang biasa diasak pemancing kerana perambut akan sedikit berserabut.






clinch_knot
Ikatan untuk swivel yang kemas dan kuat. boleh juga digunakan untuk ikatan penyediaan hook.






Midknot
Ikatan untuk penyediaan leader untuk aktiviti Jigging atau Popping. Ini kerana ketiga sessi pancingan untuk teknik ni, tali sepatutnya boleh keluar tanpa sekatan. Sekiranya sambungan menggunakan swivel, leader sepanjang 2 atau 3 depa tidak dapat diaplikasikan.Kelemahannya pula ikatan sedikit rumit dan lambat untuk disediakan.




Improved-trilene-knot & improved clinch knot
Ikatan untuk swivel yang kemas dan lebih kuat. boleh juga digunakan untuk ikatan penyediaan hook.


improved clinch knot




Hangmans_Knot
Ikatan untuk swivel yang kemas dan kuat. boleh juga digunakan untuk ikatan penyediaan hook.




gt knot
Ikatan untuk penyediaan leader untuk aktiviti Jigging atau Popping. Selain ikatan Midknot seperti yang diterangkan seperti diatas ikatan ni boleh juga digunakan. Ini kerana ia mudah sedikit dari ikatan Midknot dan cepat disediakan. kelemahanyanya pula ada sedikit buku ikatan ditinggalkan dan ia boleh menganggu jarak balingan maksimum.




Blood Knot.
Untuk ikatan yang cepat dan pantas untuk menyambungkan 2 line. tetapi dirasakan tidak sesuai untuk sambungan braided kerana selain halus, braided juga licin untuk dpatkan grip ikatan yang baik.

Sebaiknya kita memahirkan ikatan, kerana sekiranya kita terkial-kial mengikat atau menyediakan perambut ketika bot sedang beroleng boleh menyebabkan kita mabuk laut!!.

Wednesday, April 9, 2008

Pancing & Bayar

Memancing yang dahulunya boleh dilakukan hanya di lombong belakang rumahku telah menjadi sukar dilakukan..kini lombong tu pun dah penuh dengan keladi bunting dan semak samun. maka altenatif yang mudah untuk melepaskan gian memancing dengan mengunjungi "KOLAM PANCING BAYAR".

Ragam kolam pancing...

Klau kolam bayar 1 jam 8 hingget ..orang pun ramai..tokey pun bekira..1 jam 8 hingget..ikut masa la sangat..pancing besilang..ada rezeki dapat byk ikan..tp species yang sama je(8 ekor ara-ara) pegi kolam sebelah (7 ekor pacu)..ikan tarik pun kita dah tau ikan apa..bila sampai tahap tu, mancing pun ilang serinya..TP IGT kpd pengusaha kolam klau sekor pun tak dapat asyik membangau je maknanya riwayat kolam x lama le..byk kes dah jd mcm tu..

Klau kolam bayar 3 jam 10 hingget ..orang tak ramai..tokey tak bekira..3 jam 10 hingget..tak ikut masa sngat(kdg2 lebih 2jam pun tak pe)..anak talapia 2,3 jari..klau ada rezeki dapat la yg kasar..ikan ada tapi dah kenal sgt mata kail..kena guna mcm-mcm teknik..dpt puas hati..tak dapat x, lumrah le..

Umpan kolam pancing ni pun mcm-mcm..
Dedak,tepong,biskut marry,belacan,udang kering,ajinamoto,lada sulah...mcm-mcm le..silap-silap bleh wat goreng pastu kita yang ngap..
Umpan peram, perut ayam(ada kolam bagi),roti gardenia je roti biasa tak mau plak tu..

Tu la lumrah memancing kolam..kadang-kadang dapat-kadang-kadang tak dapat..






Adik aku dengan Ara atau Rohu, berumpankan dedak dikolam berbayar RM 3.00 sejam. Em.. boleh tahan gak.




Adik aku dengan ikan baung kolam, berumpankan tepong,dedak dan belacan..juga dikolam bayar...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

There was an error in this gadget

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.